Aku Harap Aku Cepat Sembuh Dari Masalah Jiwa Ini

Semalam punya stok senyum bila orang kata aku bertunang dah habis.. Digantikan pula dengan stok bengang, tekanan jiwa, moody, kesibukan yang melampau-lampau.. Please please please.. Ada sesiapa tahu katil 2086 di Tanjung Rambutan masih kosong lagi atau tak? Hoho..




Tugas aku sepanjang minggu ini adalah untuk menyiapkan report research aku.. Keadaan aku sama saja seperti keadaan di bawah.. Aku seolah-olah telah tertimbus dek timbunan kertas yang menggunung.. Waaaaa.. Ada siapa-siapa pernah buat research dengan menggunakan questionnaire? Inilah yang aku buat sekarang.. Kerja aku adalah analyze balik questionnaire yang aku dah edarkan.. 100 helai aku edarkan kepada student-student kolej tapi yang dipulangkan hanya 88.. Takpa.. Farhana tak kisah..


Namun dalam 88 set itu, ada lebih kurang 10 lebih set yang kosong.. Barangkali nak suruh aku isi tempat kosong.. Okey.. Aku bagi soalan, aku yang kena jawablah nampaknya.. Haha.. Masih lagi senyum.. Aku okey.. Isi sajalah Farhana oii.. Tapi.. Resultnya nanti dah tak jitu.. Hohohoho.. Tergelak bangga kejap.. Anak-anak, lain kali kalau anda dapat questionnaire, janganlah buat begini ya.. Kalau malas nak jawab, jangan jawab langsung.. Huhu..



Sorry sorry atas sikap aku yang menempiaskan rasa terbuku dalam dada di blog tercinta ini.. Heehee.. Mahu update dengan entry-entry mantop, tapi aku rasa aku tak mampu buat masa ini.. Kurang upaya.. Maaf ya.. Buat Touya Karuma, kalau ada kesempatan dan masa lapangku, nanti ku inform ya sama kamu.. Tak dapat janji.. Heehee.. Dah dah Farhana.. Sambung kerja.. Move it move it move it.. Tata semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Tengok di Facebook, ada insan yang rajin drop komen di wall "seseorangnya".. Missing you day 1.. Missing you day 2.. Missing you day 3.. Perggghhhh!!!!! Mulut aku tak tahu nak kata apa.. Cuma dalam hati aku, di sudut-sudut sana ada yang nak dikata.. Missing dia day 5.. Ngee..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.