Agaknya Kena Banned Tak Entry Ni???

Assalamualaikum sekalian penghuni blogspot.. Wah.. Lama aku tak menghirup udara blogspot.. Rindu yang amat.. Banyak benda nak story, banyak entry sibuk dibuat draft tapi masa tak mengizinkan untuk aku publish sebarang entry.. Chup chup chup.. Ada sesiapa rindu aku tak??? Takde kot.. Sebab takde yang tanya pun ke mana aku menghilang.. Uhuk uhuk.. But wait.. Ingat artis ke kamu Farhana orang nak ingat nak rindu??? Memang artis pun kan.. Hoho.. Selamat hari raya kepada yang masih lagi sakan beraya.. Aku pula cuti seminggu je.. Rasa macam tak cukup je cuti.. Takpe laa.. Dah nasib badan.. Apa??? Entry raya? Gambar raya? Sorry banyak.. Tahun ni tak ade kot entry pasal raya.. Jangan ditanya kenapa okey.. =)


Hmmm.. Dah laa entry raya takde, semua orang pun masih dalam mood raya, entry semua tentang raya.. Tiba-tiba aku publish entry tak senonoh begini.. Mesti spoil mood raya korang kan.. Tapi aku nak juga publish.. Hahahahaha.. (Gelak jahat macam Shin Chan) Walaupun aku dalam hati bimbang blogku akan dibanned dan digam lalu dihumban ke dalam ISA.. Sebabnya bincang isu sensitif dan sangat tak elok di sini.. Heehee..



Aku baru sahaja pulang menonton THE UGLY TRUTH dengan geng G8 Smart.. Cerita ni dah lama tayang, tapi baru sekarang berkesempatan tengok.. Katherine Heigl dengan the hottest ever Gerard Butler berlakon.. Bak kata bro John, perempuan kalau tengok movie, mesti layan cerita love, cerita jiwang.. Heehee.. Basically cerita ni bagi aku best tanpa menyukat dan menimbang unsur-unsur lucah yang terlampau dalam cerita ni.. Storyline dia aku suka, mesej dia pun aku suka, hero dan supporting actor dia lagilah aku minat.. Baru aku perasan, Gerard Butler ni "something" jugak.. Hahaha.. Shhh.. Meh aku nak bisik.. Satu part cerita ni bikin aku melelehkan hingus.. Ooppss.. Meleleh air mata.. Sedih wo.. Tisu please.. Uhuk uhuk.. Tapi seriously, cerita ni bagi aku sweet.. Rasa cinta tu aku dapat rasa running through my vein.. Ouch.. Gila mendalam perasaan kamu Farhana.. Jiwang yang amat.. Sangat-sangat jiwang..





Scene menari di atas tu my favourite scene.. Memang Unnakum Ennakum.. Kuch Kuch Hota Hai laa bila tengok.. Hahaha.. Cerita ni classified under 18PL.. Tapi personally aku rasa, even budak umur 18 tahun pun tak elok laa tengok cerita ni.. Umur 21 pun kene timbangkan lagi boleh ke tak boleh tengok movie ni.. Aku umur berapa??? 22.. Boleh kot tengok.. Hahahahaha.. Disarankan kalau nak tengok, tengoklah dengan kawan perempuan.. Kalau dengan kawan lelaki atau dalam Englishnya boyfriend, tak elok kot.. Segan maa.. Malulah.. But it's just my personal thought laa..




Aku tak nak story sangat pasal cerita ni.. Tapi aku cuba nak ketengahkan tentang seks yang si hero asyik sebut, sebut dan sebut.. Ooppss.. Ya.. Seks.. Seks berlandaskan nafsu atau seks berlandaskan cinta dan ikatan.. Mat Saleh bawak banyak influence tentang perihal seks ni pada masyarakat kita, tetapi seks yang bagi aku teruk dan hanya berpaksikan nafsu semata.. Banyak bukti kita boleh tengok.. Betapa pengaruh Mat Saleh ni sangat besar sampai masyarakat kita kalau melakukan seks tidak berpandukan ajaran agama.. Ikut kata hati, ikut kata syaitan.. Tengok saja berita pagi tadi, seorang wanita di Besut buat report polis sebab tak tahan dengan perilaku sang suami yang suka mencuba pelbagai cara yang tak masuk akal ketika melakukan hubungan.. Dari mana depa belajaq semua tu??? Cuba habaq mai..


