Ku Cinta Kau Apa Adanya.. Benarkah?

Assalamualaikum.. Kita bertemu buat kesekian kalinya di entry kali ini.. Apa khabar semua? Hujung-hujung minggu begini pasti semua sedang memanfaatkan cuti dengan sebaik-baiknya.. Aku ucapkan selamat berhujung minggu.. Untuk entry kali ini, aku terpanggil untuk berkongsi dengan kalian tentang apa yang aku rasa dan yang aku fikirkan.. Harapanku juga agar kalian sudi berkongsi pandangan kalian tentang perkara ini..


Seperti malam-malam sebelumya, aku menghadap komputer.. Tatkala kaki aku menjejak ke sebuah laman web, telingaku dijamu dengan sebuah lagu dari seberang.. Once penyanyinya.. Tajuknya? Ku Cinta Kau Apa Adanya.. Hurrmm.. Tajuk lagu ini sebenarnya yang membuat aku berfikir.. Banyak yang aku fikirkan..


Kawan-kawan sekalian.. Aku tertanya-tanya, dalam mencari pasangan untuk bercinta pada zaman ini, masih adakah lagi insan-insan baik lelaki mahupun perempuan yang mencintai pasangannya itu apa adanya? Kalau kita lihat, zaman sekarang yang lelaki kebanyakannya mahukan wanita cantik sahaja, wanita pula mahukan lelaki yang kaya-raya sahaja.. Begitulah senario yang kita dapat lihat di zaman ini.. Tidak aku sangkal masih wujud lagi lelaki dan wanita yang bukan memandang rupa paras dan harta, tetapi yang aku ingin tahu mereka-mereka ini yang memandang kecantikan dan kekayaan, atas sebab apakah mereka memilih untuk membuat pilihan itu? Kerana nafsu? Kerana kesenangan hidup? Mungkin juga ya dan mungkin juga tidak..


Menurut riwayat Bukhari dan Muslim, "Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana 4 perkara, iaitu kekayaanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu.."


Renung-renungkan dan selamat beramal.. Heehee.. =)














Buat akak-akak tersayang, Kak Gie, Kak El, Kak Reen, Kak MM, Kak Leed, Kak Zura yang telah menemui insan itu, aku doakan agar berbahagia di setiap langkah dalam hidupmu sampai ke akhir hayat.. Amin.. =)




Ulasan

el berkata…
maceh lah doakan tuk akk ye..
akk pun doakan kamooo cepat2 lah kawin..x thn le tgk n3 asyik gersang jek..kahh berdekah3

kamo tu muda lg..belajar dulu..jgn nak mengatai..hehehe..dah abis..haaa gatai le smpi lebam..mak x kesah dek..kahkahkahkah

nota bijik: sllu on9 memlm ke..meh sini add YM..akk pun sllu gak OT hehehe
Akak.. Ish3.. Hari2 baca entry saya mst gelak berdekah3 ek.. Mana ader gatai.. Hak hak hak.. Sy takmo la kawen skarang.. Umo 24 nti, lpas grad.. Kawen skunk wat pening pale jek.. Heehee.. =p
.Cik Nana. berkata…
bila akak grad ni??
joegrimjow berkata…
dapat selawa aisyah pon ok
Nana.. Akak grad lg 2 taun dik.. Dlam bulan 3, 2011 camtu laa.. InsyaAllah.. =)

Joegrimjow.. Aisyah ,maner yerk? Aisyah AF7 ke? Heehee.. Ke selawa gadis blog mu itu? =p
Z.u.r.a and I.w.a.n berkata…
farhana ku syg......thanks ya doakan akak...moga farhana menemui insan yg diidamkan oleh farhana ye...syg dia...
Gieyana berkata…
Adik ~ TQ doakn akak yer..alhamdullilah..pasangan akak mmg putera idaman yg meruntun jiwa n kalbu..ahaks!
Kak Zura.. Sama-sama.. Smoga saya jmp ape yg sy nak.. Da jmp dia da.. Tp nk kene tny orgnye dulu.. Da jmp sy gak ke.. Haha.. =p

Kak Gie.. Sama-sama jugak.. Bgus2.. Adeh.. Jiwang smacam gak nih.. =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.