Susahkah Bahasa Mandarin Sebenarnya?

Entry ini tergerak untuk aku coretkan setelah melihat ramai pelajar-pelajar kita di IPT mengambil subjek Bahasa Mandarin.. Aku saja-saja ingin berkongsi pengalaman atau mungkin boleh anda jadikan tips untuk memudahkan pembelajaran anda nanti.. Maaf terlebih dahulu dihulurkan, aku bukanlah begitu pakar dalam bidang ini, tetapi aku harap pengalaman belajar Mandarin aku selama 10 tahun ini boleh kita sama-sama manfaatkan..



Aku mula mempelajari bahasa yang agak asing bagi aku ini seawal usia 5 tahun.. Bayangkan saja, sudah terbiasa dengan penggunaan bahasa Melayu, tiba-tiba aku dimasukkan ke tadika yang 95% pelajarnya berbangsa Cina dan bertutur bahasa Mandarin.. Agak sukar dan shocking di awalnya, malah rasa diri ini agak "terpencil".. Ternganga melihat dia, dia, dia bersoseh-soseh dalam bahasa yang aku tak faham langsung..



Darjah 1, mak abah masukkan aku ke sekolah Cina lagi.. Di sinilah proses pembelajaran bahasa Mandarin aku mulakan secara rasmi.. Aku mula belajar dengan pinyin, tone, dan tulisan serentak.. Ketika itu kami semua dikerah menghafal lagu pinyin untuk memudahkan kami belajar.. Tiap-tiap pagi sebelum mula kelas, perlu menyanyi dulu.. Aku rasa itu benar-benar membantu dari segi melembutkan lidah aku.. Belajar tone agak mudah bagiku kerana hanya ada 4 tone dalam bahasa Mandarin.. Walaupun agak mudah tapi ini yang amat penting.. Sebab lain intonasi bunyi sesebuah perkataan, lain maknanya.. Sebab itu aku rasakan belajar Mandarin menarik, macam kita belajar seni muzik, seni tulisan dan berseni-seni lagi.. Heehee..


Belajar menulis bahasa Cina, bagi aku tiada masalah.. Kita boleh tulis Jawi, mesti bahasa Cina pun tiada masalah.. Ketika itu kami disediakan buku latihan kotak-kotak besar untuk praktis menulis.. Satu hari satu perkataan, satu perkataan ada 10 baris.. Makin hari makin bertambah perkataan.. Praktis, praktis dan praktis.. Perfect..



Belajar asasnya bagi aku tak susah, yang agak susah macam mana kita nak memperkayakan lagi kemahiran berbahasa kita.. Apa aku buat? Baca akhbar Cina, beli novel itu ini (novel cinta jek.. haha..), hari-hari aku menulis surat cinta, tiap kali ada syarahan bahasa Cina, aku offer diri untuk wakil sekolah (muka tak malu weh..), even pertandingan nyanyian lagu Cina pun aku masuk walaupun suara tak sedap.. Haha.. Dengan cara itu, aku banyak improve dalam bahasa Mandarin aku.. Plus advantage yang aku ada, aku dikelilingi rakan-rakan yang boleh dikatakan semua berbangsa Cina.. Nak tak nak, aku kena berbahasa Mandarin.. Betul tak?


Alhamdulillah, atas usaha aku, mampu jugalah aku genggam A untuk 2 subjek, pemahaman dan penulisan Mandarin semasa UPSR.. Sampai sekarang aku masih lagi praktiskan penggunaan bahasa Mandarin di kalangan pesakit-pesakit.. Sebab aku rasa dengan cara itu, aku lebih dekat dengan mereka, dan mereka lebih percaya pada aku.. Tapi aku rasa, skill menulis aku mungkin dah berkurang.. Skill berbahasa juga mungkin ada karat sedikit.. Kalau luput terus, rasa rugi pula.. Jadinya aku ambil inisiatif, banyakkan baca artikel Cina secara online, usha blogger-blogger Chinese sana sini.. Heehee..



Personally, aku rasa bahasa Mandarin tidaklah susah mana pun, yang penting sebutan, intonasi kena tepat dan sharp.. Aku rasa English lagi susah.. Hehehe.. Tapi, tak kisahlah bahasa apa sekalipun, kalau ada kemahuan untuk belajar, pasti satu hari kita akan berjaya menguasainya.. Untuk yang sedang belajar Mandarin, all the best.. Tak rugi belajar, banyak manfaat kita dapat.. Ngee.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Wo zong shi jing jing fang ni zai xin zhong, mei ren zhi dao, wo duo me ji dong.. ;(

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.