Agaknya Kena Banned Tak Entry Ni???
Hmmm.. Dah laa entry raya takde, semua orang pun masih dalam mood raya, entry semua tentang raya.. Tiba-tiba aku publish entry tak senonoh begini.. Mesti spoil mood raya korang kan.. Tapi aku nak juga publish.. Hahahahaha.. (Gelak jahat macam Shin Chan) Walaupun aku dalam hati bimbang blogku akan dibanned dan digam lalu dihumban ke dalam ISA.. Sebabnya bincang isu sensitif dan sangat tak elok di sini.. Heehee..
Aku baru sahaja pulang menonton THE UGLY TRUTH dengan geng G8 Smart.. Cerita ni dah lama tayang, tapi baru sekarang berkesempatan tengok.. Katherine Heigl dengan the hottest ever Gerard Butler berlakon.. Bak kata bro John, perempuan kalau tengok movie, mesti layan cerita love, cerita jiwang.. Heehee.. Basically cerita ni bagi aku best tanpa menyukat dan menimbang unsur-unsur lucah yang terlampau dalam cerita ni.. Storyline dia aku suka, mesej dia pun aku suka, hero dan supporting actor dia lagilah aku minat.. Baru aku perasan, Gerard Butler ni "something" jugak.. Hahaha.. Shhh.. Meh aku nak bisik.. Satu part cerita ni bikin aku melelehkan hingus.. Ooppss.. Meleleh air mata.. Sedih wo.. Tisu please.. Uhuk uhuk.. Tapi seriously, cerita ni bagi aku sweet.. Rasa cinta tu aku dapat rasa running through my vein.. Ouch.. Gila mendalam perasaan kamu Farhana.. Jiwang yang amat.. Sangat-sangat jiwang..
Scene menari di atas tu my favourite scene.. Memang Unnakum Ennakum.. Kuch Kuch Hota Hai laa bila tengok.. Hahaha.. Cerita ni classified under 18PL.. Tapi personally aku rasa, even budak umur 18 tahun pun tak elok laa tengok cerita ni.. Umur 21 pun kene timbangkan lagi boleh ke tak boleh tengok movie ni.. Aku umur berapa??? 22.. Boleh kot tengok.. Hahahahaha.. Disarankan kalau nak tengok, tengoklah dengan kawan perempuan.. Kalau dengan kawan lelaki atau dalam Englishnya boyfriend, tak elok kot.. Segan maa.. Malulah.. But it's just my personal thought laa..
Aku tak nak story sangat pasal cerita ni.. Tapi aku cuba nak ketengahkan tentang seks yang si hero asyik sebut, sebut dan sebut.. Ooppss.. Ya.. Seks.. Seks berlandaskan nafsu atau seks berlandaskan cinta dan ikatan.. Mat Saleh bawak banyak influence tentang perihal seks ni pada masyarakat kita, tetapi seks yang bagi aku teruk dan hanya berpaksikan nafsu semata.. Banyak bukti kita boleh tengok.. Betapa pengaruh Mat Saleh ni sangat besar sampai masyarakat kita kalau melakukan seks tidak berpandukan ajaran agama.. Ikut kata hati, ikut kata syaitan.. Tengok saja berita pagi tadi, seorang wanita di Besut buat report polis sebab tak tahan dengan perilaku sang suami yang suka mencuba pelbagai cara yang tak masuk akal ketika melakukan hubungan.. Dari mana depa belajaq semua tu??? Cuba habaq mai..
