Panggil Apa Saja.. Mak, Mama, Ibu, Umi.. Anak Tetap Anak..

Semua pasti aware tentang paparan-paparan gambar di bawah yang merefleksikan tahap kekejaman dan kehilangan sifat kemanusiaan dalam diri masyarakat kita.. Aku dah tak mampu untuk kata apa-apa.. Hilangnya sifat sayang dan kasih sesama manusia seakan juga turut sama membunuhku.. Dunia dah makin maju, sudah akhir zaman, tapi perangai manusia semakin mundur ke belakang, kembali pada sikap umat-umat di zaman Jahiliyah.. Hmmmm.. Sendiri mahu ingatlah ya..




Ada orang dah lama kahwin, tapi tiada rezeki menimang anak.. Ada pula yang tak kahwin, senang dapat anak.. Apa jua cara kita dapat anak, ingatlah anak itu pemberian Allah.. Satu anugerah, satu rezeki.. Tapi kita tak bersyukur, sebaliknya kita campak rezeki yang Allah bagi jauh-jauh.. Berganda-ganda lagi dosa kita.. Bertambah point-point kita dapat.. Satu hari nanti bila sampai masa kita inginkan lagi rezeki dan anugerah Allah itu dan tidak Allah beri, jangan pernah sekali-kali kau salahkan Allah.. Bear that in mind..



Apa pun jua kesilapan kita, asalkan kita menyesal dan berjanji takkan mengulanginya lagi, pintu taubat dan kemaafan Allah tetap terbuka luas untuk kita.. Kita semua manusia, takkan pernah lari dari kesilapan.. Tapi ingat, bila kita silap, cepat perbetulkannya.. Jangan terus-terusan hidup dalam kesilapan.. Pesanan untuk aku, untuk kamu, untuk semua..



I'm really hoping that I can be a great mother to my beloved children.. Ibu yang penyayang, memahami, always be there whenever they need me.. InsyaAllah.. Ouh.. Dalam tak sedar, setiap bait-bait kata di hujung entry ini, bikin air mata menitik satu demi satu.. Perasaan bimbang, sebak, gembira yang sukar aku rungkai.. Semoga Allah beri aku kekuatan dan ketenangan hati..


Assalamualaikum semua..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.