Mengemas Otak Yang Serabut..

Celcom telah bermurah hati memberi free call dan sms kepada aku.. Tapi sayang seribu kali sayang.. Disebabkan aku UOX, aku cuma boleh menelefon rakan-rakan yang UOX juga.. Uhuk uhuk.. Baru nak calling-calling..


Okey.. Semalam bergayut dengan housemate di telefon hampir 3 jam.. Daripada ada suara, hilang terus suara emas aku.. Muahaha.. 3 jam perbualan, akhirnya sidang dewan memutuskan untuk pulang ke Ipoh pada tarikh 8hb Februari disebabkan poster presentation akan dijalankan pada 12hb.. Pasti letih sangat.. Balik Ipoh Isnin.. Jumaat balik Melaka semula kerana Cuti Tahun Baru Cina.. Ingat.. No speeding dear Farhana..



Gambar sikit pun tiada kena mengena dengan entry.. Saja ditepek.. Heehee.. Sebab otak aku berserabut.. Tiada masa nak mengemas.. Haha.. 2 bulan bercuti, macam-macam gosip hangat timbul di Ipoh..


Rakan sekelas akan bernikah bulan 5.. Masyuknya.. Lagi.. Kumpulan lama dibubarkan dan ditubuhkan kumpulan baru.. Bengang sebab ditukarkan group.. Lagi.. Housemateku yang sedang hangat bercinta sekarang akan bertunang bulan 5 ini juga.. Whoa.. Hebat kawan-kawan saya.. Ahaks.. Noted ya.. Ini memang trend pelajar medik yang bakal menjejakkan kaki ke final year samada untuk bertunang atau bernikah terus.. Aku serious, trend yang baik bukan? Ngee.. Jangan pula anggap kami gatal.. Heehee..



Okeylah.. Sekian update gosip dari Ipoh.. Suraya, jom tengok wayang.. Ngee.. Tata semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Ada sebuah folder khas di desktop yang aku namakan Xin Shang Ren.. Aku suka segalanya di dalam folder itu.. Heehee.. Itu saja aku nak cakap..



P/S: Semalam aku tak tersengaja menangis membaca ENTRY INI..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.