Bukan kata filem sahaja, tetapi lagu-lagu dari luar negara pun banyak saja yang berunsur lucah tetapi tetap masuk Malaysia.. Lucah yang tak kena dengan budaya kita masyarakat Timur.. Ya.. Seks.. Memang itu fitrah manusia.. Tetapi bukankah ianya lebih indah kalau ianya bersandarkan cinta dan ikatan yang sah.. Lecturer aku pernah kata, dia dan isterinya suka menonton Romance movie bersama, tetapi bukan seks ganas, seks yang just for fun, tetapi seks sepasang suami isteri yang penuh dengan kasih sayang.. And he said, that is what sex is actually.. Korang faham apa aku cuba sampaikan??? Betapa pengaruh Mat Saleh dah terlalu banyak meresap dalam masyarakat kita sampai di satu tahap kita jadi tepu dan hanya menerimanya bulat-bulat sahaja.. Fikir-fikirkanlah.. Mungkin kita dapat satu kepuasan dan kenikmatan tetapi keberkatan??? Hmmmm.. Renung-renungkan..
Semua mesti pernah dengar lagu Raikan Cinta nyanyian M. Nasir.. Ada sesiapa tahu makna di sebalik lagu yang dinyanyikan Sifu kita ni??? Heehee.. Aku mula-mula hanya memahaminya di permukaan sahaja, tetapi bila ada seseorang menyuruh aku mendalaminya betul-betul, otak aku telah mentafsirkan sesuatu yang lain dari yang lain.. Sesuatu yang indah.. Yang inilah baru kita katakan "hubungan" yang berlandaskan cinta dan bukan nafsu semata.. That is what I think personally.. Kalian pula bagaimana??? Cuba faham-fahamkan.. Mungkin kalian ada tafsiran tersendiri..
RAIKAN CINTA
Berapa dalam harus kugali tanah ini harus kugali
Untuk bertemu permata nilai sejati nilai sejati
Baru kupulang ke kampung sentosaku
Baru tercapai segala maksudku
Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua…
Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita ?
Ke sana ke sini lari-lari kecil
Bagai Siti Hajar mencari air
Terpancur sinar di kering pasir
Bekas hentakan kudus kaki Ismail
Mari mawarku raikan cinta
Tanpa cintaNya kita tiada
Mawar cinta mawarku abadi
Cinta pemilik segala Jadi
Mari mawarku raikan cinta
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi
Okey.. Meh aku story sikit tentang pemahaman aku.. Tapi korang jangan gelak.. Ini cuma pemahaman aku je..
1) Rangkap pertama tentang sperma yang berenang-renang mencari ovum.. Yang disifatkan sebagai permata nilai sejati tu bagi aku mungkin wanita yang baik..
2) Rangkap kedua pula apabila sperma dan ovum bertemu lalu timbullah persoalan samakah kita.. Of course tak sama.. Kan kan kan???
3) Rangkap ketiga pula bagi aku still menjelaskan tentang sperma yang berenang-renang ke sana sini kegembiraan.. Kegembiraan kerana berjaya melaksanakan tenggungjawab..
4) Rangkap keempat dan kelima pula tentang raikan cinta.. Tanpa cintaNya, takkan kita ada.. Maksudnya bagi aku mungkin tanpa Dia, takkan kita lahir di dunia.. Tanpa cinta juga kita takkan ada di dunia.. Kerana cinta kita abadi.. Fahamkan apa aku cuba sampaikan???
Entry lepas raya.. Sudahlah isu sensitif, panjang lebar pulak tu.. As usual.. Farhana tak pernah menghampakan dalam menghasilkan entry yang panjang lebar.. Hahaha.. Okeylah.. Sampai sini saja.. Selamat hari raya sekali lagi aku ucapkan.. Maaf zahir dan batin ya kalau ada salah silap aku.. Enjoy raya enjoy gak, jaga makan jaga perut.. Heehee.. Pesanan untuk aku gak ni.. Huhu.. Kalau ada yang tak setuju tentang pandangan dan pemahaman aku, silalah hentam aku ya.. Aku sedia terima kritikan dan hentaman.. Heehee.. Sampai jumpa lagi.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum..
