Mampukah Diriku Mengejar Kesempurnaan?

Assalamualaikum.. Entry ini ku taip sebelum ke kelas.. Sehari tidak mengetuk keyboard ini ku rasakan seperti ada batu yang menghempap dadaku.. Lantas ku capai laptopku dan mula menaip menyusun kata. Tengahari ini aku ingin berkongsi dengan kawan-kawan luahan hati dan perasaanku..


Sudah 22 tahun 4 bulan aku bernafas di bumi Allah ini.. Terdetik di hatiku, selama hidupku ini adakah aku telah mencapai kesempurnaan dari segala aspek dalam hidupku? Kalau belum pun sempurna, ada peningkatankah? Soalan ini yang sering berlegar-legar di kepalaku..


Benar kata orang, manusia tidak sempurna, namun ku rasa tidak salah andai kita berusaha untuk mengejar kesempurnaan itu untuk kesejahteraan hidup kita.. Soalan yang paling selalu aku tanyakan pada diri sendiri, adakah aku sudah sempurna dari agamaku? Cukupkah amalan wajibku? Bersedekahkah aku? Sudah terhapuskah segala sifat mazmumah dalam diriku? Aku tahu ianya masih belum mencukupi, maka aku akan terus berusaha ke arah itu..




Ingin sekali ku ajukan kepada emak dan abahku, sempurnakah aku sebagai seorang anak? Aku akui aku kerap "menyusahkan" mereka meminta itulah inilah, kadang-kadang kalau aku sibuk aku jarang membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah.. Namun ku tahu, emak dan abah tidak pernah sedikitpun merungut. Dalam hati mereka, anak-anak adalah segalanya, selagi termampu, keperluan anak-anak perlu dipenuhi.. Janjiku, setelah tamat pelajaranku dan bekerja, akan ku balas segala budi mereka, akan ku turut segala kemahuan mereka, agar aku bisa menjadi anak yang sempurna..





Sebagai seorang kakak.. Adakah aku sempurna? Mungkin aku sudah melakukan yang terdaya, mengasihi mereka, memanjakan mereka, membantu mereka jika ada kesusahan, ku nasihatkan mereka andai mereka di persimpangan dilema, ku cubit sekiranya ada salah mereka.. Namun ku rasa, masih belum cukup sempurna.. Aku akan tetap terus menjadi kakak kepada adik-adikku, kakak yang sempurna di mata mereka..





Sebagai seorang sahabat aku rasakan juga yang aku masih belum sempurna.. Biarpun ku cuba yang terbaik untuk persahabatan ini, ketawa bersama, menangis bersama, makan bersama, minum bersama, tidur pun kadang-kadang bersama.. Namun tetap jua ada cacat celanya yang kadang-kadang aku sendiri tidak nampak, ada juga pergaduhan kecil yang tidak dapat kami elakkan.. Aku ingin menjadi sahabat sempurna, pada rakan-rakanku, pada kamu, agar di mata kamu aku layak digelar sebagai sahabat..





Aku langsung tidak sempurna sebagai pelajar.. Aku ponteng juga kadang-kadang, aku tidak buat yang terbaik dalam examku, aku enggan mendengar kata-kata lecturerku, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.. Pasti di mata lecturerku, tidak dapat mengingati kewujudan diriku, kerana aku belum sempurna lagi di mata mereka, belum mampu lagi di gelar pelajar cemerlang oleh mereka.. Namun itu ku jadikan satu cabaran, dan harus ku lipat gadakan usaha, ku kikis tabiat burukku agar aku juga bisa menjadi pelajar yang cemerlang dan sempurna akademik dan sahsiah..





Untuk masa depanku, aku mengharap untuk menjadi isteri yang sempurna.. Yang menyerahkan dirinya untuk suaminya sampai ke akhir hayat.. Menyayangi suaminya, menghormatinya, bersamanya ketika susah dan senang.. Sempurnakan keluargaku dengan kehadiran cahaya mata, bukti cinta kami.. Pasti juga aku ingin menjadi ibu yang sempurna pada anak-anakku.. Akan ku belai dan ku manja, ku didik dengan ilmu dunia dan akhirat agar kelak, dia juga mampu berdiri megah, sebagai seorang insan yang sempurna..





