Kalau Bicara Soal Makan Sampai Bila Takkan Pernah Habis

Masuk minggu ini, sudah 3 minggu aku menghirup udara Batu Gajah.. Segar memang segar, maklumlah kawasan kampung.. Bikin aku rindu pada kampungku nun di Kota Tinggi, Johor.. Hujung minggu ini tak dapat pulang ke rumah Melaka, dalam otak merancang untuk jalan-jalan sekitar Batu Gajah.. Jenguk-jenguk Kellie's Castle, main sembunyi-sembunyi di Taman Herba.. Rugilah kiranya tak berjalan ke tempat popular ini bila dah berada di sini.. Orang kata Kellie's Castle ada "sesuatu".. Hmmm.. Menarik juga..



Bagi kami 5 orang gadis-gadis comel, satu saja masalah bila tinggal di sini.. Makanan.. Aku hanyalah orang luar dan ini hanyalah pandangan peribadi semata.. Maaf andai ada kesilapan fakta di mana-mana cebisan ayat-ayatku.. Heehee.. Selama 3 minggu aku berada di sini, sudah banyak restoran di Batu Gajah yang sudah aku jejak bersama rakan-rakan.. Kebanyakan makanan memang kurang rasa.. Samada terlalu berminyak, kurang garam, mee yang keras atau nasi goreng yang terlalu banyak ajinomoto.. Masuk juga restoran popular, juga kurang uummpphhh.. Kini, sudah kebuntuan idea untuk cari makan di mana.. Ada 3 fast food outlet di sini, KFC, Pizza Hut dan Marrybrown.. Tak mungkin hari-hari melayan makanan segera.. Mahu naik kolesterol, darah tinggi, kencing manis, satu pakej penyakit dapat..



Ada sesiapa dari pembaca blog ini dari Batu Gajah? Tahu mana-mana restoran menarik tak? Hmmm.. Bagi diri aku, aku tidak kisah jika tak makan.. Aku takkan jadi kurang zat dan kurus kering jika melihatkan keadaan tubuh badanku ini.. Ahaks.. Malah aku rasa aku sangat perlukan satu tahun untuk mencantikkan kembali badanku ini.. Ngee.. Tapi rakan-rakanku semuanya kurus-kurus belaka.. Macam mana? Hahaha..




Kawan-kawan lelaki aku bila ditanya tentang restoran di sini, mereka kata.. SEDAP, LAYAN.. Hoho.. Kata mereka, lelaki tak cerewet.. Makan saja apa yang ada.. Mereka lebih pentingkan kuantiti dari kualiti.. Terutama lelaki bujang.. Lelaki yang dah punya title suami orang pula, perut mereka pasti berharap dapat merasa makan sedap-sedap.. Hik hik.. Tapi wanita, cerewet yang amat.. Hahahaha.. Ye ke? Agaknya kot.. Kalau ikut hati mahu masak sendiri, lebih puas.. Tapi kemudahan yang terhad membantutkan keinginan.. Lelaki, betul ke balun apa saja? Wanita, anda sangat cerewet? Ngee.. Aku sendiri, kalau tak sedap, aku still makan, tapi dengan kadar lambat.. Namun, aku takkan sebut samada ianya sedap atau tak.. Aku jenis terima saja apa yang datang.. Kawan-kawan sering marah sebab aku tak pandai berdiri pertahankan apa yang sepatutnya.. Huhu.. Lemahkah aku?






Kadang-kadang duduk sendiri, terlintas dalam hati, hidup bila diulit dengan perasaan cinta dan hidup bila merasa cinta itu pergi memang berbeza.. Sangat-sangat.. Dulu, bila hidup dengan perasaan, memang indah tapi dalam hati macam ada sesuatu yang berat, kini bila rasa cinta itu dah aku lepaskan jauh-jauh, aku masih rasakan kegembiraan dalam hidup, dan aku rasa hati aku jadi ringan.. Sangat ringan.. Mungkinkah sebab hati aku memang belum mampu menampung lebih muatan? Heehee.. Hanya Tuhan saja yang tahu.. Jangan risau, aku okey.. Dalam mood Mengulit Kenangan ~ Data.. Ngee..


Assalamualaikum semua..



FOOT NOTE: Alice In Wonderland atau Niyang Rapik? Pilih satu antara dua.. Heehee..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.