FOOT NOTE: Tengok movie yang seperti di atas, pesan aku, yang tak elok jangan ikut, yang baik kita amik.. Okey.. Ada paham semua??? Heehee.. =p
~ Oh ye.. Thanx ek untuk kad raya yang korang bagi kat blog.. Maaf kalau ade yang tak sempat ambil.. Tapi apa-apa pun, thanx bebanyak.. Selamat hari raya.. =)
Ulasan
naseb bek wa x gelak lagi ni.
rugi ko tak minat gerard butler tue..
ak dari dulu folllow citer dia.
best!!x keciwa la kalu tgk..
katherine heigl yang berlakon citer doktor3 tue kan??
berapa bintang citer tue ko bg?
nak komen panjang gak huhu.
xde ler sensitif sgt posting.....
menarik gak pemahaman ttg lagu M.Nasir..ahaks
gateinyer kamu woo..
wahhh.. baru gwe taw itu lagu..
slalu dok nyanyi tp tak penah amek kesah tang maksud tersirat lirik lagu tu..
n3 yg interesting cik Hana..tp gwe jarang skali tgok citer cintan cintun kat wayang..smlm tgok citer perfect gateway..buleh tahan laa..
perbanyakkn lg n3 mcm nih.. besh!!
ehehehehe..
somput akak baca entry hana ni?
sapa berani nak banned entry artis fofular ni?
cuba bagitau akak?
:)
mmg sexsa den nk membacanya...
=)
Hebat akak terjemah kan lagu tu.
Sesungguh nye anda mmg jiwang. hehe
BTW,
Selamat Hari Raye
Maaf Zahir Batin
p/s: Umur 20 xbole tgk erk? ;P
Skarang dah minat.. Sbb mnarik gak gerard tue.. Hehehe.. Ko mst tgk cerita 300 kan?? Huhu.. Dari 5 bintang bagi 4 kot.. Sbb bila kuar wayang jek ku rasa sronok dlam hati.. Hahahaha.. Lawak pn ye gak cite ni.. Nk pecah perut gelak. =p
Komen ler panjang2.. Takdak hal.. Balasan pn pnjang ni.. Huhu.. =p
Tak sensitif ek.. Okey laa kan.. Huhu.. M. Nasir pny lagu sume lirik dia mmg mndalam mksud.. Indah2 mksud dia.. =)
Lagu tu ku tak sure laa ape makna sebenarnya.. Tu juzt tafsiran daku jek.. Kalo salah maap, kalo mnarik, time kaseh.. Hahaha.. =)
Oh yeee.. Interesting tang mana encik hysman??? Ku mahu tau gak definisi interesting kamu tu.. Hehehe.. Man, nape jarang nengok cite cintan??? Nti slalu2 laa pi tgk.. Polish sket skill jiwang dan romentik.. Dah brkarat dah ku nengok.. =p
Ye.. Baik.. Ku akan perbanyakkan lagi smpi org tepu baca entry pnjang2 mcm ni.. Hehe.. Tapi entry mcm ni tu mcm ape yek??? Haha.. Sila jwab.. =)
Tu laa kan.. Artis glam ni.. Sape brani banned??? Meh sini meh.. Hehehe.. =p
Selamat ari raye salam.. =)
~ umo 20??? Boleh ke??? Sape umo 20 tu??? Hehehehe.. =p
mcm ni tu mcm dlm gambo kamu tu la. ehee
>pokcik x leh la nak tngk crita2 cinta ni. pokcik slalu layan perang2 mcm Man dok layan tu... hehehehe
SELAMAT HARI RAYA...
MAAF ZAHIR... hehehehe....
***recommend G-FORCE,best gila!!
Amboi.. Gatainya hang ni.. Sah gatai.. =p
Pokcik.. Skali skala try laa.. Pasti suke.. Haha..
Selamat ari raye pokcik.. Mintak maap atas sgala salah dn silap.. =)
G-Force??? Kartun kan??? Dah abes kot tayangan.. Huhu.. Takpe, DVD nnt beli.. =)
Allahu awwalu wal akhiru waz zahiru wa al-bathinu..