Future Husband Saya Namanya Bermula Dengan Huruf A

Ini kisah 8 tahun yang lalu.. Ketika itu aku berusia 15 tahun, masih mentah, masih naif, masih suci.. Sama saja seperti sekarang.. Hik hik.. Di usia inilah aku diberitahu tentang satu rahsia alam.. Ouh.. Rahsia alamlah sangat.. Mahu tahu? Mari-mari.. Dekat-dekat.. Rapat-rapat.. Rahsia tentang sebuah perhubungan.. Ngee..



Rakan yang duduk di meja hadapanku memberitahuku tentang ini.. Ketika itu aku menuntut di SMK Convent Kajang.. Dia bisikkan pada aku dan jiran sebelahku.. Sesuatu yang diperolehi dari kakaknya yang bersekolah agama.. Lihat pada ibu jari kiri.. Ingin tahu huruf pertama nama pasangan hidup kita, di situ ada jawapannya.. Ketika itu aku turutkan saja.. Sama-sama belek ibu jari.. Putar kiri kanan, atas dan bawah.. Jawapannya? Ibu jariku ada huruf "A".. Tak percaya? Sila lihat gambar di bawah.. Ehem ehem.. Jari-jari agak ketuaan, maklumlah, dah 23 usia.. Haha.. Nampak? Jelas di mata anda apa yang ada dalam bulatan itu? Huhu.. Mahu kata percaya, tidaklah.. Mahu kata tidak percaya juga tidak.. Tapi kalau anda mahu tahu, disebabkan rahsia itulah, bermula dari situ, aku begitu menitik beratkan jejaka-jejaka yang namanya bermula dengan huruf A, dan hadir dalam hidup aku.. Hoho.. Tapi tu dulu.. Kini tidak lagi.. Kenapa?




Ketika di Pasum, aku punya teman tapi mesra dan kepadanyalah aku menuntut ilmu, bertanya itu dan ini.. Seorang pelajar sekolah agama, dari SAMBEST.. Persoalan yang aku tanyakan pada dia adalah berdasarkan apa yang dah lama aku dengar dari sekeliling aku.. Tentang benarkah di sekolah agama, pelajarnya diajarkan tentang ilmu yang lain dari yang lain? Contohnya seperti apa yang aku sebutkan di atas.. Lain-lain seperti kebolehan seorang lelaki melihat wanita itu datang bulan atau tidak hanya dengan melihat kening dan lain-lain ilmu yang aku sendiri tak tercapai dek fikiran.. Hmmm..


Jawab dia pada aku..


"Wuish.. Sekolah agama mana ajar macam tu?"


"Sekolah JENIS kebangsaan kot.. Haha.."


"Mana adalah.. Jangan percaya sangat.. Terpesong akidah nanti.."





Sejak dari hari itu, jika aku ada soalan yang meragukan, pasti direct terus aku tanyakan pada orang-orang yang arif.. Itu lebih baik dari kita terus-terusan ragu-ragu dan beranggapan.. Hidup ini tak boleh hanya dengan hidup dalam anggapan.. Kita perlu hidup dalam kebenaran dan keyakinan..



Petang Sabtu ini aku tinggalkan entry ini dengan gambar yang aku ambil dalam perjalanan aku ke UTP Selasa yang lepas.. Ketika itu, cuaca mendung dan hari mahu hujan.. Snap dari Nokia Express Music saja, bukan kamera beribu-riban.. Tapi, scenerynya tetap cantik di mata aku.. Ngee.. Happy weekend everyone.. Love you.. Assalamualaikum..


P/S: Anda tahu tentang Power Of Words? Boleh lihat di sini.. Sangat menarik..



FOOT NOTE: Aku suka makan roti kacang merah yang sangat banyak kacang merah di dalamnya.. Makan bersama Teh-O di petang hari.. Nyum nyum.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.