Bukan kata filem sahaja, tetapi lagu-lagu dari luar negara pun banyak saja yang berunsur lucah tetapi tetap masuk Malaysia.. Lucah yang tak kena dengan budaya kita masyarakat Timur.. Ya.. Seks.. Memang itu fitrah manusia.. Tetapi bukankah ianya lebih indah kalau ianya bersandarkan cinta dan ikatan yang sah.. Lecturer aku pernah kata, dia dan isterinya suka menonton Romance movie bersama, tetapi bukan seks ganas, seks yang just for fun, tetapi seks sepasang suami isteri yang penuh dengan kasih sayang.. And he said, that is what sex is actually.. Korang faham apa aku cuba sampaikan??? Betapa pengaruh Mat Saleh dah terlalu banyak meresap dalam masyarakat kita sampai di satu tahap kita jadi tepu dan hanya menerimanya bulat-bulat sahaja.. Fikir-fikirkanlah.. Mungkin kita dapat satu kepuasan dan kenikmatan tetapi keberkatan??? Hmmmm.. Renung-renungkan..




Semua mesti pernah dengar lagu Raikan Cinta nyanyian M. Nasir.. Ada sesiapa tahu makna di sebalik lagu yang dinyanyikan Sifu kita ni??? Heehee.. Aku mula-mula hanya memahaminya di permukaan sahaja, tetapi bila ada seseorang menyuruh aku mendalaminya betul-betul, otak aku telah mentafsirkan sesuatu yang lain dari yang lain.. Sesuatu yang indah.. Yang inilah baru kita katakan "hubungan" yang berlandaskan cinta dan bukan nafsu semata.. That is what I think personally.. Kalian pula bagaimana??? Cuba faham-fahamkan.. Mungkin kalian ada tafsiran tersendiri..


RAIKAN CINTA

Berapa dalam harus kugali tanah ini harus kugali
Untuk bertemu permata nilai sejati nilai sejati
Baru kupulang ke kampung sentosaku
Baru tercapai segala maksudku

Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua…
Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita ?

Ke sana ke sini lari-lari kecil
Bagai Siti Hajar mencari air
Terpancur sinar di kering pasir
Bekas hentakan kudus kaki Ismail

Mari mawarku raikan cinta
Tanpa cintaNya kita tiada
Mawar cinta mawarku abadi
Cinta pemilik segala Jadi

Mari mawarku raikan cinta
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi


Okey.. Meh aku story sikit tentang pemahaman aku.. Tapi korang jangan gelak.. Ini cuma pemahaman aku je..


1) Rangkap pertama tentang sperma yang berenang-renang mencari ovum.. Yang disifatkan sebagai permata nilai sejati tu bagi aku mungkin wanita yang baik..

2) Rangkap kedua pula apabila sperma dan ovum bertemu lalu timbullah persoalan samakah kita.. Of course tak sama.. Kan kan kan???

3) Rangkap ketiga pula bagi aku still menjelaskan tentang sperma yang berenang-renang ke sana sini kegembiraan.. Kegembiraan kerana berjaya melaksanakan tenggungjawab..

4) Rangkap keempat dan kelima pula tentang raikan cinta.. Tanpa cintaNya, takkan kita ada.. Maksudnya bagi aku mungkin tanpa Dia, takkan kita lahir di dunia.. Tanpa cinta juga kita takkan ada di dunia.. Kerana cinta kita abadi.. Fahamkan apa aku cuba sampaikan???


Entry lepas raya.. Sudahlah isu sensitif, panjang lebar pulak tu.. As usual.. Farhana tak pernah menghampakan dalam menghasilkan entry yang panjang lebar.. Hahaha.. Okeylah.. Sampai sini saja.. Selamat hari raya sekali lagi aku ucapkan.. Maaf zahir dan batin ya kalau ada salah silap aku.. Enjoy raya enjoy gak, jaga makan jaga perut.. Heehee.. Pesanan untuk aku gak ni.. Huhu.. Kalau ada yang tak setuju tentang pandangan dan pemahaman aku, silalah hentam aku ya.. Aku sedia terima kritikan dan hentaman.. Heehee.. Sampai jumpa lagi.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Tengok movie yang seperti di atas, pesan aku, yang tak elok jangan ikut, yang baik kita amik.. Okey.. Ada paham semua??? Heehee.. =p

~ Oh ye.. Thanx ek untuk kad raya yang korang bagi kat blog.. Maaf kalau ade yang tak sempat ambil.. Tapi apa-apa pun, thanx bebanyak.. Selamat hari raya.. =)



Ulasan

imHepPie berkata…
alamak..bawah umo xle baca la entri nih...lalala~~
oranglidi berkata…
macam pelik je pemahaman lu.

naseb bek wa x gelak lagi ni.
Ben Sedqi berkata…
fuh stengah hari bro nak abiskan pembacaan ni, tp bjaya habiskan....sebab interesting! hehehe....
Azuan berkata…
erk..teruk ke crite tue..

rugi ko tak minat gerard butler tue..
ak dari dulu folllow citer dia.
best!!x keciwa la kalu tgk..

katherine heigl yang berlakon citer doktor3 tue kan??

berapa bintang citer tue ko bg?

