Benarkah Kami Boleh Buat Kamu Bangkit Atau Jatuh?

Dengar dengar itu.. Beduk telah berbunyi.. Erk.. Abaikan saja otak mereng si penulis blog di malam minggu.. Mana tak mereng, mengadap lappy dari pagi ke malam.. Buka new post dari pukul 8 malam, satu apa pun tak tercoret.. Otak kosong.. Buka TV.. Terpaku pada lakonan Noor Khiriah dalam Rawan Seorang Perempuan.. Sambil menonton tangan pula gatal mahu menaip.. Layankan saja..




Semenjak dua menjak, sana sini kecoh cerita penangkapan Khaeryl Benjamin a.k.a Benjy, anak lelaki Azean Irdawaty atas tuduhan mengedar dadah.. Masih lagi dalam siasatan, aku tak mahu kata apa-apa.. Benar atau tidak benar, pasti terdedah satu hari nanti.. Tertarik pada nota kaki entry di blog Mat Sastera ini, Benjy ditangkap bersama TEMAN WANITA sedangkan dia sudah BERISTERI.. Aku ulas nota kakinya itu di ruangan komen.. Dalam kotak hitam itu komen aku, kotak berbunga itu balasan komen Mat Sastera Jiwang ini.. Motif kotak bunga-bunga? Biarlah rahsia.. Hohoho..




P/S: Wa pandai mengail, mengait wa tak pandai.. Hoho..


Selalu saja kita dengar, di belakang lelaki yang berjaya pasti berdirinya seorang wanita.. Abahku berjaya sebagai seorang abah kerana ada emak di sisinya, begitu juga bapa kamu ada emak kamu, bersama Perdana Menteri dan bekas-bekas Perdana Menteri kita ada para isteri.. Betulkan aku jika aku silap di sini.. Wanita boleh jadi pemangkin untuk seorang lelaki mencapai kejayaan.. Dalam komen aku, aku kaitkan kata-kata pujangga itu dengan kes Benjy.. Silapkah aku jika aku katakan begitu? Di sebalik lelaki "berjaya", pasti ada seorang "wanita"?


Kita wanita, ada sesuatu dalam diri kita, yang bila mana kita berada di sisi seorang lelaki, kita mampu jadi pemberi semangat, pemangkin, mungkin juga pemusnah, samada untuk mereka bangkit ataupun jatuh.. Aku tak katakan semua lelaki tunduk pada godaan wanita.. Segelintir saja.. Berbalik pada tajuk entry BENARKAH KAMI BOLEH BUAT KAMU BANGKIT ATAU JATUH, masing-masing mungkin ada pandangan masing-masing.. Satu saja aku mahu kata, lelaki dan wanita perlu saling melengkapi, ke arah yang lebih baik, lebih elok, lebih bermakna..



Layout bertukar lagi.. Bukan kerana aku seorang peminat Pingu, bukan juga kerana cuaca panas dan bila melihat Penguin aku akan terbayangkan ais-ais yang menyejukkan.. Tapi melihatkan ruangan untuk mencoret entry tiada batasan.. Aku suka.. Rasa bebas menulis.. Heehee.. Harap anda juga sukakannya.. Selamat berhujung minggu.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Semalam beli serbuk kunyit di sebuah kedai, melihat 3 orang lelaki Melayu memborong arak dalam kuantiti yang banyak, berbual-bual antara mereka, sambil tergelak-gelak.. Mereka melihat aku.. Aku lihat mereka.. Perasaanku berbaur.. Perasaan mereka bagaimana?

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.