Saya Mahu Jadi Barrack Obama!!!

Ini kisah yang aku dengar dari seorang sahabat.. Jika aku cerita anda pasti tahu di mana, siapa yang terlibat.. Identiti insan ini biarlah aku rahsiakan saja.. Mesej di sebalik cerita, itu paling penting.. Betul tak? Mungkin anda akan tergelak, aku juga gelak, mereka-mereka yang bicara dengan insan ini juga tergelak.. Tapi jangan lupa, ambil iktibar dari cerita ini.. Okey..


* * * * * * * * * * * *

"Awak semua student eh? Student medik?" sapa seorang lelaki awal 30an..


Maria dan rakan-rakan mengangguk.. Sambil tersenyum.. Hujung senyuman ada ketakutan.. Sedikit..


Pemuda itu bicara lagi.. "Mahu buat research ya? Ambillah saya jadi bahan.. Hik hik.." Lantas dia mula bicara dalam Bahasa English yang agak fasih.. Masing-masing terkesima..



Sampai satu masa, dia bicara soal cita-cita, impian dan harapan.. "Saya nak jadi Perdana Menteri.. Macam Barrack Obama.." sebut dia dengan bangga..


"Kalau saya jadi Barrack, awak jadi Hillary Clinton.. Boleh tak?" jarinya ditunjuk ke arah Maria sambil mengajukan soalan, dan malu-malu..


Maria hanya senyum saja.. Layan pemuda itu berbicara.. Tiba-tiba dahi pemuda itu berkerut..


"Buat masa sekarang, musuh saya satu saja.. Dia perlu dihapuskan.. Sebab boleh memusnahkan negara.." bicara pemuda itu dengan bersungguh-sungguh..


Maria buka mulut, "Siapa dia?"


Pemuda itu pandang Maria.. "Hmmm.. Proffesor Klon.. Dia jahat.."


Maria mendengar, mahu gelak tapi ditahan, bimbang mengguris hati.. Tiba-tiba pemuda itu tekup telinga dan berkerut dahinya..


"Okey okey.. Cukup.. Suara itu cakap saya dah tak boleh cakap apa-apa lagi dengan awak semua.." terus dia berhenti bicara.. Maria dan rakan-rakan beransur pergi..



Agak lawak tapi rasa kasihan lebih lagi.. Di usia muda, sudah jadi begini.. Apakah yang pernah dia lalui? Hmm.. Aku tak punya jawapan pasti.. Walau apa pun, aku harap dia cepat sembuh dan keluar dari situ dengan satu impian dan harapan baru untuk merealisasikan cita-citanya..



Apa aku mahu kata.. Setiap kita yang berada di dunia ini, yang hidup di atas muka bumi ini, punya hak untuk ada impian.. Punya hak untuk bina harapan.. Punya hak untuk bina cita-cita.. Kita tiada kuasa untuk menghalang dia, dia atau mana-mana insan sekalipun untuk berhenti bermimpi, berhenti berharap.. Selagi ada kehidupan, selagi itu harapan perlu ada.. Bukankah itu satu elemen yang menjadi pemangkin dalam kehidupan.. Kata aku pada dia, harapan itu satu perasaan yang hebat.. Dia pula kata, hidup tiada harapan tak seronok walhal dia yang banyak ingatkan aku jangan terlalu berharap, bimbang jatuh, aku yang sakit.. Tapi still, dia akui juga, berharap itu memang indah.. Heehee..



Aku selalu berdoa, impian, harapan dan cita-cita aku akan termakbul suatu hari nanti.. Aku tak kisah berapa lama masa yang akan aku ambil, selagi masih punya nyawa dan nafas, selagi itu aku tetap dengan impian, harapan dan cita-cita aku.. Anda juga pasti begitu.. Betul tak? Wishing all the best to everyone.. May Allah bless us in whatever we do.. Take care dear readers.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Borak dengan Encik Daus, kepala otak aku terasa ringan seringan berat badan terbaru Encik Daus.. Hehehehe..


P/S: Entry semalam tiada kena mengena dengan sesiapa pun.. Ia hanya entry tentang buah fikiranku.. Huhu.. Harap maklum ya sayang-sayang semua.. Ngee..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.