Hidup Ini Bukan Pentas Anak Wayang Yang Boleh Kita Pilih Watak Mana Yang Kita Mahu.. Bimbang Pula Jadi Split Personality Kalau Hidup Banyak Watak..
Kalau jadi pelakon, dalam drama watak baik.. Sopan santun, lemah lembut, berbudi bahasa, anak soleh solehah, ayu, manis, sejuk mata memandang, jujur dan tulus, sembahyang tak tinggal, satu pakej lengkap yang cukup sempurna.. Pasti ramai akan terjatuh cinta pada watak mereka.. Seperti Nur Amina, Adam dan Aidil.. Watak-watak dalam Nur Kasih yang jadi fenomena tak lama dulu..
Di luar set, ianya seolah terbawa-bawa.. Bukan oleh pelakon tapi pada penonton.. Makcik dan pakcik mahukan menantu seperti mereka, abang kakak mahu pasangan persis mereka, adik-adik ramai mahu jadi saling tak tumpah macam mereka..

Kalau jadi pelakon watak jahat dalam drama, perangai macam syaitan, nakal tak ingat dunia, dengki, kejam, zalim, dengan muka dan wajah yang bengis macam nak makan orang.. Buli, belasah, kadang-kadang sampai bunuh-bunuh.. Memang pasti jadi kebencian penonton.. Contoh macam si ibu tiri dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih yang suaranya begitu membingitkan telinga.. Atau mungkin Sara dalam drama Nur Kasih..
Di luar set, mereka begitu dibenci.. Sampai mungkin ada yang dibaling botol, telur.. Lagi teruk mungkin ditampar, dicaci dimaki.. Selalu golongan makcik-makcik lebih terbawa-bawa ke dunia realiti watak pelakon dalam drama..

Jika aku diberi peluang, aku tak mahu jadi pelakon yang ada watak macam-macam itu.. Aku mahu jadi sekadar sebatang pokok yang mengindahkan set drama.. Berdiri tegak terpacak di situ dari awal sampai ke sudah.. Tiada manusia yang hirau dan kisah pasal aku kerana aku hanya sekadar watak picisan.. Tidaklah ia dipuji, disukai, dicaci atau dibenci.. Tapi orang akan kata, itu pengecut namanya.. Tak berani berhadapan dengan dunia.. Aku mampu tersengih saja..
Biar apa pun, kehidupan kita sekarang juga ibarat satu pentas lakonan dan masing-masing punya watak sendiri.. Hmmm.. Entahlah.. Aku tak mahu watak baik, lagi aku tak mahu watak jahat.. Kadang-kadang susah nak deal dengan pujian yang terlebih, lagi susah nak menanggung kebencian orang pada kita.. Buat kesekian kalinya.. Aku hanya mampu kata.. Entahlah.. Be somebody? Or be nobody? Jawapan kita sendiri tentukan..

FOOT NOTE: Rasa aku kini, macam satu dunia memandang ke arahku dengan pandangan yang aku tak mampu tafsir.. Aku terpinga dan tertanya.. Mungkinkah aku silap di mana-mana dalam mengatur jalan-jalan kehidupan ini..