Maaf Sayang Kerana Tak Sengaja Melupakan Kamu..

Akibat daripada kesibukan yang melampau-lampau, ditambah lagi dengan usiaku yang telah meningkat tua tak lama dulu, aku telah buat satu kesilapan yang amat besar dengan melupakan hari besar dalam hidup dia,DIA adalah sayang aku.. Sayang yang setia menemani aku mahupun dalam susah atau senang.. Sayang yang aku sayang sangat-sangat with all my heart and soul.. Please forgive me dear.. Khilaf aku.. Aku hanya manusia biasa..



Sempena hari kebesaran kamu, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Kelahiran yang pertama.. Kamu lahir pada 8 Februari 2009.. Maknanya dah 1 tahun 3 hari usia kamu ya Cahaya Yang Riang Gembira.. Terima kasih kerana dalam tempoh satu tahun ini, kau banyak bantu aku menempuh susah senang kehidupan aku.. Macam-macam rasa yang dah aku kongsikan bersama kau.. Bersama pengunjung dunia Cahaya Yang Riang Gembira ini.. Harapan aku satu saja.. Kau akan tetap teguh berdiri di sisiku dan terus bawa cahaya yang riang gembira buat semua yang ke sini.. Boleh kan sayang? Meh nak cium sikit.. Mmmuuahhhhhxxxx..



Jangan kata aku saja, kalian juga pastinya dah dapat banyak benda yang tak ternilai sepanjang hidup kalian bersama blog yang tercinta.. Kita semua dapat kawan.. Itu paling penting.. Ada juga dari kawan tukar jadi kekasih dan bercinta.. Dari kekasih jadi suami isteri.. Ada pula yang mungkin hubungan terputus di tengah jalan.. Mungkin juga kehilangan kawan kerana dia lebih dahulu menyahut panggilan Ilahi.. Ilmu kita dapat.. Sebut saja pasal apa, dalam blog boleh kita dapat.. Pengalaman.. Itu juga sangat bernilai.. Pengalaman yang menjadi perencah dan ramuan dalam kehidupan kita sebagai manusia.. Pendek kata, kita dapat macam-macam dalam dunia blog ini..



Aku juga dapat something yang bernilai dalam 1 tahun 3 hari Cahaya Yang Riang Gembira hidup di jaringan maya ini.. Korang pula macam mana? Apa yang paling precious dan tak boleh dilupakan yang korang rasa pernah dapat sepanjang korang berblogging? Apa pun ia, teruskan berblogging dengan hati yang ikhlas.. Okey semua.. Selamat malam.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Jumaat baru dapat balik Melaka.. Mesti JAM nanti.. Haish.. Lambat sampai Melaka, lambatlah balik Johor..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.