Kalau Sakit Makan Ubat!!!

Pejam celik dah Ahad.. Esok balik Ipoh.. Waaa.. Tak suka.. Tapi memikirkan Burger King yang sedia menanti, hati kembali berbunga.. Ahaks.. Tempoh hari Bro Sham bertanyakan pada aku tentang ubat.. Aku belum lagi menguasai kehebatan dalam prescibing ubat ini, takat Panadol, Pil Chi Kit Teck Aun, julap, bolehlah.. Haha..


Soalan Bro Sham, ada tak ubat untuk penyakit rindu dan angau??? Hahaha.. Bro Sham tengah angau dan sakit merindu rupanya.. Makanya, aku selaku doktor Love yang tak bertauliah, akan membantu pesakit aku setakat yang aku terdaya.. Ahaks.. Ada sesiapa yang punya cadangan atau ubatan untuk penyakit ini silalah habaq mai.. Aku pun nak try.. Ngee..




Merujuk kepada ilmu Dr. Love yang tak berapa banyak yang ada pada diriku.. Rindu itu bermakna keadaan di mana dalam mata kita nampak DIA, dalam otak kita fikir DIA, dalam hati kita sure ada DIA, dalam setiap helaan nafas kita ada haruman DIA, dalam tidur kita pun kadang-kadang tersesat DIA.. Pada hal DIA itu tidak bersama kita.. Mungkin jauh beribu batu, atau sebelah rumah, mungkin juga depan mata.. Kalau dah depan mata pun rindu, memang tahap kronik.. Terminal stage.. Ahaks..



Perasaan merindu ini ada yang mengatakannya sebagai "terseksa dalam suka", "keindahan dalam derita", "kegembiraan dalam sepi".. Kesimpulannya, perasaan merindu ini adalah seronok atau tidak ya sebenarnya? Hmmm.. Personally, aku rasa perasaan rindu itu bukanlah satu penyakit.. Tapi adalah ubat sebenarnya.. Ubat kepada penyakit berjauhan.. Kalau tiada ubat yang namanya RINDU, berjauhan boleh jadi penyakit yang merosakkan satu perhubungan.. Betul tak? Fikir-fikirkanlah..



Namun, nak meluah rasa rindu itu kadang-kadang sukar.. Ahaks.. Kita berjauhan, merindu, tapi masing-masing tak mahu luahkan rasa rindu.. Dia tunggu dia, dia tunggu dia.. Heehee.. Rasa rindu yang ada, kena diluahkan.. Macam ubat, dah makan, takkan simpan saja dalam mulut.. Betul tak? Telanlah dia, dan rasakan keberkesanannya.. Ubat dan rindu.. Sama saja.. Heehee.. Wah!! Cakap pandai ya Farhana.. Silalah praktikkan.. Huhu.. Haaa.. Praktikkan tu aku kurang mahir sikit.. Hahaha..



Jadinya, harap sesi bersama Dr. Love kali ini bawa pengisian buat anda yang membaca.. Ahaks.. Ada masalah lain, boleh rujuk lagi ya.. Jangan segan-segan.. Hehe.. Okey.. Jaga diri semua.. Selamat memulakan kembali minggu-minggu anda yang sibuk sebelum mula bercuti.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Aku sakit.. Dah makan ubat dah.. Hahahaha.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.