Unnakum Ennakum Maknanya Something Something

Tak lama dulu Bahasa Mandarin.. Hari ini Bahasa Tamil pula.. Tak pandai pun cakap cuma petik tajuk filem kegemaranku.. Unnakum Ennakum maknanya Something Something.. Apa yang sesuatu itu? Heehee.. Nanti aku story ya.. Entry kali ini, aku mahu cerita pasal muzik.. Kegemaran aku, semua pasti dah tahu.. Lagu Otai Rock, Oldies, zaman 80an, 90an.. Rasa macam tak padan dengan umur saja sebab minat gila dengan lagu-lagu zaman itu.. Hik hik..



Lupakan kejap Otai Rock, siapa di sini peminat Broery Marantika? Ngee.. Penyanyi seberang yang memang popular di Malaysia.. Walaupun dah hampir 10 tahun meninggal dunia, lagu-lagu dia tetap evergreen.. Siapa tak pernah dengar lagu Widuri, Biarlah Bulan Bicara, Abang Beca, Senja Di Kuala Lumpur dan lagu duet paling popular bersama Sharifah Aini, Seiring dan Sejalan.. Lagu-lagu dia memang jadi favourite golongan ayah, daddy, abah, papa.. Tak lupa juga aku.. Heehee..


Tentang "something something" yang kita tinggalkan tadi.. Semenjak dua menjak aku sibuk melayan lagu Angkasa Band - Jangan Ada Dusta Di Antara Kita.. Lagu Broery Marantika dan Dewi Yull tapi diberi nafas baru.. Not bad juga.. Lagu inilah yang membuat aku terasa "something something", macam menyentuh lapisan hati yang paling dalam pula rasa.. Hmmmm.. Dengar setiap bait kata dan alunan lagunya buat aku hilang dalam lamunan kadang-kadang.. Memang sangat "something something".. Huhu.. Kalau berminat nak download, boleh klik saja pada link di bawah.. (Aku dah berjaya buat link in new window, thanx to akak Farenova)


BROERY MARANTIKA

ANGKASA BAND



Berminat dengan lirik dia? Heehee.. Jom layan lirik lagu ini yang buat aku rasa something something..




JANGAN ADA DUSTA DI ANTARA KITA

Ketika pertama ku jumpa denganmu
Bukankah pernah ku tanyakan padamu kasih..
Takkan kecewakah kepada diriku
Takkan menyesalkah kau hidup denganku nanti


Memang kau bukan yang pertama bagiku
Pernah satu hati mengisi hidupku dulu
Dan kini semua kau katakan padaku
Jangan ada dusta di antara kita kasih..


Semua terserah padamu
Aku begini adanya
Ku hormati keputusanmu
Apapun yang akan kau katakan


Sebelum terlanjur kita jauh melangkah
Kau katakan saja


(Kasih, apapun adanya dirimu,
Aku akan selalu sayang padamu)




I guess that's all for now.. Hmmmm.. Taking care ya. Assalamualaikum semua..



FOOT NOTE: Ada siapa-siapa nak suggest pada aku lagu lama-lama yang jadi favourite korang?

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.