16 Hari Hidup Dalam Kepenatan

CUIT-CUIT MANJA: Entry ini agak panjang meleret.. Untuk membacanya perlukan kesabaran dan kesediaan hati..


Melihatkan DIA begitu bersungguh-sungguh mengekspresikan perasaan kejiwangannya menerusi entry Englishnya itu, sedikit bikin aku cemburu.. Mana boleh dia saja dengan kisah kecurian hatinya, aku juga tak terlepas untuk tumpang sekaki mencoretkan ceritera rompakan, ragut dan kecurian yang makin hari makin berleluasa dalam jajahanku ini.. Terjadi pada seorang gadis yang namanya persis namaku, Farhana.. Kebetulan sungguh..




Assalamualaikum.. Hai semua.. Saya Farhana yang penulis sebutkan tadi.. Bermula dari perenggan ini, penulisan entry ini saya yang akan ambil alih.. Selamat membaca.. Pertama sekali mahu saya ucapkan satu perkataan.. PENAT.. Dan LETIH.. Saya kepenatan dan keletihan dan hampir menaikkan bendera putih untuk mengaku kalah tapi masih lagi mampu bertahan demi sebuah momen terindah yang dinamakan C.I.N.T.A atau dalam bahasa Jawanya L.O.V.E.. Saya congak-congak, semenjak 16 Januari sampai ke saat ini, sudah genap 16 hari saya hidup dalam kepenatan..


Sebab-sebab saya menjadi penat dan letih adalah seperti berikut:

1) Makan nasi, telan, tapi karbohidrat dari nasi seolah-olah tidak tercerna menjadi tenaga..

2) Dalam tak sedar, bila duduk sendiri saya tersenyum.. Menonton drama seram, tiba-tiba orang nampak saya senyum.. Atas tandas cangkung dengan perut sakit memulas, senyum lagi.. Otot-otot yang bekerja untuk menghasilkan senyuman saya ini telah mengeluarkan tenaga overdose ditambah lagi tiada tenaga simpanan..

3) Mata dah kuyu, mahu tidur sangat-sangat.. Tutup mata, buka semula tiba-tiba.. Baru 15 minit saya tidur.. Okeylah.. Lelapkan semula mata.. Terbuka lagi.. 10 minit? Jam rosakkah? Kenapa tidur macam tiada kepuasan?



P/S itu sangat sweet.. Heehee..


Di khalayak ramai saya mengaku saya pernah rasa ini semua dulu-dulu.. Tapi dengan penulisan.. Saya yakin itu hanya demam biasa.. Namun kali ini agak berbeza, demam kronik yang puncanya adalah jangkitan dari insan.. Insan yang bila namanya saya dengar, jantung berdegup dengan kelajuan 240km/j.. Berfikir tentang dia pula, buat kita tak sedar, kita tersenyum lebar sebenarnya.. Ah!! Perasaan selalu tipu hati.. Jangan layankan sangat kata orang..


Percayalah.. Ini benar-benar terjadi pada saya walau saya sendiri tak percaya.. Berdasarkan simptom yang saya alami, saya yakin saya tak sakit.. Bertemu seorang "radiologist".. Sinar-sinar yang tak dapat dilihat dek mata menembusi tumbuhku dan diprojekkan di atas sekeping filem.. Diagnosis? Manusia biasa punya satu hati.. Tapi aku? Satu pun tiada.. Aku sakit dalam gembira rupanya.. Terminal stage disease.. Ubatnya? Hati kamu dia ambil, hati dia juga kamu perlu ambil.. Crucial sungguh situasi saya.. Apa perlu saya buat?



Persoalan yang menentukan penyakit saya akan sembuh atau tidak.. Adakah hati dia telah saya miliki? Saya perlu tahu itu.. Tapi bagaimana? Mahu ditanya terus rasa tak sesuai.. Tak mahu tanya, tak sembuhlah saya.. Terlintas kisah ini dalam benak fikiran saya tiba-tiba..

