The One That I Want Or The One That I Need?

Kisah ini adalah kisah yang pernah aku ceritakan suatu waktu dulu.. Kini aku ceritakan lagi sekali.. Kenapa? Hmmmm..


2 tahun yang lalu, 2008.. Aku pulang memandu berseorangan dari Ipoh ke Melaka.. Perjalanan seperti biasa, cuaca elok dan tiada tanda-tanda hari mahu hujan.. Namun, ku sangka panas hingga ke malam, rupanya dan dan itu juga hujan turun mencurah-curah.. Erk.. Apakah.. Haha.. Setibanya di lebuhraya Pedas Linggi, aku mengalami kemalangan.. Kereta yang aku pandu berpusing 360 darjah di atas jalan raya disebabkan tayar keretaku meletup.. Aku hilang kawalan menyebabkan kereta berpusing dan dari kedudukan aku di lane kiri, kini aku berada di lane kanan.. Kedudukan ku ketika itu, kereta ku melawan arus.. Syukur Allah masih menyayangi hambaNya ini, kebetulan ketika itu jalan tidak banyak kereta.. Jika tidak pasti aku sudah dirempuh..




Dengan kepala yang pening, aku cepat-cepat keluar dari kereta.. Di seberang jalan sebelah kiri sana, sebuah kereta berhenti, seorang lelaki lewat 20an keluar dari Honda Civic miliknya.. Ketika itu juga sekumpulan lelaki India datang.. Lelaki-lelaki India itu berpusu ke arahku yang ketika itu sedang kebingungan.. Rupanya datang mahu "tow" kereta.. Cepat dan tangkas saja mereka ini.. Lelaki Melayu tadi datang ke arahku dan membantu berurusan dengan lelaki-lelaki India itu.. Selesai perbincangan, kereta aku pun di"tow" ke sebuah bengkel di Simpang Ampat.. Aku mengangkut beg-beg dan menaiki kereta Honda milik lelaki tadi.. Entah kenapa, aku seperti tiada sikit rasa takut.. Mungkin kerana lelaki itu bercakap sendiri dengan bapaku membuatkan aku lega dan yakin sikit padanya..


Dia menawarkan diri untuk menghantarku pulang ke Melaka kerana destinasi kami sama.. Namun sebelum itu, dia telah membawaku ke balai polis dan banyak bantu aku settlekan perihal berkenaan kemalangan yang ku alami.. Selesai membuat report di Balai Polis Simpang Ampat, kami pun pulang.. Perjalanan mengambil masa sejam.. Duduk di dalam kereta, berbual bersama dia, banyak juga tentang diri dia dan keluarganya aku dapat tahu.. Walaupun kebanyakan masa, aku hanya senyap.. Sampai di rumah, abah dan emak berjumpa dengannya untuk mengucapkan terima kasih.. Oh ya.. Aku tak sangka, yang dia akan meminta number telefonku.. Huhu..


Perihal selepas itu, penuh dengan kisah duka dan lara antara aku dan dia.. Biasalah.. Aku masih belum ada luck untuk involve dengan soal hati dan perasaan.. Tapi, aku akui, dia memang insan yang sangat baik yang pernah aku jumpa.. Sekarang, aku yakin dia pasti bahagia dengan hidupnya.. I just wish him all the best in his life..



Itulah kisah yang berlaku dua tahun lalu pada tarikh 19 haribulan Mac.. Sampai kini, dan sampai bila-bila pun aku takkan pernah lupa.. Pesan aku pada semua, dalam apa jua yang kita buat, ingatlah orang yang tersayang.. Jangan memandu kereta secara bahaya, jangan merempit, jangan hisap dadah, jangan hisap rokok.. Huhu.. Pesanan khidmat masyarakat dari Cahaya Yang Riang Gembira.. Happy weekend.. Assalamualaikum..


"In life, Allah doesn't give you the person you want.. Instead, He gives you the person you need.. To love you.. To hurt you.. To teach you the real meaning of life.."



FOOT NOTE: Can a person that we want become a person that we need?

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.