Bila Bibir Melafaz Kata, Dapatkah Kamu Bezakan Samada Ia Datang Dari Hati???

Terpaut pada entry si dia ini, hati tergerak mahu berkongsi rasa juga.. Tentang "abang".. Heehee.. Aku dan dia berbeza.. Dia dulunya agak sukar melafazkannya tapi aku begitu lancar dan laju menutur kata.. Namun walau ada beza dia dan aku, aku tetap suka dia yang amat-amat.. Pasti hati anda tertanya-tanya, siapa insan istimewa dalam hatiku ini..




Point pertama kenapa aku suka dia.. Nickname beliau amat cool.. Penjenayah merah jambu.. Nama sebenar? Lagilah aku suka.. Qhashirah Aynnur.. Paling paling paling aku suka.. Penulisan dia.. Lama aku follow dia, since awal aku berblogging rasanya.. Dulu selalu baca boleh komen, sekarang nak baca tak dan nak komen.. Hahaha.. Pesanan dia pada aku tempoh hari, supaya insaf dengan kadar segera sebab dah makin dewasa.. Tak sangka, kenakalan aku begitu terserlah.. Muahaha.. Babe, aku akan jadi budak baik lepas ini.. Ngee.. Okey okey.. Itu dia, yang aku suka.. Suka sebagai kawan blogger yang meletop saja.. Siapa yang terlebih atau terkurang fikir, aku maafkan.. Ahaks.. Tak silap aku, Lumut pun "suka" dia.. Hik hik..




Baik baik.. Mari kita sambung pembelajaran kita ya anak-anak.. Cukup-cukuplah usha awek cun.. Hehe.. Kata si penjenayah ini, dulu dia sukar nak ucapkan perkataan "abang".. Even abang dia sendiri dia tak panggil abang.. Aku? Selalunya insan-insan lelaki yang lebih tua dari aku, memang automatik akan dapat anugerah ABANG dari aku.. Kalau lagi-lagi tua, aku panggil PAKCIK, lagi dan lagi dan lagi tua.. ATOK.. Heehee.. Walau bezanya kami di situ, tapi aku dan dia punya sama perspektif tentang erti kata sebenar dan value yang dibawa oleh perkataan ABANG ini.. Iaitu ABANG adalah panggilan istimewa untuk sang lelaki yang bergelar suami.. Kalau eksklusif kenapa panggil semua orang abang? Itukan yang korang nak tanya?


Di sinilah keluarnya konsep lafaz dari hati.. Konsep ciptaan sendiri.. Ampun ya.. Huhu.. Entahlah.. Aku rasa, lafaz atau kata-kata samada datang dari bibir sahaja atau dari hati, kita pasti dapat membezakannya.. Macam mana? Mekanisme masih belum dikenalpasti, tapi aku yakin sesuatu yang datang dari hati, pasti akan terkesan di hati juga.. Tapi tapi tapi.. Dalam penulisan, jangan anda mudah terpedaya.. Sebab memang kita tak boleh langsung nak bezakan, lafaz atau kata-kata itu datang dari hayunan tangan atau dari hati.. Heehee..



Aku petik sedikit ayat tentang abang dari entry si penjenayah yang paling aku suka.. Kamu yang dah baca pun pasti setuju dan suka pada coretan ini..


"'Abang' tu terlalu mendalam bagi seorang perempuan yang bergelar isteri.Lambang penghormatan yang ultimate.Lambang hujung telunjuk pada mata.Lambang tangan pimpin tangan.Lambang limpahan lampu dalam hitam pekat.Lambang tunduk tanpa sujud."





Lelaki oh lelaki.. Kamu memang suka kalau perempuan panggil kamu abang bukan? Hehehe.. Teruja pula dengan perasaan memanggil abang dari hati.. Ooppss.. Okey abang-abang kakak-kakak, aku minta diri.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Mungkinkah luahan rasa cinta dari hati dan disampaikan melalui gerak bibir akan lebih bawa makna?? Hmmmmmm..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.