Maaf Kerana Aku Telah Berubah

Tajuk macam sangat dahsyat.. Okey okey.. Aku bukan manusia cepat berubah ya.. Heehee.. Tapi berubah apa? Perubahan ini bikin aku senyum dari petang tadi sampai di saat aku menaip entry ini..



Aku tiba di Restoran Jejantas Sungai Buloh jam 4.30 petang tadi.. Mengambil housemateku, Kema untuk pulang ke Ipoh bersama.. Kema keluar dari kereta.. Melihat aku dan menjerit..


"Fana!!! Nampak.. KECIK!!!" aku senyum-senyum mengada-ngada.. Lalu Kema memanggil ibunya..


"Mak.. Cuba tengok Fana.. Perasan tak lain?" tanya Kema pada ibunya..


Ibunya telek atas bawah.. "Nampak susutlah.."


Okey okey.. Double kembang sudah aku.. Semalam makcik aku tegur nampak kecut sikit.. Hari ini sekali lagi dilambung dengan perkataan KECIK, SUSUT.. Hahaha.. Lalu Kema sambung..


"Lagi satu.. Fana.. Hang nampak lain sangat.. Ermmm.." Kema melihat wajah aku yang tersenyum dari tadi.. Tiba-tiba ayah Kema menyampuk..


"Dah bertunang ke?" aku terlepas gelak.. Maaf.. Tak boleh tahan.. Haha.. Blushing kejap tadi depan ibu dan ayah Kema.. Ngee.. Muka macam dah bertunang ke? Adoiyai.. *geleng-geleng kepala*



Esok akan ke kolej dan menyiapkan kerja yang bertimbun-timbun.. Tak sabar nak balik Melaka hari Jumaat.. Sebabnya hari Jumaat tu juga aku akan balik kampung.. Argghh!!! Serious lama dah tak balik.. Walaupun balik sekejap tapi at least terubat juga rindu.. Anyway, till here.. Take care.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Banyak benda nak cakap.. Banyak sangat benda tak terluahkan.. Hmmmm..


P/S: Jalan-jalan di Facebook.. Nampak quote ini.. TO THE WORLD YOU MAY BE ONE PERSON, BUT TO ONE PERSON, YOU MAY BE THE WORLD.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.