Ini Kisah Pak Belalang, Kapten Luffy dan Wak Tejo

Mohon izin tuan punya blog It's All About Journeys dan Unfiltered Madness untuk meminjam nama dan sedikit perwatakan insan popular di blog anda.. Sekian, terima kasih..


* * * * * * * * * * * *


Di satu petang Ahad yang permai, Pak Belalang sedang berkelah di tepi pantai bersama keluarganya.. Kelihatan Pak Belalang dan Mak Belalang sungguh mesra sambil makan suap-suap.. Tiba-tiba, Pak Belalang terpandangkan seorang lelaki tinggi dan macam macho sedang menyapu losyen pada badan seorang awek Mat Salleh yang seksi.. Mereka bergurau manja dan saling bertepuk tampar.. Sunbathing barangkali.. Getus hati Pak Belalang.. Tapi dipandangnya langit, tak juga nampak batang hidung sun.. Pak Belalang berbisik di telinga Mak Belalang lalu bangkit berjalan ke arah lelaki macam macho yang dilihatnya tadi.. Pak Belalang berjalan dengan gaya reverse, sambil melambai-lambai dan mengirim flying kiss pada isteri kesayangannya itu.. Dihampirinya lelaki tadi..


"Kapten Luffy!! Dah aku agak memang kau.. Di mana ada perempuan seksi, di situ ada kau ya.." Pak Belalang menyergah lelaki itu..


Lelaki itu menoleh.."Ya Allah, Pak Belalang hero idaman Malaya rupanya.." Luffy memberi isyarat pada awek Mat Salleh tadi untuk take 5.. Lantas dia bangun dan bersalaman dengan Pak Belalang.. Mereka berlalu mencari port baik untuk bergosip.. Dalam berjalan menyusuri pantai, terpandangkan seseorang sedang memetik gitar dan menyanyi lagu Cari Jodoh.. Di tepinya seorang wanita yang sedang sarat.. Pak Belalang dan Luffy berpandangan.. Seperti kenal..


"Tejo!! Kau di sini juga rupanya.. Assalamualaikum.." Luffy menyergah dari belakang..


"Opocot menari poco-poco.. Haih.. Poco sana poco sini.. Uish.. Kamu Luffy.. Suka sangat menyakat aku.. Pak Belalang pun ada.. Waalaikumsalam.."


Mereka bersalaman sambil tergelak dek latahan Tejo tadi.. Tejo berbisik dengan isterinya.. Isterinya bingkas bangun walau dalam kepayahan, dan menuju ke arah Mak Belalang yang sedari tadi asyik memandang suaminya dari kejauhan.. Rindu barangkali.. Ahaks.. Mereka bertiga pun berjalan menuju ke pohon kelapa yang tidak jauh dari situ.. Duduk bersila dan mula bergosip sesama mereka..



Mereka bertiga walau tidak sebaya dan asal dari tempat yang berbeza, namun sudah rapat dan akrab seperti adik-beradik.. Antara mereka, Pak Belalang yang paling senior dan sudah berkahwin lebih 30 tahun.. Tejo pula masih lagi dalam "honeymoon".. Kapten Luffy.. Single but not available.. Perkenalan mereka di alam blogging hampir mencecah 10 tahun.. Memang Ngam Ho mereka bertiga.. Pak Belalang bersuara membuka bicara..


"Tejo, how's your life after transition from the status single to married? You look so happy with her.." Pak Belalang saja-saja mengeluarkan skill berbahasa Englishnya.. Maklumlah, graduate over the sea..


"Gue emang bahagia banget sama si dia.. Ahaks.. Boleh tengok sendiri, akibat buatan orang, dia dah pun mengandung.. 8 bulan.. Syukur Alhamdulillah.." senyum lebar Tejo sambil memandang dengan penuh kecintaan isterinya nun di sana..


Luffy menyampuk.."Usaha kau juga berkayuh hampir sepurnama di sungai itu.. Kalau aku.. Hmmm.. Maleh.. Baik aku usha aweks mandi sungai.. Hohoho.." Gelak Luffy penuh kegatalan..


"Uish kau ni Luffy.. Gatal kau masih tak hilang.. Kau tau ubat apa untuk hilangkan gatal kau? Aku baca semalam dekat blog seorang adik manis, ubat gatal adalah KAHWIN.. Ahaks.." Pak Belalang berkata sambil tergelak kecil..



Tejo bersuara lagi.. "Aku rasa bersyukur sangat dengan usaha aku.. Walau agak penat dan mahu patah tulang tangan aku sebab mengayuh, tapi aku puas sebab akhirnya aku jumpa dia yang ditakdirkan untuk aku.."


