Kaki Melangkah Mendaki Menuju Tanah Tinggi

Dah 2 hari tak update.. Kenapa tak update? Entahlah.. Aku sendiri tak pasti.. Apa khabar semua? Semoga sihat hendaknya.. Ini sesi bertanya khabar..


Sesi amanat pula.. Weeee.. Jaga diri elok-elok ya semua.. Kalau sakit, jumpa doktor, makan ubat.. Kalau jatuh, bangun sendiri.. Heehee.. Kalau luka, sapu ubat, tampal plaster.. Ahaks.. Kalau rindu aku? Tak payahlah rindu-rindu.. Erk.. Rindu ke? Haha.. Mula-mula mungkin rindu.. Okey-okey.. Tak rindu banyak mungkin sikit.. Tapi aku yakin.. Lama-lama.. Dan lama lagi.. Tiada lagi kelibat aku, pasti dapat kamu lupakan aku.. Siapalah aku.. Bak kata lagu Amy Mastura.. Hik hik.. Aku punya "urusan" untuk diselesaikan.. Walau aku sendiri tak pasti, mampu atau tidak aku selesaikan urusan yang kompleks seperti ini.. Haha.. Tapi.. Aku cuba.. Aku tahu aku boleh.. InsyaAllah..



Lagi sekali.. Jaga diri ya kawan-kawan.. Study elok-elok.. Kerja elok-elok.. Jangan buat benda tak elok.. Haha.. Macam pesanan apa pula.. Mana-mana blogger yang nak melangsungkan perkahwinan nanti, jangan lupa jemput aku okey.. Especially Bro Sham dan Kawie.. Heehee.. Ada kesempatan aku pasti datang.. Bukan datang nak tengok pengantin, nak makan nasi minyak dan karaoke.. Hahahaha..


Kepada suadara Joegrimjow, nanti akan ku hubungi kamu ya seperti yang dipinta.. Tahniah atas penganjuran contest Weekend @ Sheffield.. Terima kasih kepada juri juga kerana telah berkenan untuk memilih entry True Meaning Of Love aku untuk mengisi kekosongan tempat kedua.. Alhamdulillah.. Tahniah buat Aduka kerana menjadi pilihan pertama di hati juri.. Juga buat Zara untuk tempat ketiga.. Buat semua yang menyertai, tahniah juga, seronok dapat membaca semua entry-entry kalian.. Oh ya.. Buat Encik Mimpi dan juga Cik Rhapsody Lin.. Hebat juga kalian meneka.. Thumbs up to Joe.. Thanx again bro..



Lastly.. Sementara menantikan kembalinya aku, aku tinggalkan "hati" aku di sini.. Jaga elok-elok okey.. Ini hati pencuri hati.. Walau tak bernilai tapi masih punya harga.. Hahahaha.. Hati aku ~ Blog Aku, Cahaya Yang Riang Gembira.. Ngee.. Aku tinggalkan kalian dengan lagu ini.. Aku jumpa di You Tube, tajuknya Akan Ku Jumpa nyanyian Azfar.. Makna begitu mendalam dan bagiku semangat.. Harap ianya juga bawa makna untuk anda.. Till next time, take care.. Assalamualaikum..


"Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMU dan cinta kepada orang yang mencintaiMU, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMU.."

(Hadis Riwayat Tirmidzi)





AKAN KU JUMPA - AZFAR

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMU
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMU


Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diriMU dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku KAU akan kutemui


Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya untuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia


Kerna ku tahu akanku jumpa diriMU
Dan ku akan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu


Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman untuk berbicara


Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan kau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMU



Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.