Sesi Bersantai Dan Bergelak Tawa

Daku kembali lagi di malam Ahad.. Heehee.. Dan sebenarnya, ini hanyalah scheduled entry yang dikarang lebih awal.. Tidak mahu teratak ini sunyi dan mengundang rindu di hati anda-anda semua.. Ngee.. Sana sini aku tengok blogger sibuk publish entry tentang keywords atau dalam bahasa lebih saintifik kata kunci.. Tiba-tiba teringat ruangan Lagu Merapu di SinarFM nyanyian Salleh Yaacob.. Lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu diterjemah dalam bahasa English jadi You Lock My Love In Your Heart.. Gelak guling-guling aku dengar.. Entah apa-apa juga translation begitu.. Ahaks.. Okey, sambung-sambung.. Maka aku juga tergerak hati mahu coret sesuatu tentang kata kunci ke blog aku.. Jom usha..


Sejauh mana pentingnya KEYWORD, anda boleh jenguk di sini atau di sini..



Aku cuma extract certain-certain keyword yang aku rasa menarik, tertarik dan da' bomb.. Mahu tengok lebih jelas boleh klik pada gambar.. Clean and clear sedikit untuk view.. Bigger pun bigger.. Ahaks..


1) DALAM BAJU - Yang ini aku musykil apa yang dicari dalam baju.. Ahaks.. Dalam baju atau baju dalam pun masih tak mampu dikenalpasti.. Ooppss.. Ia membawa ke entry Sembunyi Dalam Baju Kurung..


2) KENAPA ALLAH JADIKAN LELAKI KUAT - Hmmm.. Kenapa ya? Kata kunci ini membawa readers kepada entry Kenapa Lelaki Begini Perempuan Begitu..




3) MACAM MANA TAHU GAY - Keyword telah terselindung sikit.. Aduh.. Soalan itu aku pernah tanya dulu pada readers dalam entry ini, agak panas sedikit.. Heehee.. Tapi aku masih tak punya jawapan, I wish I know the answer..


4) NAK LAGI ABANG - Adeh.. Bunyi sangat pelik.. Boleh jadi macam-macam nada untuk disebut.. Macam gatal pun ada.. Erk.. Entry ini jadi sasaran.. Kah kah kah..


5) NONBOR TELEFON FASHASHANDA - Keyword paling tak boleh tahan.. Ejaan yang banyak silap.. Nonbor? Shanda? Nampak sangat terlalu cepat menaip untuk dapatkan number phone Fasha.. Sorry.. Tiada di sini.. Number Minah Jiwang adalah.. Haha..



6) BETUL KE WAJAH SEIRAS JODOH BERKEKALAN - Aku sangat suka pada keyword ini.. Masa baca tak lama dulu, hati bunga-bunga.. Wajah seiras.. Hee.. Tapi tak mengapalah.. Sekarang benda ini tak matters pun agaknya.. Hmmm..


7) TAK BOLEH DALAM BAHASA CINA - Jadi guru bahasa Cina tempoh hari melalui entry ini juga ini telah mengundang banyak keywords tentang belajar bahasa Mandarin ke blog aku..




8) GAMBAR WALI BAND SEMASA KECIL - Lagi satu kata kunci yang buat aku gelak golek-golek.. Adoiyai.. Aku bukan PA artis.. Mana ada number phone, mana ada gambar depa masa kecil-kecil cili padi.. Haha.. Lawak-lawak.. Tapi entry Asal Usul Lagu Cari Jodoh Wali Band memang menjana banyak trafik ke blog ini.. Semua cari info pasal Wali Band.. Nampaknya ramai minat Wali Band.. Ahaks..


9) BAI JUAL KARPET - Keyword ini sangat nostalgia sebab entry tentang ini dah agak lama.. 27 May 2009.. Entry bertajuk Abah Kahwinkan Kamu Dengan Bai Penjual Karpet.. Kenangan zaman dulu-dulu, muda belia.. Hik hik..


Ada banyak lagi keyword menarik dan lawak-lawak pada pandangan aku, tapi aku share yang certain-certain saja.. Kalau share semua, mahu 10 entry pun tak habis.. Muahaha.. Till here.. Selamat memulakan kerja di hari Isnin.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Esok pagi akan ke Ayer Danak, perkampungan Orang Asli di Batu Gajah.. Kalau ada kelapangan aku update tentang itu..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.