Doktor Cinta Luar Biasa Bawa Anda Ke Alam Cinta Lagi

Dari dolu-dolu sampailah ke saat ini.. Dalam enjin carian google juga orang kita sibuk bertanya, apa tanda apa cara untuk mendapatkan kepastian tentang status perasaan.. Si dia suka padaku, si dia jatuh cinta padaku, si dia syok giler padaku.. Itu apa aku rasa.. Benarkah itu kata mindaku atau hanya mainan rasa dan naluri??? Tentang apa sebenarnya dia rasa, dia fikirkan, tak dapat aku gapai.. Tinggal aku terkontang-kanting dengan seribu soal yang tiada jawapannya.. Direct tanya, awak awak, suka saya tak? Ouch.. Malu malu.. Respon positif, malam mahu tak tidur dibuatnya.. Respon negatif, sugul hari-hari, muncung pun sedepa..




Dolu-dolu aku dah kata, selalunya perempuan cepat perah santan, cepat perasan.. Tapi.. Lain orang lain tahap kesensitifannya tentang soal rasa, soal hati juga perasaan.. Ada awek cepat perasan, ada pula cepat tersentuh dan terasa, ada yang bagi hint berbakul-bakul pun tak faham, ada lagi dah faham tapi tak ambil pusing dan tak mahu faham.. Manusia + perasaan = KOMPLEKS..



Lain perempuan lain pandangan lain pemikiran.. Di bawah ini adalah jenis-jenis lelaki yang termampu aku senaraikan yang mungkin menjentik hati wanita, menimbulkan rasa yang penuh tanda tanya.. Lelaki ini sukakan aku? Ya? Atau tidak?


1) Lelaki yang gemar memberi extra lebih sedikit perhatian, concern dan seumpama dengannya..

2) Lelaki yang suka bergurau senda dengan kata-kata suka, cinta, lap sana lap sini..

3) Lelaki yang suka cari gaduh (gaduh ala manja) setiap kali bicara atau bersua muka..

4) Dan banyak lagi dan lagi dan lagi..


Eh.. Perempuan cepat perasankah atau lelaki yang terlalu bagi stimulasi yang membina? Ahaks..




Ada pula jenis lelaki, dia suka, dia diam.. Memegang polisi SILENCE IS GOLDEN barangkali.. Atau shame shame cat mungkin.. Ahaks.. Kalau shame shame cat tak melepas tak mengapa.. Heee.. Ada pula yang diam tapi salurkan rasa suka melalui cara yang mereka selesa.. Tak mahu terlalu direct tapi mahu juga tunjuk rasa.. Sweet kot.. =)




Jika anda seorang yang berjantinakan lelaki dan anda membaca entry ini.. Apa reaksi anda, tindak tanduk juga tutur bicara anda apabila anda telah jatuh suka pada seorang gadis?



Okey.. Selamat mengembara ke alam cinta di malam hari.. Assalamualaikum..


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
aku tgh tade perasaan la bengong je camnie..

tapi best bila ada perasan cam ko nie!
ko nie hana banyak tgk cerita hidustan dan korea love! so tu yg ko jadijiwang tahap gaban nie!

pergh aku pown nak mula tgk filem hidustan lah ahahah :))!

BTS
bukan shame shame cat laa but shy shy catfish
i suke laa post u nih
tensen bila lelaki tu membuatkan kite tertanye tanye
Tanpa Nama berkata…
jatuh cinta lagieyh..
lagieyh2 ku jatuh cinta!
Ibu Ammar berkata…
aku suka lelaki yang biasa2 saja. biar cinta dia dalam hati saja, yang penting cinta dia hanya buat aku. cehhhhhhh! tak pasal aku oun menjiwang kat sini..blerghhhh!
Hizami Li berkata…
saya jadi malu malu kucing yang comel! ahha~
rhapsody LiN berkata…
kdg2 rse mcm perempuan ni cpt perasan. tp lelaki pun lbh kurg jgk. hikhik..


hari nie lin kne propose lg!xtw cmne nk react bila org tnya soalan mcm tu. adoii... kang tolak2 semua dah xde yang mau mcm mne??
(=.=)"
Shahada Fauzi berkata…
erk??depends pada orang tu kot..kadang2 lelaki pon cepat perasan gak..bukan pompuan je..hehehe..
chokio_nia berkata…
aiyaaa..sye pompan pon leh bg pendapat ka??yg penting laki sgt kompleks..haiyaaaa
Jard The Great berkata…
aku nmpk RTM.. ehehe
joegrimjow berkata…
tudiaaaaaaaaaaa
dr dah mula mengeluarkan fatwa indah
heheeee
tunbegia berkata…
ammvoiii, hormon nak bercinta tuh, ;-)

salamm,
Menderas berkata…
Saya jenis shame-shame cat rasanya. hahaha. :D

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?