Aku Tak Adalah Gatal Sangat..

Rasa agak lama tak update entry.. Kenapa ya? Sibuk sangat.. Sibuk dengan kerja mendownload drama-drama, movie-movie, sampai terlupa tanggungjawab aku sebagai seorang blogger.. Ekeke.. Entry ini entry khas buat mereka yang merindui Cahaya Yang Riang Gembira.. Haha.. Ayat poyo weh..


Gambar Siti Nurhaliza diambil sebabnya aku dan dia berkongsi satu ciri yang sama.. Kemanisan yang sama.. Auww.. Lupakan kejap.. Al kisahnya.. Hujung minggu yang lalu.. Aku hidup berseorangan di rumah sewa dua tingkat ini.. Hari Jumaat itu hati sudah berkira-kira mahu memasak saja di hujung minggu.. Agak lama sebenarnya aku tak memasak semenjak sibuk dengan dunia final year ini.. Dek kerana itu, sesuatu telah terjadi.. Hoho..




Menu-menu aku simple saja.. Asal boleh makan.. Kenyang.. Alhamdulillah.. Menu hari Sabtu hanya telur dadar, ayam goreng kunyit dan sardin masak asam.. Kecewa sedikit dengan permulaan.. Masakan termasin.. Tiba-tiba teringat pula geng Bujang Lapuk dengan masakan mereka yang keras macam batu.. Haish.. Dara Lapukkah aku? Huhu.. Orang tua kata, masakan termasin, petanda nak KAHWIN.. Betul ke? I terima saja.. Hohoho.. Kawan aku sampai keluarkan statement terlampau, mengatakan aku sengaja letak garam lebih sebab nak kahwin.. Wawawa.. Aku tak segatal itu okey..



Ahad keesokan harinya, sambal tumis telur.. Dan yeehaa.. Hari kedua aku berjaya masak dengan jaya dan dengan sedapnya.. Sila percaya, kalau aku yang kata sedap, memang sedap.. Heehee.. Moral of the story, sesuatu skill itu, kalau ada tapi tak digunakan pun tak guna.. Lama-lama pasti berkarat.. Lebih baik dipraktiskan, praktis untuk jadi sempurna.. Masak-masaklah selalu.. Jangan jadi macam aku.. Hoho.. Tambahan lagi, masak itu satu terapi.. Menyeronokkan.. Hati pun senang.. Ngee..


Cari penulis baru untuk Cahaya Yang Riang Gembira pun okey juga.. Tidaklah sepi dan suram sangat blog tercinta ini.. Heehee.. Will think about it.. Assalamualaikum semua.. Take care ya..



FOOT NOTE: Kurangkan masin dalam masakan ya, nanti sakit.. Siapa yang susah? Hehe..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.