Contest Joegrimjow: True Meaning Of Love @ Makna Sebenar Cinta?

Masa dah semakin suntuk inilah idea baru nak terjah kotak fikiran untuk contest weekend @ sheffield anjuran Joegrimjow.. Harap sempat submit.. Anyway, enjoy reading.. Entry ini sememangnya agak panjang.. Heehee.. Kisah Wak Tejo, 30 tahun akan datang bersama anak daranya, Rossa..

* * * * * * * * * * * *

Malam Jumaat itu, Wak Tejo sedang bergolek di depan TV bersama isterinya sambil main urut-urut badan.. Tiba-tiba anak daranya Rossa datang menerpa bersama laptopnya..


"Help me Pak.. Please Pak.. Dah nak tutup! Dah nak tutup!" merengek si Rossa pada bapanya.. Maknya bangun menuju ke dapur untuk membuat air dan membiarkan anak beranak itu berborak..


Wak Tejo terkujat sebentar dengan tingkah anaknya.. "Kenapa dengan kamu Ros? Demam panaskah? Apa yang tutupnya?"


Rossa sengih kupang.. "Joegrimjow buat contest weekend @ sheffield, Ros mahu join tapi pak bagi idea boleh? Tema ada 2.. Unity Through Sportmanship dan True Meaning Of Love.. Sebab Ros anak pak ini minah jiwang, Ros pilih True Meaning Of Love.. Ngee.."


"Oh.. Boleh saja.. Kerana anak pak yang manis ini.. Apa saja.. Nanti kamu tanyakan pada Joe, kenapa dia pilih True Meaning Of Love? Kenapa tidak Meaning Of True Love.. Hehe.. Saja pak mahu menguji dia.. Kirim salam sama bakal menantu pak itu ya.. Hik hik.." usik Wak Tejo.. Rossa tersipu malu.. Blushing sebentar..


"Pak bagi idea kebaboom ya.. Mana tahu menang , kita boleh dapat wang kertas yang di atasnya gambar awek cun.. Hik hik.." seloroh Rossa..


Wak Tejo tergelak sama.. "Kamu ini Ros.. Itu saja yang difikir.. Contest ini sama seperti sebuah pertandingan sukan, blog adalah platformnya.. Tiada pemenang atau pengalah.. Tapi motif untuk menyatukan para blogger dalam satu contest tercapai.. Unity through sportmanship.. Ekeke.."


"Ros gurau sajalah pak.. Okey okey.. Tajuk Ros True Meaning Of Love ya pak.. Bukan Unity Through Sportmanship.. Hehehe.."


Wak Tejo tersenyum.. "Baiklah sayang.. Dengar betul-betul ya.."




"Kerana cinta atuk dan eyang kamu, pak lahir ke dunia tanggal 1 Januari 1980.. Tapi ingat kalau bukan juga kerana kehendak Allah, pak mungkin tak berpeluang melihat dunia.. Lalu pak dibesarkan oleh atuk dan eyang dengan penuh kecintaan, bersama adik-beradik pak.. Macam-macam kenangan pak lalui masa kecil dengan uncle-uncle juga aunty-aunty kamu.. Indah, pahit, masam, manis.."


Sambung Wak Tejo.. "Bila besar sedikit, pak masuk sekolah rendah, sambung naik sekolah menengah, ada rezeki lebih dengan keputusan pak yang bagus, pak masuk universiti.. Dalam proses belajar pak, pak dapat kawan-kawan, ada yang baik ada yang tak, bapak dapat koleksi secret admirer dalam dua tiga dozen.. Hahaha.. Cikgu-cikgu lagi, pensyarah, yang banyak bantu pak.."


"Dewasa sedikit pak mula bekerja.. Ketemu dengan rakan sekerja, bos yang macam-macam ragam.. Tak lama pak kerja, pak menyambung warisan atuk kamu.. Bisnes sampan dan segala macam perahu dan tongkang.. Pak cari jodoh pun dengan mendayung sampan di sungai.. Kenal terus menikah.. Bercinta lepas kahwin.. Alhamdulillah bertahan sampai sekarang.. Dapat anak-anak macam kamu, abang kakak kamu, adik-adik kamu.. Kacak dan cantik belaka macam pak dan mak.. Hik hik.." gelak Wak Tejo sambil menekup mulut..


