Sebelum Kita Kahwin.. Saya Nak Tanya Awak..

Cuaca sekarang panas.. Betul tak betul? Haha.. Maka dengan cuaca panas sebegini, adalah elok kiranya kita menyemarakkan lagi rasa panas yang ada dengan bertanyakan soalan panas ala-ala standard soalan Michelle Melodi.. Walla.. Memang panaslah kalau begitu..


Kawan aku kata.. Kawan akulah dan bukan aku.. Bukan seorang dua yang berkata, malah berorang-orang juga mengatakan perkara yang sama.. Yang kata, bukan saja perempuan malah lelaki juga.. Haha.. Kata mereka, lelaki kebanyakannya, aku ulang kebanyakkannya pasti pernah menonton cerita lucah mahupun menyimpan cerita-cerita lucah samada dalam bentuk tontonan mata, bacaan jiwa, santapan telinga dan yang seangkatan dengannya..


Katanya macam smoking.. Zaman ini, mostly lelaki merokok.. Same thing goes to watching pornography.. Seumur hidup pasti pernah mereka tonton at least sekali.. Tapi mungkinkah sekali saja? Sekali saja mungkin boleh dimaafkan.. Yang jadikan tabiat, jadikan hobi mengisi masa lapang? Erk.. Sila abang-abang dan kakak-kakak, jangan malu jangan segan.. Benarkah statement-statement yang dinyatakan itu ya? Antara soalan wajib yang perlu ditanya.. Salah tak tengok cerita lucah? Hoho..




Berbicara dengan Jard tempoh hari, sentuh tentang ini.. Dia mahu bakal suaminya nanti bukanlah seorang penyimpan koleksi cerita lucah.. Gurau aku pada dia.. Tanya direct saja Jard.. Sebelum kahwin, ko tanya calon suami ko, awak suka tengok cerita lucah tak? Ahaks.. Gila direct.. Jard kata, aku tak kira, aku mahu tanya juga.. Jard sangat nekad.. Hehe.. Cahaya Yang Riang Gembira pula bagaimana? Aku pun mahu tanya jugalah.. Lalalala..


Jangan nanti jawapan yang mungkin diterima bila soalan ini ditanya, hormat sikit, ini hak asasi kami.. Erk.. Hahaha.. Dan jika di ruangan komen di bawah ini nanti ada komen yang berbunyi NO KOMEN??? Kah kah kah.. Renung-renungkan.. Have a nice day everyone.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Even tak tonton cerita lucah, cerita zaman kini yang sering disajikan di televisyen dan wayang untuk kita pun dah terlalu moden dan merosakkan fikiran dengan pakaian dan aksi yang over.. Apa kata anda???

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.