Taylor Swift Said Two Is Better Than One..

Ceritanya terjadi empat hari yang lalu.. Jumaat pulangnya aku ke Melaka.. Emak menyuruh aku mengambil adikku di Kuala Lumpur sekali.. Jujur kata, Kuala Lumpur itu bandar asing pada aku.. Walau pernah jejak kaki berkali-kali tetap terasa keasingan.. Bila disuruh emak, menurut saja tanpa banyak kata..



Ya.. Tahniah Farhana kerana kamu berjaya sesat di dalam hutan konkrit bernama Kuala Lumpur itu.. Dari Tol Jalan Duta, aku perlu ke Pantai Dalam.. Kurang yakin bila memandu bersendirian, tapi dengan nasihat juga arahan kawan-kawan dan dari gaya mereka macam senang saja jalannya, aku pun redah sajalah.. Walau dalam hati bimbang sesat.. Hampir tiba di Bangsar, tapi tiba-tiba entah kenapa aku silap masuk lorong walaupun kawasan itu selalu juga aku jejak.. Akhirnya, aku tersasar entah ke mana-mana.. Mula-mula mata nampak Puchong, Bandar Kinrara, Jalan Templer, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz.. Ohhh..



Bila berseorangan dan tambah lagi sesat di tengah bandar yang asing, rasa macam mahu nangis.. Serius itu apa aku rasa.. Cengengkah aku? Tapi air mata tak jatuh sebab tiba-tiba teringat penyebab senyumanku *sempat lagi* dan aku tersenyum.. Senyuman aku lebih tough dan mampu melawan tangisan yang meronta ingin keluar.. Adik call, mak call, abah pula.. Aku call best friend aku.. Pura-pura tunjuk kuat.. Single lady yang gagah katakan.. Aku kata aku akan cuba cari jalan keluar.. Not to worry.. Syukur akhirnya lepas 40 minit sesat aku jumpa Federal Highway dan masalah aku selesai.. Hoho..


Dan yang paling penting, aku berjaya untuk tidak menangis.. Lagipun, kalau kuat nangis, nanti orang tak suka.. Orang suka yang kuat senyum saja.. Haha.. *senyum senyum*




Tahu tak bila berseorangan dalam sesat-sesat itu apa aku fikir? Alangkah bagus jika berdua, sudah tentu lebih baik.. Ada juga yang boleh jadi tukang sejukkan hati tenteramkan jiwa.. Oh ya.. Maksud berdua di sini tak semestinya merujuk pada berpasangan atau bercintaan dan bercouplean. ya. Berteman juga boleh.. Weeeee..


After all, pengalaman yang berharga dalam menjadikan aku single lady yang gagah, yang tak cengeng dan independence.. Bila hilang title single itu, at least aku boleh tetap juga maintain dengan kegagahan aku.. Tak perlulah asyik minta si dia menjadi perisai aku 24 jam.. Lelaki tak suka perempuan sangat bergantung pada dia.. Betul ke tak? Heehee.. Kadang-kadang ku mahu juga jadi perisai untuk yang tersayang.. Ngee.. Okey okey.. Taking care semua.. Teruskan tersenyum okey.. Aku cuti hari ini.. Petang nanti balik Ipoh.. Assalamualaikum semua..




FOOT NOTE: Lelaki kuat.. Perempuan pun boleh jadi kuat.. Lelaki boleh lindungi perempuan.. Perempuan boleh lindungi lelaki tak? Agak-agak apa perasaan seorang lelaki jika ada wanita yang melindungi dia? =)

Ulasan

Azuan berkata…
aku pun tak ingat mana jalan kl~
betul...kadang² elok berdua...terutama ketika memandu...leh hilang kemengantukan...teman berbual....yela kalo ada apa² hal sekurannya berteman...tapi jangan yang tukang teman kaki tdo dah la...serupa je memandu keseorangan...huhuhu...;p
Lan Bingka berkata…
sape yg tak pernah sesat kat kl..haha

cuba la tak pergi setahun-dua, jalan tetiba dah lain..
kudakertas berkata…
wlupon da lme dok kL jln kt sne pon mseh lg x khatam..hehehe..
mr.syazwan berkata…
samalah sabtu lepas pun wan sesat..

hahaha

tpi best leh jln2..

haha

sng je kalau sesat baca doa..

ke zikir insyALLAH dpt jln keluar

dan yg itu lah yg wan buat...

=)
Nazz@Purple berkata…
area bangsar,pantai dalam dan pj..memang area nak selalu sesat mse mula2 kerja dulu..tp dr pengalamn la kita belajar jd lebih baik..kan..kan..
avid berkata…
jawapan soalan footnote: seronok sbb gf yg boleh melindungi laki biasanya pandai berdikari. satu ciri yg laki suka.
joegrimjow berkata…
hak2
xsabar tunggu esok
erkkk?
heheeee
farhana berkata…
indeed, 2 is better than 1..
but sometime, 1 is better than 2 =)

pengalamanlah cikgu plng berharga =)
mase sampai pantai dalam tuhhh.

nape tak k0l aku fana ?
Jard The Great berkata…
=) aku tahu kamu mmg tabah
Ibu Ammar berkata…
gila jauh boleh sampai puchonggg, aduhaiiiiii!

apa kata pasni letak GPS kat kereta tuh. haha
Madam Pam berkata…
orang kata kat kl nie kene tau tempat yang kita nak pegi tue jalan maner..pas2 follow jer signboard,InsyaAllah smpai....lmbt cepat jer...yg pntg isi minyak full....kalau x naya kene maki ngan org...
Tanpa Nama berkata…
ibu aku perempuan dah bertahun dia lindungi aku haha :)

BTS
Adziim berkata…
perempuan lindung lelaki dari segi fizikal....emm ppuan itu kena kuat dari segi fizikal la ye? tpi x bermakna kena berbody ketul2 besar ngan otot2.
kdng2 akal fikiran lagi penting dari otot2.

perasaan depend pd lelaki, biasanya lelaki ini ego, enggan dilindungi perempuan.
Hamizah berkata…
akak pon g2..senang glabah bila sesat..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?