Perkahwinan Zaman Ibu Bapa Kita.. Zaman Kita Pula?

Selamat tenghari cinta.. Heehee.. Kini gadis Cahaya Yang Riang Gembira ini sedang kegersangan idea-idea menarik untuk ditulis.. Biasalah, hidup ada turun naik.. Hik hik.. Malam semalam sedang layan MP3 lagu-lagu Hindi sepanjang zaman yang jadi kegilaanku, datang satu idea menerjah bila mana lagu dari filem Dhadkan bernyanyi-nyanyi di lappy tercinta ini.. Bagi kipas susah mati filem Hindi mesti pernah tonton filem ini.. Salah satu favourite aku.. Kisah arranged marriage.. Lakonan Akshay Kumar, Shilpa Shetty dan Sunil Shetty.. Memaparkan sebesar mana pun cinta pasangan kekasih Shilpa dan Sunil, namun cinta dan kesabaran si suami, Akshay dalam menyemai benih cinta dalam hati si isteri, Shilpa berjaya mematikan api cinta yang pernah ada untuk Sunil.. Cinta memang datang dalam macam-macam bentuk..



Kebelakangan ini, aku sering terserempak dengan perihal perkahwinan yang dibina atas pilihan keluarga, arranged marriage, cinta yang datang selepas ikatan pernikahan.. Muka Surat 17 mahu berkahwin dan tidak mahu couple.. Maksudnya cinta lepas kahwin.. Encik Mimpi pula dalam entry bertemakan True Meaning Of Love, beliau menyampaikan mesej tentang cara yang paling baik untuk menyemai cinta dan kasih sayang di jalan yang diredhai Allah yakni melalui perkahwinan.. Bikin aku berfikir, berfikir dan terus berfikir.. Kadang-kadang tersenyum.. Heehee.. Mr. Right=Suami???


Pasti kebanyakan dari kita juga biasa dengar cerita tentang perkahwinan atas pilihan keluarga.. Selalunya dari pengalaman ibu bapa kita sendiri.. Dalam blog juga sering aku terserempak kisah-kisah begini.. Di zaman dulu, fenomena ini memang biasa.. Kebanyakannya memang kekal sampai ke akhir hayat.. Hidup bahagia bersama anak, cucu, cicit, piut, miut.. Heehee..



Kedua orang tuaku juga tak terkecuali.. Pasangan Abdullah Ismail dan Hayati Haris dinikahkan pada tarikh 4 April 1986.. Usia abah ketika itu 26 dan emak pula 20.. Sebelum pernikahan itu, menurut cerita abah punya awek-awek di universiti.. Ada dalam koleksi simpanan gambar-gambar lama abah.. Mak juga begitu di tempat kerjanya.. Emak sampai tahap agak rapat dengan family pakwenya.. Namun sudah tertulis, emak dan abah berkahwin diatur oleh keluarga.. Merisik, bertunang, kenal-kenal diri dan keluarga terus berkahwin.. Selepas itulah mulanya sesi "percintaan" mereka.. Sampailah ke saat ini di mana anak sulung mereka sudah berusia 23 tahun.. Usia perkahwinan mereka? 24 tahun.. Heehee..



Sebagai anak, aku sering mendoakan kebahagiaan mereka sampailah ke akhir hayat mereka.. Mudah-mudahan.. Amin.. Setahun yang sudah, aku pernah suarakan pada kedua orang tuaku, agar mereka saja yang mencari jodoh buatku.. Tapi mereka ingin anak mereka ini cari kebahagiaan sendiri.. Huhu.. Aku tak mampu kata apa-apa.. Kalau mereka bersetuju, kemungkinan besar juga aku sekarang sudah jadi tunangan orang, atau setapak lagi ke depan, isteri orang.. Hik hik.. Gatalnya anda Farhana.. Behave ya.. Tapi aku yakin, segalanya pasti sudah tertulis di atas sana, perancangan Allah, cuma menanti masa dan ketika.. Selagi belum tiba masa itu, teruskanlah perjalanan ini seperti biasa.. Betul tak? Heehee..



Chup.. Lupa cerita satu perkara.. Heehee.. Tentang ex-pakwe emak.. Tiap kali raya dia dan family dia pasti datang bertandang ke rumah nenek.. Maklumlah, satu kampung juga.. Ex-pakwe mak sudah pun berkahwin.. Tapi tiap kali datang beraya, pasti nama mak dipanggilnya dulu dan dicari.. Begitu juga dengan ibu dan ayah ex-pakwe emak, sibuk mencari emak di dapur.. Haish.. Aku tak pasti samada abah cemburu atau tidak.. Tapi aku JELES.. Sila take note.. AKU JELES.. Entah kenapa, aku tak suka.. Huhu.. Cemburu itu tanda sayang.. Ya, aku tahu.. Heehee..



Okeylah.. Bagi yang bakal melangsungkan perkahwinan, selamat pengantin baru dan semoga berbahagia ke akhir hayat, hingga ke helaan nafas terakhir.. Bagi yang berkeinginan untuk berkahwin, (macam aku ke? haha..) silalah bersabar.. Bagi yang belum mahu berkahwin, tak mengapa, belum seru lagi.. Hik hik.. Happy weekend semua, enjoy cuti-cuti anda.. Take care.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Salah satu yang aku suka tentang perkahwinan adalah anak.. Ehem ehem.. Bukan proses membuat anak ya.. Ahaks.. No worries, bapa anak takkan pernah dilupakan.. Heehee..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.