Lupakan Sebentar Cuti Aku

Bila kita hidup dalam kekeliruan dan tanda tanya, kita selalu mencari jawapan untuk persoalan-persoalan kita.. Kadang-kadang jawapan yang kita nak mungkin melukakan hati kita, mungkin buat hati kita tersentap dan terguris, tapi tetap juga kita ingin tahu.. Untuk apa? Untuk diri kita semestinya.. Sebab ini hidup kita.. Kita punya hak tentukan apa yang patut dan tidak patut untuk diri kita.. Untuk orang lain juga yang pastinya.. Nak hidup gembira, jangan seorang diri, biarlah semua turut sama hidup gembira.. Betul tak?



Hidup ini beri kita banyak pilihan.. Terpulang pada kita untuk memilih hitam putih, warna-warni kehidupan kita.. Kalau pilihan itu tepat, tahniah buat kita.. Kalau silap pilihan dan tidak lagi diberi pilihan lain? Kita cuba jadikan pilihan yang salah itu yang terbaik untuk kita.. Hidup kita, hanya kita tahu bagaimana mahu mencorakkannya..


Buat seorang sahabat terbaik, terima kasih kerana bantu daku untuk menyelesaikan kekusutan fikiran ini.. Pimpin aku dan bawa aku ke jalan yang betul.. Masa-masa begini.. Sahabat memang tempat terbaik untuk dirujuk.. Seikhlasnya, aku masih belum mampu buat keputusan.. Tapi aku gembira sebab hati aku makin tenang lepas berbicara dengan kamu..



Mesej penting yang aku dapat hari ini.. Kejujuran adalah perkara yang teramat penting dalam apa jua yang kita buat.. Belajar, berkawan, bercinta.. Semuanya menuntut sebuah kejujuran.. Itu adalah asas untuk segalanya.. Kalau tak jujur, semua tiada makna.. Walau macam mana kita bina sebuah bangunan, se gah mana pun ia, kalau bahan binaan hampeh, bangunan itu pasti tak berdiri lama.. Anda faham kan? Hmmmm..



Buat sahabat itu.. Sayang kamu.. Heehee.. Terima kasih banyak-banyak kerana mengajar aku banyak benda.. Bantu aku berfikir.. Aku harap semuanya akan baik-baik saja untuk kita semua.. Allah saja yang tahu apa yang terbaik.. InsyaAllah.. Amin..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.