Bapakku Kata Umur 23 Itu Sweet

Bapak dan abah adalah dua insan berlainan.. Sila jangan keliru.. Huhu.. Semalam berborak dengan bapak sebentar dan katanya, umur 23 itu sweet.. Sweet kerana umur ini dah dikira matang.. Erm.. Matangkah aku? Heehee.. Hari ini 1 Februari, secara rasminya umurku menginjak 23 tahun 1 hari.. Ngee.. Masih lagi dalam mood peningkatan usia, aku ingin berkongsi 8 resolusi aku sempena meningkatnya usiaku ini.. Dapat inspirasi tentang resolusi ini daripada Bro John.. Nak tahu apa resolusi aku?



1) Meningkatkan keyakinan diri

Aku mengaku aku kurang keyakinan diri.. Aku rasa macam aku zero dan nobody.. Dahsyat sungguh aku kan? Huhu.. Aku terlalu memikirkan orang sekeliling lalu aku bandingkan dengan diriku, maka jadilah aku yang kurang keyakinan diri.. But now, I'm learning to boost up my self-confidence.. When the time comes, I want to stand in front of him with confidence.. Chaiyok Farhana!!


2) Manja jangan berlebih-lebih

Di kolej kawan-kawan kata aku manja, dan tak disangka aku adalah anak sulung.. Tapi di rumah, aku memang anak sulung yang sulung.. Haha.. Jadi aku berkira-kira untuk mengurangkan sikap manja aku.. Aku fikir lelaki mungkin akan rasa annoying nanti.. Muahahaha..


3) Kurangkan sikit eksyen

Ada orang kata aku suka eksyen.. Jual mahal ek? Haruslah jual mahal sikit kan, sebab benda yang murah dan senang dapat orang berkenan ke? Huhu.. Tapi tak mahulah eksyen sangat sekarang.. Nak jadi humble.. Eksyen sikit-sikit boleh.. Hehehe..




4) Meningkatkan kemahiran dapur

Last time aku belajar masak dengan mak 1 atau 2 tahun lepas.. So skill aku di satu takuk saja.. Rasa mahu kembali belajar lagi beberapa skill dan resepi, untuk sharekan dengan kawan-kawan nanti.. Juga untuk persediaan di masa depan walau nanti tiada masa sangat untuk masak.. Huuuu.. Sedihnya..


5) Study dengan sistem yang betul

Selama ini aku study dengan sistem yang menyimpang.. Memang susah belajar cara aku, kalau lulus pun, cukup-cukup makan. Haha.. Kali ini, mahu study betul-betul dan lulus dengan cemerlang.. InsyaAllah.. Masih punya masa lagi untuk berubah Farhana..


6) Kurangkan speeding di atas jalan raya

Ingatlah orang tersayang.. Motto itu aku nak pegang sekarang.. Dan sampai bila-bila.. No more driving with speed more than 110 km/h.. Heehee.. Boleh ke? Okey okey.. Aku boleh!!!



7) Mengecilkan apa yang patut kecil

Tajuk.. Mak aih.. Dahsyat.. Tapi benar.. Aku ingin mengecilkan sedikit bahagian mana yang patut, yang mana excess dengan fat sana sini.. Mahu kurus tapi kurus sikit saja.. Ingat.. Body BEYONCE.. Hahaha.. Target? Sebelum kahwin, aku kurus.. Kurus sedikit.. Ngee.. Boleh kan?



8) Romantik.. Kekalkan atau kurangkan?

Merujuk pada entry lepas, ramai pula yang kata aku romantik.. Romantikkah aku sebenarnya? Mungkin ya, tapi untuk memperlihatkan keromantikan sebenar aku tak reti sangat.. Tapi aku harap dapat dirasa dan difeel.. Heehee..



Aku ingin belajar berubah.. Mengubah sikap yang negatif kepada positif.. Umur pun bukan muda lagi.. Heehee.. Wish me luck.. Siapa cuti hari ini? Enjoy weh.. Hahaha.. Okey, till here.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: I guess January really brings joys to me..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.