"Dalam perkahwinan kami, kami berusaha melaksanakan tanggungjawab membesarkan kamu semua, dalam masa yang sama kami semai kasih sayang dan cinta.. Nak kahwin tak susah mana, nak pertahankan perkahwinan itu yang mencabar.. Oh ya.. Usia begini jugalah pak mula berjinak dengan dunia blog.. Kenal ramai teman-teman terulung.. Sampai kadang-kadang mak kamu naik jeles dengan pak.. Haha.." tergelak lagi Wak Tejo..


Wak Tejo pandang Rossa.. "Ros tahu apa yang pak cuba sampaikan?"


Rossa geleng-geleng tanda blur.. "Erk.. Mana cintanya pak??"




Wak Tejo tersenyum.. "Ros.. Ros.. Apa yang pak ceritakan pada kamu tadi adalah kehidupan pak.. Cinta pak.. Cinta itu adalah kehidupan Ros.. Love is life orang Jawa bilang.. Setiap langkah dalam kehidupan kita ini adalah cinta kita.. Ingat, bukan saja orang kita boleh cinta, malah yang bukan orang contoh macam tempat pengajian, tempat kerja, blog kita, dan banyak lagi.. Ibadah pun cinta.. Cinta itu universal bukan? Lain orang lain pandangannya.. Tapi yang pasti cinta yang setiap dari kita selalu sebut-sebut itu adalah elemen-elemen dalam kehidupan kita.. Betul tak?"


Sambung Wak Tejo lagi.. "Contoh macam Jard dengan cempedaknya, Zara dengan blog, Uniqika dengan ayahnya, Joegrimjow dengan gadis tanpa suaranya.. Sebab itu pak kata, cinta itu adalah kehidupan.. Semua yang ada dalam hidup kita, adalah cinta kita.. Dalam kehidupan pak yang 60 tahun lebih ini, macam-macam cinta pak dapat.."


"Satu pak mahu ingatkan kamu.. Dalam hidup, ada masa kita bahagia, derita, suka duka, perit, gelak tawa, macam-macam unsur yang membina sebuah kehidupan.. Sama jugalah dengan cinta.. Kamu jangan sesekali sterotypekan fikiran kamu, cinta pasti bahagia.. Ingat, Cinta=Kehidupan.. Unsur-unsur itulah yang akan mematangkan kamu.."




Rossa tersenyum lebar mendengar penjelasan bapanya.. Tapi dia terfikir tiba-tiba.. "Pak.. Bagaimana kalau kita mati?"


Wak Tejo senyum sambil usap kepala anaknya.. " Sayang.. Walau kita mati, cinta tetap hidup.. Bukankah mati itu adalah permulaan kepada satu kehidupan yang baru cuma di alam yang berbeza?"


Rossa mengangguk.. Dipeluk bapaknya.. "Terima kasih pak.. Bukan kerana idea ini.. Tapi kerana menjadi sebahagian dalam kehidupan Ros. Menjadi sebahagian dari cinta-cinta Ros.. Ros sayang pak.. Sangat-sangat.."


Mengalir air hangat dari kolam mata Wak Tejo.. "Sama-sama sayang.."



* * * * * * * * * * * * *


Untuk aku.. True meaning of love.. Love is life.. Cinta itu adalah kehidupan.. Nikmatilah kehidupan kita sebab setiap apa yang ada di dalam kehidupan kita adalah cinta kita.. Selagi ada kehidupan, selagi itu ada cinta.. Mati? Bukankah ia permulaan kepada sebuah lagi kehidupan? Jadi.. Apa kata anda?



FOOT NOTE: Video ini aku tak berjaya upload di YouTube selepas 10 kali mencuba.. Kecewa sangat.. Tapi apa-apa pun, layankan saja walau kualiti gambar agak hampeh dan saiz agak kecut.. Aku hanyalah seorang amatur.. Ngee.. Mari kita cari apa makna cinta di sebalik video ini.. Heehee..

*Kalau tak dapat tengok video di bawah ini, sila inform aku ya..


Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.