Ini Gatal Bukan Sebarang Gatal

Rasa macam dah lama tak menconteng di sini.. Info kesihatan pun rasa macam lama dah tak update apa-apa.. Minggu ini agak sibuk, minggu depan akan bertambah-tambah sibuk.. Tapi sibuk-sibuk aku, aku akan cuba juga skodeng blog anda sana sini.. Okey? Heehee.. So.. How about sharing some health tips today?



Gatal.. Itchiness.. Apa anda faham? Bukan miang bukan juga ulat bulu naik daun.. Gatal yang cuba aku sampaikan lebih kepada alahan pada kulit menyebabkan tangan dirangsang untuk sentiasa menggaru.. Garu memang sedap.. Betul tak? Hehe.. Tapi over garu mahu merah kulit, tak pun melecet..


Tak semua penyakit akan menampakkan simptom yang tipikal.. Gatal pula bukan satu penyakit tapi lebih kepada simptom satu penyakit.. Bagi yang selalu mengalami masalah kegatalan pasti tahu betapa tak selesanya keadaan ini.. Tangan asyik menggaru, satu kerja pun tak jalan.. Gatal boleh disebabkan oleh banyak penyakit.. Contohnya Alahan, Penyakit Kulit, ataupun sakit-sakit kronik seperti Kencing Manis dan Barah..




Kepada wanita yang punya risiko-risiko untuk mendapat Kencing Manis a.k.a Diabetes Mellitus dan mengalami gatal-gatal pada bahagian sulit, itu mungkin petanda anda menghidap kencing manis.. Perlu diingatkan sekali lagi.. Tidak semua pesakit datang dengan simptom kencing manis yang tipikal.. Pasti ada yang tertanya sebab kegatalan di bahagian sulit.. Macam kita tahu, kencing manis, meaning dalam tubuh kita ada excess gula.. Gula itu juga dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing.. Air kencing yang mengandungi gula berlebihan mnejadi tempat kegembaran bakteria untuk membiak dan itu menyebabkan kegatalan..



Actually, selalu sangat aku jumpa pesakit yang datang dengan complaint kegatalan di bahagian sulit dan bila ujian darah dijalankan, mostly postive Diebetes Mellitus.. Tambah lagi incidence penyakit kronik ini dah makin meningkat, at least dengan sedikit info ini mungkin boleh promote better health care.. Walaupun penyakit ini tak boleh diubati tapi boleh dikawal..


Pasti semua tak mahu tunggu sampai kaki dah jadi di bawah ini, baru nak seek medical attention.. Am I right? Jadinya, jaga kesihatan dari sekarang, especially those yang punya family history of Diabetes Mellitus, obesity, smoking dan lain-lain lagi.. Tinggi peluang nak dapat kencing manis.. Okey? Pesanan for me as well.. Heehee.. Ambil inisiatif untuk buat regular blood check-up, mungkin itu membantu.. Okey semua.. Take a good care yourself.. Ingatlah orang-orang yang tersayang.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Perkahwinan mungkin ubat kepada kegatalan.. Betul atau tak? Hahahaha..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?