"Siti Khadijah benar-benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi Muhammad dan telah menyebabkan hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa itu.


Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: “Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Rumawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk”.


Namun, bagaimana harapan itu boleh menjadi kenyataan sedangkan Siti Khadijah menyedari akan terdapatnya satu adat tradisi yang boleh menghalangnya kecuali beliau perlu menunggu dan Nabi Muhammad itu sendiri yang meminangnya bagi membolehkan mereka akhirnya dapat hidup sebagai pasangan suami isteri. Tidak mungkin perigi yang mencari timba namun wanita bangsawan ini menyedari bahawa beliau terpaksa memecahkan tradisi itu bagi merealisasikan impian suci itu.


Beliau kemudiannya meminta bantuan seorang rakan, iaitu Nafisah untuk menemui Nabi Muhammad bagi pihaknya dan mengharapkan rakannya itu akan membawa pulang dengan berita gembira.


Berikut dialog antara rakan Siti Khadijah itu dengan Nabi Muhammad; “Wahai Muhammad mengapa tidak anda sinari kehidupan malam anda dengan seorang isteri?”


Jawab Nabi: “Ini kerana saya tidak mempunyai sebarang persiapan untuk berkahwin”.


“Kalau begitu apakah anda akan menyambutnya dengan senang hati jika saya mengundang anda kepada kecantikan, kekayaan, keanggunan dan kehormatan,” kata Nafisah.


Nabi menjawab; “Apa maksud anda?”


Lalu Nafsiah menyebut nama Siti Khadijah.


Mendengarkan nama Siti Khadijah itu, lantas Nabi Muhammad pun berkata “Apakah Khadijah sudi menerima saya, pada hal dunia saya dan dunia dia jauh berbeza dan sedangkan beliau pernah menolak lamaran-lamaran daripada pemuda-pemuda yang jauh lebih mulia dan kaya daripada saya?”


“Saya mendapat kepercayaan daripada Siti Khadijah dan akan membuat dia setuju. Anda hanya perlu menetapkan tarikh perkahwinan agar walinya (Amar bin Asad) dapat mendampingi anda berserta sahabat handai, rakan taulan dan upacara perkahwinan dan perayaan dapat diadakan,” kata Nafsiah.


Nabi Muhammad tidak lagi mempunyai alasan untuk berdolak dalik malah rasa terharu dengan permintaan Siti Khadijah itu dan meminta Nafsiah pulang kepada wanita itu dengan membawa khabar gembira."



Perancangan dalam fikiran saya biarlah wakilnya adik berusia 17 tahun.. Hantar SMS.. Call segan.. Tanyakan..


"Abang Tuuttt.. Sudikah kiranya sistem barter dijalankan? Abang telah mencuri hati kakakku, seafdalnya hatimu juga perlu kakakku curi.. Masihkah ada hatimu padamu untuk kakakku simpan sampai bila-bila?"


Hmm.. Saya masih teragak-agak.. Berkesankah perancangan ini.. Kemahuan melaksanakan ada tapi segannya lagilah ada.. Hmmmm.. Keluhan saya makin panjang.. Saya jadi makin runsing.. Cukuplah saya berceritakan kisah saya.. Moga jadi renungan buat semua.. Saya ingin menyeselesaikan kerja yang tak sudah.. Assalamualaikum semua..




Wah.. Terima kasih pada penulis undangan yang namanya Farhana tadi.. Gambar last ini, saya dedikasikan khas buat Farhana dan Abang Tuutt beliau.. Semoga ada jodoh kalian bersama.. Ini doa Farhana untuk Farhana.. Buat pembaca, terima kasih kerana sudi membaca cebisan kisah ini.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Bawa dia berjumpa orang tua kamu terlebih dahulu, restu dan keikhlasan adalah asas paling kukuh untuk memulakan sesebuah perhubungan.. Betul betul betul.. Ngee..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.