Ada Telinga Dengar, Ada Mulut Bercakap..

Cuba anda perhatikan gambar di bawah, baca dan fahamkan mesej di sebalik apa yang cuba dipaparkan.. Kisah sebuah keluarga, anak, ibu dan ayah..




So.. True..

I have a drinking problem..

Don't assume too much..


Situasi seperti di atas boleh terjadi di mana-mana, kepada sesiapa pun, di mana kita sering terjun kepada konklusi tanpa mendengar dengan betul dan baik.. Benar kita boleh dengar apa orang kata, apa orang bicara, tapi kita tiada upaya untuk dengar baik-baik dan dengar betul-betul.. Dengar sedikit, terus buat kesimpulan.. Itulah kita.. Kebanyakannya.. Tidak semua.. Malah kita juga sering buat telahan yang macam-macam walaupun seseorang itu tidak bersuara waima sepatah perkataan.. Dahsyat juga kita ya.. Seperti ahli nujum lagaknya.. Heehee.. Familiar dengan situasi ini? DIAM ITU TANDANYA SETUJULAH.. Haha.. Ya.. Itulah kita.. Aku juga tak terkecuali kadang-kadang..


Mana-mana pun kita pergi, ingatlah, komunikasi yang baik adalah jalan penyelesaian untuk banyak permasalahan yang mungkin kita akan hadapi pada masa kini, masa depan dan sampai bila-bila.. Setiap dari kita boleh berkomunikasi tapi untuk berkomunikasi dengan baik, banyak perlu kita belajar.. Makanya, latihlah lidah, telinga, mata, gerak tubuh kerana inilah antara elemen penting dalam sesebuah komunikasi.. Alam pembelajaran, alam pekerjaan, alam perkahwinan dan kekeluargaan.. Segalanya memerlukan komunikasi yang baik.. Tidaklah nanti seorang berbahasa itik seorang berbahasa ayam.. Ngee..


Anda rasa adakah penulisan entry dalam blog, dalam akhbar, SMS dan sebagainya yang tidak melibatkan percakapan antara individu adalah satu bentuk komunikasi yang baik? What say you? Till here.. Happy weekend.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Tadi dalam Al Kuliyyah, ahli panel mengatakan usaha mencari jodoh itu mendapat pahala..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.