Kalau Boleh Biar Lebih Tua, Sebaya Masih Okey, Tidak Pada Lebih Muda..

Dah baca tajuk? Jangan terjun dulu ke konklusi.. Perjalanan entry masih panjang.. Heehee.. Tak lama dulu, itu pandangan aku.. Kini persepsi itu berubah 360 darjah.. Berubah bukan kerana orang, bukan juga kerana peristiwa.. Entahlah.. Aku sendiri tidak pasti.. Haha.. Yang penting bukan kerana siapa atau apa aku berubah tapi mengapa.. Ngee.. Mari kita lihat kenapa, mengapa.. Why why why..



Dulu kala aku tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang lebih muda.. Maksud aku tidak mahu, kalau boleh elak, memang elakkan.. Tapi kalau dah jodoh, terimalah saja.. Heehee.. Sebab-sebab tidak mahu? Kerana antara kita akan ada banyak beza..


1) Utama sekali tentulah bila kita tua dia belum tua lagi.. Tambah-tambah ketika itu gerun mendengar orang kata LIFE BEGIN AT 40 bagi lelaki.. Lemah lutut dengar.. Haha.. Faham maksud tua? Sila fahamkan sendiri.. Ahaks..


2) Kalau berjalan ke mana-mana, wanita yang lebih tua ini pastilah lebih cepat penat, lutut pun dah tak kuat.. Mahu ditinggalkan seribu batu di belakang bila time tengah shopping.. Ouh tidak..


3) Bergandingan berdua, berjalan.. Orang tanya, ADIK KE? KAKAK KE? Statement yang sangat menceriakan hari-hari kita kalau mendengarnya.. Pasangan kita, sukalah.. Kita? Makan hati lorh..


4) Mostly, reason dia memang tentang perbezaan performance.. Fizikal dan mental.. Erk.. Fikir-fikirkanlah sendiri ya.. Ngee..



Orang-orang pasti akan kata.. Dah jodoh kami.. Kami saling mencintai.. Tak jadi masalahlah.. Tapi ingat, perkahwinan itu tak cukup hanya sekadar cinta.. Kita perlu lebih dari cinta.. Sepanjang hidup kita, kita sentiasa persoalkan perbezaan itu dan ini, kita sentiasa cuba mempertahankan pendirian kita dengan mencari sebab-sebab dan natijah yang akan nampakkan pendirian kita memang berasas dan logik.. Tapi kenapa kita tidak cuba untuk leraikan satu persatu perbezaan itu.. Bukankah dengan meleraikannya satu satu mampu dekatkan jurang perbezaan yang ada..





Seperti isu kahwin lelaki lebih muda atau wanita yang lebih tua.. Kita sibuk menggali beza-beza yang mungkin timbul.. Juga akibat dari kahwin pasangan lebih muda atau tua.. Sama juga seperti isu cari pasangan dari negeri mana.. Malah juga dalam isu tentang lelaki dan wanita.. Kenapa lelaki begini dan wanita begitu? Lelaki perlu buat begini, wanita begitu pula caranya.. Kita teramatlah sibuk membezakan lelaki dan wanita, tetapi tidak sekali pun sibuk untuk mencari bagaimana mahu rapatkan jurang perbezaan itu.. Sebab itulah banyak perkahwinan sukar bertahan sampai ke akhir hayat seperti yang diinginkan.. Tiada kesefahaman.. Tiada toleransi.. Asyik busy cari salah siapa dan sibuk berhujah kau sepatutnya begini dan kau sepatutnya begitu.. Namun aku yakin, tidak semuanya begitu.. Hanya segelintir saja..




Aku bukanlah kaunselor perkahwinan, bukan juga ingin memandai atau tunjuk pandai dalam soal perkahwinan.. Apatah lagi aku tak pernah makan garam perkahwinan.. Cuma hidu bau-bau dan menjamah sikit-sikit saja.. Ahaks.. Ini hanya sekadar pandangan aku.. Perbetulkan aku jika silap.. Tapi seharusnya kita tidak terus-terusan bersikap begitu.. Asyik sibuk bertanya kenapa kenapa kenapa tapi tak pernah cuba untuk selesaikannya dengan bertanya bagaimana.. Betul tak? Heehee..



Hidup ini pendek untuk kita buang masa mencari tahu kenapa.. Yang berlalu biarkan berlalu.. Yang sudah begitu, biarlah begitu.. Lebih baik kita mencari tahu bagaimana pula.. Kita tak mampu ubah fakta, tapi mungkin kita boleh jadikannya lebih menarik atau lebih baik.. Tapi tapi tapi.. Ada juga sesuatu dalam hidup yang perlu kita tahu kenapa dan tidak perlu kita tanya bagaimana.. Heehee.. Renung-renungkan.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Ketika entry ini dipublish, aku di Klinik Kesihatan Tronoh memberi ceramah kesihatan tentang Diabetes Melitus pada pesakit luar.. Ouh.. Cuaca panas-panas begini, mahukah orang dengar aku membebel di hadapan? Hurrrmmm..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.