nak komen panjang gak huhu.
Tanpa Nama berkata…
yg laki tu bkn berlakon dalm "P/S ; I LOVE YOU" ker???


xde ler sensitif sgt posting.....

menarik gak pemahaman ttg lagu M.Nasir..ahaks
B E L L A berkata…
boleh er lagu tuh di tafsirkan macam tuh. hehehe. kreatif2. :D
hysman berkata…
salam cik Hana,
gateinyer kamu woo..
wahhh.. baru gwe taw itu lagu..
slalu dok nyanyi tp tak penah amek kesah tang maksud tersirat lirik lagu tu..

n3 yg interesting cik Hana..tp gwe jarang skali tgok citer cintan cintun kat wayang..smlm tgok citer perfect gateway..buleh tahan laa..
perbanyakkn lg n3 mcm nih.. besh!!
ehehehehe..
Ibu Ammar berkata…
rasanya pemahaman kanu tu, seperti pernah ada aku terbaca jugak yg seperti itu, tp...dimana ya
Tukang cerita berkata…
hahahaa....
somput akak baca entry hana ni?
sapa berani nak banned entry artis fofular ni?
cuba bagitau akak?
:)
Tanpa Nama berkata…
gua nak ajak lu mai lepak blog gua..kalau rase blog gua boring,gua x kisah lu nak maki..=)
mr.syazwan berkata…
uhhh sex...

mmg sexsa den nk membacanya...

=)
hang nadim berkata…
salam........doctor tolong picit palerrr sikit
salamBEST berkata…
Whoa.
Hebat akak terjemah kan lagu tu.
Sesungguh nye anda mmg jiwang. hehe

BTW,
Selamat Hari Raye
Maaf Zahir Batin

p/s: Umur 20 xbole tgk erk? ;P
zumairi berkata…
open je minded ye tak...tapi mat tak saleh tu mmg cuba nak 'tempted' kita org timur lbh2 lagi org Islam ni supaya anggap sex bebas tu perkara biasa
Sharif John berkata…
Prefer cinta lepas kawin... hehe
Mimie.. Ye.. Kamu dak bwah umo.. Mane leh bace.. Cpat tutup hidung.. Hahaha.. =p
Oranglidi.. Ku jugak pelik ngan pemahaman ku.. Hahahaha.. Wuit.. Jgn gelak arr.. Ketawa takpa.. =p
Bro mie.. Alaa.. Baru stgh hari.. Blum sminggu lagi bro.. Hehehehe.. Amboi.. Mnarik yek bro.. Haha.. =p
Azuan.. Ku rasa cerita tue agak teruk dari segi ayat2 dia.. Mcm tak elok sangat jek.. Huhu.. =p

Skarang dah minat.. Sbb mnarik gak gerard tue.. Hehehe.. Ko mst tgk cerita 300 kan?? Huhu.. Dari 5 bintang bagi 4 kot.. Sbb bila kuar wayang jek ku rasa sronok dlam hati.. Hahahaha.. Lawak pn ye gak cite ni.. Nk pecah perut gelak. =p

Komen ler panjang2.. Takdak hal.. Balasan pn pnjang ni.. Huhu.. =p
Ikmal.. Haah.. Tu laa dia gerard butler.. Tgk ke cite p.s. i love u??? Huhu.. Ade org ckap cite tu mnarik, tak penah nengok lagi.. Huhu.. =p

Tak sensitif ek.. Okey laa kan.. Huhu.. M. Nasir pny lagu sume lirik dia mmg mndalam mksud.. Indah2 mksud dia.. =)
Bella.. Hahaha.. Boleh kot.. Atau mmg mgkin tafisrannya bgitu.. Huhu.. Maceyyy.. =)
Waalaikumsalam encik bual kentang.. Haah.. Mmg gatai seluruh badan ni.. Pnat tgn eden mnggaru.. Haha.. Mane ade gatai, tu kan miang namanya.. Hoho..

Lagu tu ku tak sure laa ape makna sebenarnya.. Tu juzt tafsiran daku jek.. Kalo salah maap, kalo mnarik, time kaseh.. Hahaha.. =)

Oh yeee.. Interesting tang mana encik hysman??? Ku mahu tau gak definisi interesting kamu tu.. Hehehe.. Man, nape jarang nengok cite cintan??? Nti slalu2 laa pi tgk.. Polish sket skill jiwang dan romentik.. Dah brkarat dah ku nengok.. =p

Ye.. Baik.. Ku akan perbanyakkan lagi smpi org tepu baca entry pnjang2 mcm ni.. Hehe.. Tapi entry mcm ni tu mcm ape yek??? Haha.. Sila jwab.. =)
Nursarah.. Penah trdengar gak ke??? Kat mane??? Tak tau pule kalau mmg pmahaman lagu ni seperti ni.. Hehehe.. Anyway, thanx singgah.. =)
Kak nurul.. Rehat dulu kak.. Tarik nafas.. Lepas.. Hehehe.. Jgn somput2.. Bnyk lagi entry nak tulis kak.. Huhu.. =p

