Tak Sia Sia Bersabar.. Hasil Pasti Kita Dapat..

Petang Ahad, hujan lebat mencurah-curah di luar.. Kepanasan masih juga terasa.. Usai menyiapkan kerja, memasak dua tiga jenis lauk merangkap lunch+dinner=LUDIN, aku kembali menghadap lappy.. Ouch.. Skema sekali mukadimah di petang hari begini.. Hehe.. Belek-belek Facebook, melihat gambar-gambar ketika praktikal di Hospital Batu Gajah yang ditag oleh sahabatku, tersenyum sendiri.. Rasanya jarang aku menceritakan perihal aku dan praktikal aku.. Apatah lagi menyelitkan sekeping dua gambar untuk ditatapi penghuni setia blog ini.. Tapi petang ini, entah angin mana yang datang, aku tergerak berkongsi entry ini dengan kalian..


Khamis yang lepas adalah hari terakhir praktikal aku di Batu Gajah.. Kini aku kembali ke Ipoh memulakan kembali hidup di Hospital Ipoh yang sibuk ini.. Hari terakhir di sana memang satu kenangan yang paling best.. Malam Khamis itu, kami berenam satu kumpulan berkampung di wad bersalin.. Kalau anda mahu tahu, hospital ini adalah hospital daerah.. Untuk melihat satu kes wanita bersalin dalam satu hari memang amat payah.. Dalam erti kata lain, tak ramai orang beranak di sini.. Heehee.. Situasi ini amat menyukarkan kami kerana kami perlu memenuhkan buku log yang telah disediakan.. Macam mana nak penuhkan? Dengan OBSERVED atau ASSIST sesebuah delivery..


Malam terakhir itu kebetulan ada satu kes, sangat bersyukur.. Kami sampai pada pukul 8.30 malam.. Ketika itu bukaan hanya sebesar 3cm.. Mengikut perkiraan, satu jam bukaannya 1cm, lebih kurang 5 jam lagi wanita itu akan bersalin.. Kira-kira, congak-congak, dalam pukul 1.30 pagi.. Kami ambil keputusan untuk menunggu sebab bukannya senang mahu mendapatkan satu kes..





Satu jam.. Dua jam.. Tiga jam.. Muka masing-masing sudah menunjukkan tanda mengantuk.. Maklumlah, pagi semuanya sibuk dengan kelas, malam pula kena pergi ke wad.. Mata seorang demi seorang makin layu, makin kuyu.. Ada yang pegang buku, ada yang jalan sana sini, aku pula duduk depan TV menonton Denzel Washington dalam Remember The Titans.. Hoho.. Wanita India itu asyik menjerit sakit-sakit.. Tapi masih belum ada tanda-tanda mahu bersalin.. Suaranya yang nyaring memecah kesunyian malam..


Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi, masih belum lagi mahu bersalin.. Akak nurse sudah siap sedia dengan peralatan.. Dipecahkan air ketuban.. Namun masih tak lagi ada tanda-tandanya.. Pukul 2.20 pagi, kepala bayi sudah kelihatan mahu keluar.. Kami yang dari tadi tersengguk-sengguk, segar kembali.. Kesabaran menanti pasti membuahkan hasil.. Awal-awal tadi, agak risau juga kerana jika wanita ini tidak bersalin dalam waktu yang sepatutnya, dia akan dihantar ke hospital Ipoh.. Seorang rakan lelaki membantu jururawat dalam proses kelahiran, kami yang lain hanya observed.. Dari proses meneran, menarik baby keluar dari vagina, menepuk-nepuk baby dan membersihkannya sampailah proses menjahit kesan koyakan.. Akhirnya selesai sudah.. Jam hampir pukul 3..




Setelah mengambil cop dari jururawat, kami pun pulang ke hostel.. Masing-masing sudah seperti zombi.. Muka ketat, mata sudah tiga suku tutup.. Dahsyat.. Hoho.. Dalam keadaan beginilah, ada dua tiga keping gambar berjaya disnap secara curi-curi oleh seseorang.. Semua jadi mangsa, termasuk aku.. Gambar di bawah ini hanya ilusi, aku tak tidur.. Percayalah!!! Kalau aku tidur, masakan aku dapat pegang kertas di tangan.. Hoho.. Betul tak?


Semoga kalian enjoy dengan sedikit pengalaman ini.. Gambar wanita bersalin tiada, kerana kami takut kena saman.. Hehe.. Privasi pesakit.. Till here.. Assalamualaikum..




TRIVIA: Melakukan hubungan seksual atau melakukan rangsangan pada diri sendiri, adalah cara-cara untuk mempercepatkan proses bersalin kerana ketika itu sejenis hormon dirembeskan dan membantu rahim wanita menjadi aktif.. Dalam erti kata lebih mudah difahami, kita sendiri boleh merancang mahu bersalin bila, waktu apa, hari apa, tarikh apa.. Heehee.. Dilakukan bukan di awal kehamilan ya, tapi di akhir kehamilan.. Ngee..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.