Dara Dara Dara..

Ini hari-hari terakhir aku di Hospital Batu Gajah.. Inilah aku.. Last minute baru tergedik-gedik nak penuhkan buku log.. Tugas yang perlu aku buat dan aku settlekan secara last minute yakni pagi tadi adalah mengambil darah.. Ya.. Bukan dara seperti tajuk di atas.. Ini kali pertama aku.. Dalam 6 cubaan mengambil darah, hanya 2 yang aku berjaya sedut keluar.. 4 lagi, mission failed.. Aku ngeri pada jarum sebenarnya.. Ngeri sebab takut bikin orang sakit.. Kasihan pakcik yang menjadi bahan eksperimen pertama aku tadi.. Aku dengan keadaan menggigil, muka yang takut, pakcik pun naik takut juga.. Hoho.. Maaflah pakcik.. Ini kali pertama saya.. Apa-apa pun, lega.. Selesai memenuhkan buku log.. Ambil darah, memang bukan senang.. Tapi practice makes perfect ain't? Heehee..





Entry ini aku tulis pada asalnya disebabkan aku lihat banyak keywords ke blog aku ini search tentang belajar medik.. Jadi untuk memenuhi permintaan, aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku sampai aku kini bergelar pelajar final year..


Tak mahu berceloteh panjang lebar.. Cuma apa aku nak kata, belajar medik kalau ada minat saja memang tak cukup.. Ianya bukan seperti yang anda bayangkan.. Perlu ada kesungguhan, azam dan semangat yang tinggi.. Rajin juga ya.. Jangan jadi seperti aku, kaki blog dan bukan kaki buku.. Ahaks.. Dan kalau anda mengharapkan fame dan wang semata-mata, lupakan saja.. Kerja ini menuntut pengorbanan yang sangat- sangat besar.. Sampaikan aku sendiri ada satu tahap, biarpun minat pada bidang ini, aku rasakan aku tak larat untuk teruskan.. Hoho.. Tapi tapi tapi.. Aku kumpulkan kembali semangat, memikirkan yang aku sudah final year, aku teruskan juga.. *ambil mode lagu Agnes Monica - Teruskanlah..*



Jadi, kepada adik-adik yang sampai ke blog ini untuk mencari tentang perihal belajar medik, jika ada apa-apa persoalan, tanyakan saja pada akak.. Apa yang akak boleh tolong, akak pasti tolong.. Ececece.. Akak okey.. Sweet.. Ahaks..


Assalamualaikum semua..



FOOT NOTE: Dalam hati ada taman.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.