Final Decision.. Take A Break.. Selamat Tinggal..

Baru 2 hari aku tinggalkan Cahaya Yang Riang Gembira, rasa macam setahun.. Kini aku kembali menebus saat-saat di mana aku telah mengabaikan blog tercinta hanya kerana masalah menimpa, senang cerita kecewa.. Tak matang sungguh kecewa macam ini.. Huhu.. Aku rindu blog.. Aku rindu kawan-kawan blog.. Serious aku cakap.. Dari hati yang tulus.. Weeeeeee..



Tajuk di atas tiada kena mengena dengan blog.. Aku tak akan pernah tinggalkan blog.. Seperti mana Joe, blog adalah isterinya.. Kini blog juga adalah suamiku.. Hik hik.. Sepanjang seminggu ketiadaan aku, memang traffik light ke blog ini jatuh merundum.. Kesimpulannya, walau dah setahun berblogging, aku rasa aku masih belum mampu established dalam erti kata sebenar.. Tapi aku tak patah semangat.. Akan terus berblog.. Biarlah ambil masa berapa lama pun, walau sampai ke tua, aku akan tetap berblogging..



Agak sukar mulanya untuk aku cari semangat semula.. Aku rasa silap aku terlalu mengharap.. Tapi kata mereka-mereka, jangan salahkan diri.. Siapa-siapa di tempat aku juga pasti mengharap benda yang sama bila melalui situasi ini.. A happy ending.. Tapi langit takkan selalunya cerah.. Betul tak? Satu saja aku ralat.. Aku dibiarkan begini tanpa satu kata penjelasan atau maaf sedangkan dia yang mengakhirinya, dan agak terkilan sedikit sebab akhirnya aku sendiri yang perlu mencari dia untuk meletakkan titik noktah pada kisah ini.. Persetankan andai ada yang melabel aku tak tahu malu, tergedik-gedik mencari dia, tapi bagi aku, sesuatu yang dimulakan, kalau berakhir perlu diselesaikan dengan betul.. Bukan hanya diam diri begini.. Tak salahkan dia, tak juga marahkan dia, cuma terkilan dengan sikap dia.. Harap-harap lepas ini masih lagi boleh jadi kawan.. Dan moga dia bahagia dengan jalan yang dia lalui sekarang.. Ngee..




Cukup sudah rasanya bicara tentang dia.. Tutup buku.. Mula chapter baru.. Aku kini boleh kembali senyum.. Semuanya kerana kawan-kawan.. Kerana bapak.. Kerana Bro Jawa yang menyarankan aku untuk take a break.. Yup.. Rehat dari soal-soal perasaan, cintan-cintun.. Betul juga.. Matlamat aku sekarang.. Cinta lepas kahwin.. Kalau ada calon terbaik untuk aku, merisik dulu, tunang, dan nikah.. Lepas itu bercintalah sakan.. Kan kan kan? Aku tutup hati untuk cintakah? Tidak.. Cuma rehat saja.. Jawapan artis yang aku nak bagi.. "Tapi kalau ada jodoh yang datang dalam masa terdekat, tak salah untuk terima dan mencuba.. Kebahagiaan hidup kita, kita kenalah usaha.. Ngee.."



Terima kasih buat yang titipkan ucapan Jaga Diri, Take Care.. Aku terharu.. Sob sob.. Juga buat Boneka sebab bertanyakan samada aku okey atau tidak.. Cara dia tanya khabar agak garang tapi comel.. Ahaks.. Buat Jard, thanx juga sebab sudi borak denganku.. Lepas aku borak dengan korang berdua, aku makin bersemangat untuk tutup buku lama.. Aku redha dengan apa yang dah jadi, pasti ada sebab yang aku tak tahu kenapa Allah aturkan ianya sebegini.. Aku rasa bahu aku dah ringan.. Kepala otak aku pun dah tak serabut.. Aku suka akhirnya aku kembali seperti dulu.. Cahaya Yang Riang Gembira.. Yippie..


Okey okey.. Mari kita kembali berblog.. Heehee.. Dan mulakan kembali blogwalking seperti zaman dahulu kala.. Ngee.. Blue carpet for me please di blog korang.. Hahahaha.. Oh ya.. Aku juga turut tersenyum bila melihat OrangLidi kembali.. Atau Si TanpaNama.. Yang mana satu? Ahaks.. Tata semua.. Happy weekend.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Sedang membaca "buku ajaib" setebal 191 muka surat yang aku download semalam.. Banyak tentang lelaki dan perempuan yang aku belajar.. Memang best.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.