Inilah Sebab Orang Lidi Private Blog!!!

Semenjak dua menjak tiga empat lima menjak ini, dunia blog dikecohkan dengan "pengprivate-an" blog Cakapwa si Orang Lidi.. Buat masa ini, dia adalah antara insan yang WANTED atau dikehendaki oleh para-para blogger terutama sekali kakak angkatku Jard.. Ahaks.. Jika anda terjumpa beliau di mana-mana sila laporkan pada pihak berkuasa Blogspot.Com.. 24 jam, oh lebih dari 24 jam sudah beliau hilang.. Kalau ikut undang-undang kepolisian, sudah boleh buka report.. ORANG LIDI HILANG.. Hoho..




Okeylah.. Sebenarnya.. Sebenarnya.. Orang Lidi tidak hilang.. Beliau ada dan kini sedang sibuk menyibukkan diri dengan urusan yang amatlah penting.. Disebabkan aku kini berada di Tronoh selama sebulan untuk praktikal, makanya Orang Lidi telah menawarkan diri untuk menyiapkan makan pagi aku, makan tengahari aku dan makan malam aku.. Sila jangan terkesima ya.. Haha.. Jadinya, dia kini sedang sangat sibuk mencuba pelbagai resepi-resepi baru untuk disediakan kepada aku.. Maklumlah.. Kalau anda mahu tahu, dia sangat hebat masak.. Seperti Joe.. Aku kini sedia menanti air tangan beliau.. Nanti aku bagi report samada dia LULUS untuk dijadikan surirumahtangga yang berjaya.. Ahaks.. Kenapa? Tak percaya? Aku pun tak percaya juga.. Hohoho..




Oh Orang Lidi.. Pulanglah.. Sambil lagu Pulanglah - Aisyah berkumandang.. Ahaks.. Pulang ya.. Ramai sedang rindu lu punya AKU FES.. YES.. 1ST.. Hahahaha.. Kata Jard.. Pengomen tegar memang akan dirindui.. Hmmm.. Aku suka quote itu..


Kadang-kadang bila kita dah terbiasa dengan kehadiran seseorang, dan bila tiba-tiba dia hilang, kita sering tertanya, dalam tak sedar, ada rindu bertamu.. Haih.. Rindu bukan penyakit.. Tapi ubat.. Ingat lagi tak? Indah merindu pada orang yang juga merindu kita.. Perit bila orang yang kita rindu dan selalu ingat-ingat, tak pernah ingat pada kita langsung.. Sedikit? Sebesar hama? Langsung TIDAK!! Nampak macam kita yang tergedik lebih.. Betul tak? Hahahaha..




Akhir kata dari aku, terimalah quote yang ku petik dari Facebook seorang perempuan yang sewel.. Haha.. Hayati dengan mata jangan guna hati.. Eh.. Terbalik kot? Kan? Hehehehe.. Tata semua.. Assalamualaikum..



"Hati terluka.. Jahit balik.. Luka lagi.. Jahit lagi.. Tahu tak menjahit luka itu rasa sakitnya sama juga dengan hati terluka.. Mungkin hati itu memang specially made untuk dilukakan.."


FOOT NOTE: Ada orang SENGET suggest guna UBAT BIUS.. Hahahahaha.. Comelnya idea dia walaupun orangnya tak comel.. Wawawa..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.