Perempuan Bergaduh Nampak Cool Tak?

Perempuan itu aku.. Anda.. Adik anda.. Kakak anda.. Mak anda.. Semuanyalah kecuali yang berjantinakan lelaki.. Itulah perempuan, wanita, awek, minah, atau apa saja yang anda panggil.. Masa menulis entry ini, tiba-tiba teringat gosip dunia hiburan yang dulu gempar sekarang mungkin sudah suam-suam kuku kaki.. Ingat Lisdawati dan Rita Rudaini yang "praktis renang berirama" dalam swimming pool? Fazura dan kisah gaduhnya di kelab? Apa dalam fikiran anda? Nampak cool? Macho? Atau.. Atau.. SEKSI??? Hahaha.. Lelaki boleh gaduh.. Perempuan.. Tak boleh ke?



Mari ikut aku kembara melalui mesin masa.. Kita setkan mesin untuk menjelajah ke dunia aku 15 tahun yang lepas.. Usiaku ketika itu.. 8 tahun.. Tempat di SRJK Tukau.. Bangunan usang berdindingkan kayu, Darjah 2.. Aku tahu umur aku 8 tahun mungkin masih belum layak bergelar perempuan di mata anda, kanak-kanak hingusan saja barangkali.. Tapi story tetap story.. Ahaks..


Awal tahun.. Sesi pembelajaran baru bermula.. Ketika itu guru kelas aku, Mrs. Wong sedang giat mencari Ketua Darjah.. Aku yang dikira agak "budget popular" ketika itu, dicalonkan untuk jawatan itu.. Tak lupa.. Ada seorang lagi jejaka comel.. Dulu dia comel, dah besar macho aku tengok.. Haha.. Jadinya, kami diberi masa 2, 3 hari untuk meraih undi.. Masing-masing tak mahu kalah.. Mulalah tunjuk rajin.. Tolong cikgu angkat buku, ikut saja bontot cikgu ke mana pergi.. Bermesra-mesraan dengan rakan-rakan sekelas.. Merajinkan diri menyapu sampah.. Sumpah aku tak sangka macam itu rupanya aku dulu.. Determined gila.. Boleh gantikan watak Maya Karin dalam filem Pisau Cukur.. Muahaha..


Mahu dijadikan cerita, kedua-dua calon ini sedang rajin menyapu sampah.. Kebetulan bertembung penyapu dengan penyapu.. Sebabkan jawatan, masing-masing lupa kawan.. Bikin wa panas jekkkkk.. Dalam hati masing-masing yang memang dah sedia berbulu, insiden tadi mencetuskan letupan gunung berapi yang maha hebat.. Apa lagi.. Jom gaduh!!! Penyapu lawan penyapu, sodok sana, bantai sini.. Kalau Lisdawati dengan Rita Rudaini ada masa dan ketika itu, aku rasa pasti mereka akan jadikan kami sumber inspirasi.. Haha.. Akhirnya penat bergaduh, kena sebat pula dengan rotan.. Jejaka comel dapat jawatan itu dan aku jatuh menjadi penolongnya saja.. Kecewa.. Penat okey aku bergaduh bagai nak rak.. Waaaaa..



Apa-apa pun, kalau ada rezeki, tak ke mana.. Alhamdulillah.. Walaupun Darjah 3 dan 4 aku masih tak dapat pegang jawatan itu, kekal dengan penolong.. Darjah 5 dan 6 akhirnya aku diberi peluang.. Ketika itu kanak-kanak dah jadi perempuan.. Jadi gadis ayu.. Rembesan hormon-hormon kedewasaan menjadikan aku lebih matang, teliti, dan yang paling penting lemah lembut dan sopan santun.. Haha..


Bila dikenang-kenang masa dulu, rasa macam entah apa-apa bergaduh sebabkan jawatan.. Sampai lupa kawan.. Itu masa kecil.. Agak biasa kalau kanak-kanak Ribena macam aku bergaduh.. Macam mana kalau yang dewasa-dewasa itu tapi masih tetap bergaduh juga? Perempuan bergaduh.. Heyyy.. Nampak cool ke?



Inilah pasangan gaduh aku, Jordan Wong Han Sze.. Macho tak? Haha.. Gambar dicilok di FB beliau.. Sorry tak minta izin.. Pinjam sat naa.. Hehe.. Okey anda-anda semua, aku minta diri.. Salam Monday Blues untuk anda semua.. Heehee.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Paling tak cool gaduh dengan suami.. Elakkan ya.. Tak elok tu.. Gaduh-gaduh manja tak apa..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.