Kalau Lelaki Seperti Dia Menyanyi Untuk Anda..

Tak sangka dah masuk 14 Februari.. Tahun-tahun yang sudah, hari ini adalah hari biasa-biasa saja bagi aku.. Tapi di tahun ini, 14 Februari, ada sesuatu yang sweet untuk diingati.. Kebetulan jatuh pada hari ini.. Mahu tahu apa? Esok aku inform okey.. Lately dunia blogging agak sunyi sepi, dalam otak aku sudah berkira-kira tentang sesuatu juga.. Hmmm.. Nantilah..



Entry di hari cuti, entry biasa-biasa saja.. Tak mahu bebankan otak semua dengan entry yang beban.. Heehee.. Masih ingat lagi tentang band favourite aku di zaman 80an dan 90an? Yup.. May dan Gersang.. Paling-paling favourite.. Malam semalam kerana ketiadaan kerja, goyang kaki saja, aku browse through YouTube usha lagu-lagu otai rock.. Apa yang aku nak share kali ini lagu otai rock tapi bukan nyanyian penyanyi asal iaitu kumpulan Gersang.. Tak sengaja terjumpa video yang mantap ini..



Lagu Masih Aku Terasa tetapi dinyanyikan semula oleh Shahnon Shah diiringi sentuhan jari jemarinya pada piano.. Anda nak tahu sesuatu? Aku minat lelaki yang ala-ala Shahnon.. Maksud aku bukan rupa tapi badan.. Ooppss.. Tough bukan? Stok sedap dipeluk kata mak aku.. Muahahaha.. Bila aku dengar dia nyanyi lagu ini, aku terbayangkan betapa sweet kalau someone sing a song for you dalam hari-hari penting hidup anda atau hidup anda berdua.. Heehee.. Lagi sweet kalau banyak effort he or she put inside it.. Macam yang Shahnon nyanyi dalam video.. Ngee..



Jadinya.. Enjoy menonton.. Best okey.. Masih aku terasa sampai sekarang.. Heehee.. Happy weekend.. Happy Chinese New Year.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Makin hari fikiran makin berserabut.. Moga semuanya baik-baik saja..


Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.