My Favourite Surfing Spot

Week 3


Satu tahun yang lalu, aku hanyalah seorang pelajar perubatan yang biasa dengan kehidupan yang biasa.. Hidup aku hanya berulitkan buku.. Berulit buku itu kadang-kadang.. Lebihnya sibuk enjoy sana dan sini.. Darah muda.. Apa anda harapkan? Betul tak? Haha.. Tarikh Februari 2009 telah mengubah kehidupanku 360 darjah.. Aku mula berjinak dalam dunia blog yang penuh suka dan duka ini.. Makin hari nafsu berblogging makin memuncak.. Secara tak langsung, aku jadi kurang enjoy.. Gelaran kawan-kawan pada aku? Blogger girl.. Kaki online.. Jumpa di mana-mana, pasti mereka bertanya.. Tak update blog ke blogger girl.. Blogger girl, tak online? Entah puji entah perli, tapi aku fikir postif.. Itu satu pujian.. Haha..



Semenjak memegang title blogger, macam-macam yang ingin aku coret, pelbagai idea yang melonjak-lonjak ingin keluar dari kotak fikiranku ini.. Idea tercetus tak kira walau di mana.. Tapi jika sampai saat-saat aku ketandusan idea, memang kegersanganlah blog Cahaya Yang Riang Gembira ini tanpa sebarang update yang berkualiti..


Sebut tentang beronline, aku sejujurnya mengakui aku seorang kaki online.. I love to online for 24 hours non-stop.. But only during the weekend.. That is the only time where I am free and I am accessible.. Erk.. Accessible? Haha.. Tempat yang menjadi kegemaran aku untuk beronline bukan satu, bukan dua malah lebih.. Tempat paling masyuk pastilah di bilik tercinta.. Ada privasi dan boleh online tanpa gangguan.. Tambah masyuk sebab adanya katil tersayang dan bantal busuk menemani.. Online sambil bergolek-golek.. Bukankah menarik?



Ada ketikanya juga, bila tiada pensyarah di dalam kelas, laptop aku keluarkan, dan terus aku online.. Bila online, buka blog, buka Facebook, buka Nuffnang untuk menganalisis analisis yang telah dibuat.. Hehe.. Peluang yang ada memang tak aku sia-siakan.. Panggil aku opportunis.. Itulah aku.. Ngee.. Kadang-kadang, kawan-kawan juga tumpang sekaki dua untuk melayari internet.. Zaman sekarang, semuanya berpandukan internet, informasi yang kita mahu boleh dapat dengan sekali klik, tak kira di mana.. Tapi ingat.. Jangan search benda tak elok ya adik-adik..



Bila tiba waktu makan, tak kiralah di mana-mana pun, restoran mamak, restoran makanan segera, pasti laptop tercinta menemani.. Apa lagi si blogger girl ini kalau bukan online kerjanya.. Melayari sesuatu yang bermanfaat, apa salahnya.. Betul tak? Tambahan pula, idea untuk entry blog tercinta datang tanpa mengira tempat, jadinya dengan online di mana-mana jua, idea yang tiba-tiba terpacul boleh disalurkan terus ke ruangan New Post.. Kalau idea datang di bilik air? Bagaimana? Apa lagi.. Online di bilik air.. Boleh ke tak boleh? Heehee..


Jawapannya pasti boleh.. Di mana jua kita berada, kita boleh melayari jaringan maya tanpa sempadan ini.. Hanya dengan adanya P1 W1Max Wiggy USB ini.. Ianya comel, mudah dibawa, tiada wayar-wayar yang diperlukan malah ianya juga adjustable dan moveable.. Menurut pihak P1, ianya adalah SEXY device.. Ngee..



Jadi jadi jadi.. Apa tunggu lagi.. Go and grab one.. Now.. Dan anda boleh online walau di mana jua anda berada.. Ngee..



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.