Kisah Blogger Yang Terlampau Rajin

Ehem ehem.. Siapa dia? Siapa blogger terlampau rajin itu? Haha.. Tidak lain dan tidak bukan, Si Cahaya Yang Riang Gembira.. Atas keterbanyakan masa yang beliau ada, maka dengan senang hati beliau menukar LAGI template blognya.. Hoho.. Baru ditukar bulan lepas, ditukar lagi.. Saja-saja ubah angin.. Jika ada masalah pada layout ini, sila inform aku ya.. Terima kasih atas kerjasama.. Heehee.. Lots of thanks juga pada Encik Nescafe Ais.. Blog beliau pasti jadi rujukan setiap kali aku tukar template.. Terima kasih.. Ngee..



Style lebih kurang sama saja dengan layout yang dulu.. Aku suka style begini.. Bagi aku lebih ruang untuk buat coretan.. Kali ini biru hitam jadi pilihan.. Selalunya template diambil di sini.. Template ini ada 3 warna.. Biru, hijau dan merah jambu.. Warna kesukaan aku pasti biru dan hijau.. Tapi akhirnya, biru jadi pilihan hati.. Hijau, aku simpan sebagai kekasih gelap.. Hik hik.. Baru aku perasan, blogspot dah ada kemajuan sedikit.. Sebab walaupun template ditukar, kita masih boleh KEEP WIDGET.. Ini yang buatkan hati mahu tukar template selalu.. Hehehehe.. Walau aku suka tukar template, tapi aku tetap seorang insan yang setia pada yang satu.. Hik hik..



Saat entry ini habis ditaip, jam menunjukkan pukul 4 pagi.. Memang kisah blogger yang terlampau.. Heehee.. Okeylah, tata semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Cuti sekolah tak lama lagi.. Tapi yang cuti budak-budak sekolah dan budak-budak maktab.. Sungguh aku cemburu!!!

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.