"Baguslah kalau begitu.. Pasti kau lebih menghargai si dia.. Yang penting kau dah jumpa kebahagiaan kau.. Kami doa supaya jodoh kalian sampai ke syurga.. Amin.." sambil Pak Belalang menekup kedua muka ke tangannya.. Dan disambut oleh Tejo dan Luffy..


Tejo bertanya.. "Pak Belalang pula bagaimana? Amboi.. Makin tua makin loving nampak.. Tak habis-habis duduk campak ciuman terbang saja dari tadi.. Haha.."


"Haah Pak Belalang ini.. Kalau ya pun dah tak sabar, tunggulah balik rumah.. Tak lari Mak Belalang dikejar.. Hehehehe.." usik Luffy dengan nada kegatalan..


Pak Belalang tersengih lebar.. "Uish kamu ini Luffy.. Berkasih sayang tak kira tempat, di mana-mana pun boleh berkasih sayang.. Walaupun perkahwinan aku dengan Mak Belalang adalah aturan kedua orang tua.. Aku redha dan terima segalanya.. Aku belajar untuk bahagia.. Aku cuba pupuk cinta dan kasih sayang.. Alhamdulillah, sampai sekarang aku bahagia dengan Mak Belalang.. Kamu berdua nak dengar satu cerita???"


Luffy dan Tejo cepat saja menggelengkan kepala.. "Lain kalilah Pak Belalang.."


"Hahaha.. Kamu berdua ni sama macam anak-anak aku.. Kalau aku mahu bercerita saja, bibir mesti panjang sedepa.. Cerita aku bukan cerita lucah pun yang korang tak selesa nak dengar.." Pak Belalang buat muka..


Luffy menjawab laju.. "Sebab itulah Pak Belalang oiii.. Hahaha.."



"Hah.. Kau Luffy.. Sampai bila mahu hidup membujang haa? Usia bukan makin susut, makin bertambah sayang oii.. Macam kedut-kedut di wajah kau juga.." Tejo bersuara..


Luffy sengih kupang.."Aku suka kau panggil aku sayang.. Teruja sebentar.. Muahaha.. Aku bukan tak mahu kahwin, tapi.. Haih.."


"Tapi apa Luffy.. Cuba tengok Tejo.. Tengok aku.. Bahagia hidup.. Kau jangan tak tahu, kahwin boleh bikin awet muda.. Haaa.. Tengok saja aku.." ujar Pak Belalang sambil menayang mukanya yang masih lagi ada iras-iras kekacakan walau sudah dimamah usia..


Luffy tergelak.. "Poyolah Pak Belalang.. Entahlah.. Aku bahagia dengan hidup aku sekarang walau aku menghidap penyakit gatal yang berleluasa.. Aku kalau boleh nak kahwin, nak kenalah cari yang betul-betul.."


"Kalau main tangkap muat, apa yang ada depan mata main rembat saja pun tak elok.. Betul tak apa aku kata?" Pak Belalang dan Tejo mengangguk tanda setuju..


Luffy menyambung.. "Aku kalau boleh mahu ikut jejak langkah atuk aku.. Atok Luffy.. Walaupun dia gatal macam aku juga, tapi dalam gatal dia dok usha awek sana sini, hati dia, cinta dia, kesetiaan dia, semua hanya untuk nenek aku seorang saja.. Mereka bahagia sampai akhir hayat.." tersenyum bangga Luffy seraya meluah kata..


"Atok kau memang lelaki hebat.. Gatal tetap gatal.. Tapi cinta dan setia dia tak pernah luput untuk nenek kau.." ujar Pak Belalang..


Tejo pula bersuara.. "Luffy, walau apa jua jalan yang kau pilih, aku doakan kau bahagia.. Amin.."


"Amin.." sambut Luffy dan Pak Belalang..



Kebahagiaan.. Semua orang di dunia mahu hidup bahagia.. Walau apa jua cara yang kita ambil, kita tetap akan kecap bahagia.. Cuma yang bezanya, ada orang yang dapat kebahagiaan dalam sekelip mata, ada pula yang menunggu sekian lama.. Bagi aku, bahagia tak susah untuk dikecap, mengekalkan kebahagiaan itulah satu kesukaran dan cabaran.. Tapi kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalihlah.. Aku? Ingin bahagia.. Dan aku akan berusaha untuk menggapai bahagia dan menyemarakkan lagi kebahagiaan itu setiap saat dan ketika..


Happy weekend semua.. Assalamualaikum..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.