Iklan Mencari Calon Angkat Mengangkat

Off to Batu Gajah Hospital and Klinik Kesihatan Tronoh on 12.30 P.M. Di sana selama sebulan.. Pengalaman baru, akan melawat perkampungan Orang Asli.. Teruja.. Heehee.. Sebelum bertolak, nak coret rasa hati sikit..



Dari dulu sampai sekarang, aku tertanya-tanya dari mana datangnya sistem angkat mengangkat.. Time aku sekolah agama dulu, ligat aktiviti ini.. Especially among female students batch aku sibuk sangat mencari adik angkat.. Mostly target mereka lelaki.. Adik angkat lelaki.. Hmmm.. Kenapa tak perempuan? Hoho.. Aku kurang campur dengan sistem ini walau ada saja yang datang ke pangkuanku minta jadi adik angkat.. Muahahaha.. Sebab masa itu aku adalah Penolong Ketua Pengawas, kuasa mendenda ada pada tanganku.. Automatik ramai yang dekat pada aku dengan tujuan bodek-bodek.. Aku? Maaf.. Aku tak ambil rasuah.. Ahaks..


Mungkin juga disebabkan aku adalah anak sulung, di bawahku ada 4 orang adik.. Aku begitu kurang nafsu dengan fenomena adik angkat ini.. Adik sendiri pun aku tak mampu jaga lagi dengan sepenuhnya.. Haha.. Tapi bila makin dewasa, seperti sekarang, nafsu aku mula membara pada sistem angkat mengangkat.. Tambah lagi dengan choices yang begitu banyak dan berkenan di hati lepas jadi blogger.. Erk.. Aku nak cari kakak dan abang angkat.. Boleh? Ahaks.. Baca komen Jard semalam, tentang "membebel" seorang kakak kepada adik.. Aku begitu teringin merasa ada kakak dan abang.. Aku rasa aku dah cukup manja untuk ada seorang kakak atau abang kot.. Kan? Hehe.. Kalau boleh mahu kakak macam Jard yang berani menyahut cinta.. Boleh? Abang pula, mahu macam Bro Framestone yang ligat nak kahwin 4.. Ngee..



Okey apa.. Aku anak sulung, eloklah ambil kakak atau abang angkat.. Bagi yang dah ada kakak atau abang, tak perlulah kot.. Kan? Hehehehe.. Tapi tapi tapi.. Aku teringin sangat nak jadikan Umar Nurfitri dengan Aerina Fazlin adik angkatlah.. Wawawa.. Mereka-mereka nak ke? Hoho.. Apa-apa pun, mengeratkan silaturahim itu bukankah bagus? Heehee.. Aku rasa lepas-lepas ini, akan keluar sistem pakwe, makwe angkat pula.. Jangan ada suami isteri angkat sudah.. Nanti sana angkat sini angkat, last-last semua terangkat.. Wawawa..



Nanti aku kenalkan pada kalian blogger yang jadi bapa angkatku dan Tok Guru aku.. Mereka adalah insan kebaboom dan paling best yang pernah aku kenal dan selalu ada untuk aku kalau aku ada problems.. Even pukul 5 pagi aku kacau pun dia tak marah.. Wawawa.. Misteri misteri.. Siapakah mereka? Ahaks.. Okey semua, gotta go.. Jumpa lagi nanti.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Terus membisukah aku? Argghhhh.. Messing around or serious? Aku jadi makin keliru sekarang..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.