Tu laa kan.. Artis glam ni.. Sape brani banned??? Meh sini meh.. Hehehe.. =p
Jen.. Dah singgah dah.. Maceyyy dtg singgah sini yek.. Heehee.. =)
Wan.. Seksa ke??? Ke seksa??? Hahahaha.. Sekali sekala seksa wan.. Ape salahnye kan.. Hehe.. =p
Hang nadim.. Waalikumsalam.. Boleh ke tolong picitkan??? Tolong tgkkamu picit pale sndiri bolehhh laaa.. Hahaha.. =p
Salam.. Hehe.. Hebat ke??? Hahaha.. Maceyyy2.. Mane ade jiwang laa.. Akak romentik aje tau.. Huhu.. =p

Selamat ari raye salam.. =)

~ umo 20??? Boleh ke??? Sape umo 20 tu??? Hehehehe.. =p
Zumairi.. Btul.. Open minded takpe.. Nnt jgn ikut skali dah.. Org putih ni kita hati2 ngan stiap agenda dorang.. Ade jek niat trsembunyi..
Bro john.. Cinta lpas kawen mmg mnarik.. Heehee.. =)
El-Zaffril berkata…
Cik Farhana, mana dapat pasal lagu raikan cinta tu... tak pernah tau pun
hysman berkata…
alamak.. klu ku polish jiwang ku nnt da tak jd budak kentang.. camne nk bual kentang dgn kamu cik Hana.. hahaa.. klu tgk cite cintan slalu kat umah.. klu tgok kat wayang mmbazir baek tgok cite perang.. hahaha..

mcm ni tu mcm dlm gambo kamu tu la. ehee
Naz berkata…
mentang2 la cik Hana ni dokter yg amat2 pakar. lirik lagu mohd nasir tu pun jadi bahan post moterm. hahahaha.... perghh.. pokcik salute lah dng cik Hana. seyes, pokcik x pernah terfikir pun maksud tersirat tu. bagus2... skrg pokcik dah paham apa maksud keduanya tu.. hanya jauhari yg mengenal makinam. kalo suruh pokcik translate, smpai tahun depan pun belum tentu lagi....

>pokcik x leh la nak tngk crita2 cinta ni. pokcik slalu layan perang2 mcm Man dok layan tu... hehehehe

SELAMAT HARI RAYA...
MAAF ZAHIR... hehehehe....
ops,tak pernah terfikir pun lirik lagu tu ada kaitan dengan sperma whatsoever tu..ahahaha,memang bijak!!








***recommend G-FORCE,best gila!!
Encik Zaffril.. Hehe.. Tak dapat di mana2.. Sndiri sort it out.. That's wut i think laaa.. Btul ke tak tu tak tau.. Huhu.. =p
Encik bual kentang.. Bual kentang pn blh jiwang ape.. Tu namanya jiwang kentang.. Lagi mnarik.. Haha.. Tgk kat umah tak feel.. Skrin tak beso.. Hehehe.. =p

Amboi.. Gatainya hang ni.. Sah gatai.. =p
Pokcik naz.. Hahaha.. Tau takpe.. Kene explore sume mende2 ni pokcik.. Lagi mende2 yg mnarik mcm tu.. Hahaha.. Pokcik.. Tu pndangan saya jek, tak brani nak kata btul.. Ikut pmikiran masing2 dn juge pnerimaan.. Ade yg tak stuju gak.. Huhu.. Pape pn, maceyyy.. Pokcik pn mst boleyyyy.. Kan ke pokcik org seni gak.. Heehee.. =)

Pokcik.. Skali skala try laa.. Pasti suke.. Haha..

Selamat ari raye pokcik.. Mintak maap atas sgala salah dn silap.. =)
Penjenayah merah jambu.. Hahaha.. Best kan makna lagu tu??? Hik hik hik.. =p

G-Force??? Kartun kan??? Dah abes kot tayangan.. Huhu.. Takpe, DVD nnt beli.. =)
sabut_tunggal berkata…
salam..saya tertarik dgn tafsiran cik farhana tentang lagu sifu yg satu ni "raikan cinta".. unik btol..haha.. tp berdasarkan pengamatan saya, lirik lagu ni merungkai tentang kecintaan seorang "salik" dalam mencari apa sebenarnya nilai "tasauf", makrifatullah... lagu ini mempunyai satu nilai kerohanian yg sungguh dahsyat..2 ja pendapat saya..org bru kat blog ni..sekian,,

Allahu awwalu wal akhiru waz zahiru wa al-bathinu..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?