Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Borak bersama bapak tersayang tempoh hari menimbulkan kembali sejarah-sejarah entry yang lama.. Entry tentang penterjemahan lirik Raikan Cinta yang sensasi dan kontroversi itu.. Hahaha.. Masihkah anda ingat? Seriously aku tak tahu makna sebenar di sebalik lirik itu.. Sebab M. Nasir tak pernah calling aku pun inform pasal itu.. Haha..




Ada orang kata, SILENCE IS GOLDEN.. Tapi aku ini, memang suka bercakap.. Suka berkata-kata.. Aku suka pada perkataan.. Semenjak berjinak-jinak dalam dunia puisi, sajak, pantun di bangku sekolah, aku begitu mencintai patah perkataan.. Bagi aku, kata-kata bukan hanya sekadar satu ungkapan tapi satu bentuk ekspresi perasaan, luahan rasa jauh dari sudut hati yang kadang-kadang tak dapat kita suratkan.. Hanya mampu kita siratkan.. Dengan perkataan.. Sebab itu, kalau aku berkata-kata, aku benar-benar maksudkannya.. (kecuali kalau aku bergurau) Aku cinta padamu? Masih menanti untuk mengungkapkannya..





Sebab itulah dalam sesebuah lagu, aku terpaut pada liriknya dahulu.. Baru aku jatuh cinta pada lagunya.. Bagi aku, lirik yang bagus, lirik yang ada jiwa, mampu bawa kita menyelami rasa yang bukan hanya terpapar di permukaannya sahaja.. Contoh macam lirik RAIKAN CINTA.. Begitu indah sebenarnya "hubungan" itu kalau berlandaskan cinta dan bukan nafsu..


Contoh macam lagu Sandaran Hati kumpulan Letto.. Pasti ramai yang tahu lagu itu berkonsepkan ketuhanan.. Sandaran Hati kepada Allah.. Aku petik secebis lirik dia yang aku suka sangat.. Sembahyang, walau berdiri, mungkin cuma hanya 5 minit, sekejap sahaja, tapi dilakukan dengan khusyuk..


" Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati"




Sama juga dengan lagu Sebelum Cahaya, makna yang dibawa begitu dalam.. Dahsyat bagi aku.. Huhu.. Mahu kata aku jiwanglah tu.. Kan? Hahaha.. Layanssss.. After all, it is not all about song and lyrics or so whatever.. It is the power of words.. Yang kita ungkapkan dengan lidah.. Sebab itu orang kata, kata-kata itu setajam pedang.. Ada juga yang kata, cakap siang pandang-pandang, cakap malam skodeng-skodeng.. Hahaha.. Apa pun, kata-kata begitu hebat.. Boleh buat kita tersenyum, terjatuh cinta, terawangan, tergaduh, tertunggang terbalik hidup.. Cuma dengan kata-kata.. Bisa berantakan, bisa juga bahagia.. Jadinya, hati-hati dengan kata-kata.. Cakap jangan sebarang cakap, proses dulu baru kita luahkan.. Barulah ianya bawa makna.. Hehe.. Peace..



Terlajak kereta boleh reverse, terlajak jalan boleh patah balik, terlajak tidur terlepas Subuh, terlajak "kahwin" meletop perut, terlajak kata-kata? Tak boleh reverse, tak boleh undur, minta maaf boleh kot? Maafkan saya please.. Heehee.. Okey semua, tata.. Take care, selamat bercuti.. Assalamualaikum..


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
balqissy berkata…
mana nk leave comment ni, farhana? btw, kite same la.. qissy pon suke hayati lirik lagu =D
hisham berkata…
doc..u p kat setting, comment..pastu u tgk new post do not hv commnet..tp kalo xleh gak u wat la lain..u pakai disqus je la...
paksuu berkata…
mmg bahaya kalau tukar theme...dah banyak kali kena...malas la tukar theme
aKu NaKaL berkata…
comment mana nk didelete tu? meh sy tlg..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T