Aku Rasa Aku Macam Pernah Kata Aku Kental..


Betol betol betol.. Kamu di sana.. Aku di sini.. Jarak antara kita.. Biar ku congak.. Guna jari tak cukup.. Kalkulator.. Hampir 350 km barangkali.. Argghhh!!! Kira halal saja kalau ada kurang atau lebih..Yang penting makna kejauhan itu benar-benar sampai dan memang terasa.. Okey okey.. Kira hari pula.. Baru sehari terpisah.. Aik.. Dah rindu? Ya.. Aku rindu walau baru sehari terpisah.. Jangan persoalkan kenapa tiba-tiba aku rindu.. Bukankah rindu itu perasaan yang Allah kurniakan..


Pengakuan berani mati.. Okey aku rindu pada insan di Melaka.. Pada Encik Abdullah Ismail dan Puan Hayati Haris.. Perasaan ingin pulang ke rumah tiba-tiba menerjah.. Sakit rumah.. Homesick homesick.. Sangat kuat.. Makin kuat.. Aku rasa macam aku dah tak mampu bertahan.. Haha.. Manja manja.. Sangat manja.. Farhana.. Ingat tak kau pernah kata dulu kau kental? Bila kau kata kental, ada orang itu gelak dan katakan kau memang manja.. Ya.. Aku ingat.. Hmmm.. Jawapan aku? Aku manja pada orang yang tersayang saja.. Hahaha.. Tersayang???


Imagine.. Bayangkan.. Kalau kata aku pulang, sampai di depan pintu rumah, aku akan berlari menerpa ke arah mak dan abah.. Mahu peluk.. Peluk mereka ketat-ketat.. Kata rindu.. Peluk ketat-ketat.. Dan lama-lama.. Mahu baring di pangkuan mak.. Bersandar di bahu macho abah.. Heehee.. Bayangkan saja pun dah terlerai sedikit rindu.. Tak mengapa.. Bertahan saja dengan bayangan dan imaginasi itu buat seketika.. Ingat.. Farhana kental.. Ya.. Kamu kental babe.. Chaiyok!! Homesick ini baru cabaran kecil-kecilan.. Heehee..



FOOT NOTE: Isn't it tiring to just pretend? Sometimes it is.. But there is also sometimes it makes you feel like Alice In The Wonderland..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.