Nasihat Seorang Emak Adalah Nasihat Paling Kebaboom

Kelmarin emak datang ke Ipoh mengambil My Bucuk untuk dibawa pulang ke Melaka.. Seperti kebiasaan, sepasang ibu dan anak pasti ada gosip-gosip yang ingin dikongsi tambahan lagi dah lama tak berjumpa.. Haha.. Okey okey.. Bukan gosip sebenarnya.. Saja aku bikin ayat terlampau.. Ahaks.. Seperti biasa, mak akan bertanya khabar tambah-tambah lagi 2, 3 minggu ini aku jarang menghubungi emak.. Soalan mak dua tiga bulan kebelakangan ini tak lain tak bukan pasti tentang soal hati dan perasaan anak sulungnya ini.. Kalau ikutkan, aku dah lama tutup buku kisah lama, dah lupa pun, tapi aku tahu aku perlu juga jelaskan perkara ini pada emak sebab ianya melibatkan emak dan abah.. Emak mendengar sambil gelak kecil..



Pesan emak pada aku berkenaan isu hati dan perasaan aku yang dah aku kuburkan tak lama dulu:


1) Hidup ni pendek je Along.. Tak payah serabut kepala fikir-fikirkan sangat, yang dah lepas biarlah lepas.. Ambil pengajaran..

~ No worries mak.. Anakmu ini dah tebas habis semua semak dalam kepala, dah tak ambil hati pada apa yang jadi.. Aim sekarang, settlekan final year dengan jayanya..


2) Jangan ganggu pakwe orang.. Jangan sibuk-sibuk lagi dalam hidup dorang..

~ Pesan yang ini memang agak lawak sedikit.. Hoho.. Anak mak yang seorang ini takkan kacau kepunyaan orang..


3) Doa sajalah pasangan tu bahagia..

~ Aku selalu doa mereka bahagia dengan kehidupan masing-masing.. Tak lupa aku doa untuk kebahagiaan hidup aku juga.. Ngee..


4) Jangan berblogging lagi pasal cerita-cerita ni.. Nanti libatkan ramai orang.. Jaga perasaan orang..

~ Baik mak.. Kisah aku ini akan aku tamatkan dan takkan cerita lagi.. Takkan ungkit-ungkit lagi.. Mungkin juga mak tak mahu lagi aku involve dengan soal perasaan dalam dunia maya, she don't want banana fruit two times kot.. Ahaks..


5) Kuruskan badan sikit..

~ Pesan yang ini memang selalu aku dengar.. Hoho.. Aku cakap pada mak, mahu calon suami yang terima aku seadanya.. Kalau aku kuruskan badan lepas ketemu "dia", pasti lebih worth it usaha aku itu.. Sebab dia bersama aku sebelum dan selepas.. Hik hik.. Poyo saja aku..





Lega dapat luahkan segalanya pada emak.. Nasihat emak juga sangat best.. Sebagai anak, nasihat emak akan aku ikut.. Ada keberkatannya.. Ibu dan ayah sememangnya guru kaunseling yang terbaik dalam hidup kita.. Betul tak? Sebabnya hanya mereka yang kenal anak mereka bagaimana.. Anak-anak saja yang susah untuk belajar kenali ibu bapa sendiri.. Hmmmm..


Jom semua.. Jadi anak yang terbaik untuk ibu bapa kita, barulah kita boleh menapak ke langkah seterusnya untuk jadi ibu dan bapa yang terbaik untuk anak-anak kita.. Ingat iklan petronas pasal ayah, anak, cucu dan mangkuk plastik? Huhu.. Till here.. Take care.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Dua tiga hari ini otak aku memikirkan tentang lelaki yang berlesung pipit.. Kriteria sahabat baik aku untuk mencari calon suami.. Ada sesiapa punya lesung pipit? Lesung batu tarak mau arr..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.