Biarpun pada hakikatnya manusia tidak mungkin akan menjadi begitu sempurna, namun mengejar kesempurnaan itu tidak salah andai ia mampu membawa perubahan positif pada diri dan kehidupan kita..


Sampai sini sahaja coretanku untuk kali ini.. Ketemu di lain entry.. Till then.. Assalamualaikum.. =)




Ulasan

hysman berkata…
selamat petang doktok...
Haloooooowwwww...
Assalammualaikum dokter..
saya nak bius cinta..

tett!!!hahaa..

yaa...manusia sememangnya tak sempurna melainkan Rasulullah SAW..
siapa kata diri mereka sempurna??
sebenarnya diri die layg paling tak sempurna..tak sedar akan dirinya..

tabik spring dokter farhana atas n3 sebegini..bagus utk kesedaran bukan utk cik farhana sorang tp pada pokcik dan juga sekalian manusia..

biar org kata kita mcm2,yg penting kita kena slalu beringat dimana level kita yg sebenar..
nak puskan ati suma pihat mmg payah..tp most importan puaskn IMAN yg ade dlm diri dah kukuh ke blum..

cheewahhh!!!poyo pula pokcik..
hahahaaa...
Fairuz Selamat berkata…
mengejar kesempurnaan itu indah..
edan coba berkata…
Mngetuk kaaaa... MEMATUK?!!
Keh keh keh....
kui kui kui....
:P
Pokcik Mann.. Selamat ptang.. Halloo.. Waalaikumsalam.. Hehe.. Panjang mukadikah kamu wahai pokcik.. Nak bius cinta?? Tett.. Bius setempat ke seluruh tubuh? Meh sini doktor bg bius.. Hak hak hak..

Betul.. Manusia tidak sempurna.. Tetapi perlu juga berusaha utk kejar kesempurnaan..

Terima kaseh atas tabik spring kamu Mejar Hysman.. Heehee.. Entry utk diriku, tetapi ku gembira jika ada manfaatnya untuk yang membaca..

Hysman.. Dgr tu Pokcik Mann ckp.. Hik hik hik.. Biarlah org nk kata kita apa, yg pnting kita sndiri knal diri kita.. Mcm kamu jugak kan pokcik nih? Heehee..

Yup.. Betul.. Kita perlu puaskan diri kita, iman kita dulu daripada kita nak puaskan hati org lain..

Wahh.. Kamu mmg pakcik yg poyo.. Tetapi..
Fairuz.. Wah.. Berimej baru yerk.. Heehee.. Betul fairuz, kejarlah kesempurnaan walaupun pada dasarnya kita manusia memang tidak sempurna..

Edan.. Hang ni dok ketuk apa? Dok patuk apa? Hang nih laa.. Merempit laju sgt laa ni smpi dok mrapu tak tentu hala.. Hahaha.. Takpalah, janji meletopz.. Wah.. Gitulah..
.....
kau begitu sempurna...
diwajah mu kau begitu indah....
hehehe..
gitu ker lirik lagu sempurna???
ahaksss..
Semua yg diCiptakan oleh nyer
ader keLemahan dan juga keLebihan nya..
terima dengan REDHA...
tapi bg sy..
kamu begitu sempurna Sahabat Maya ku.
Mahirah.. Wah.. Sedapnya dia nyanyi.. Aik.. Macam dgr jek kan.. Haha.. Betul tu, semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, ku juga begitu dan ku terima dengan redha.. Heehee.. Wow.. Begitu tinggi sekali pujian kamu itu.. Terima kaseh ku ucapkan.. Ahakz.. Terima kaseh sahabat.. =)
tiada yg sempurna melainkan yg Maha Esa....tetapi menggunakan kelebihan diri untuk ke jalan Allag demi kebaikan itu satu yg cukup sempurna...=)
ops....sorry typing error kat atas tu.."Allah" not allag.....sorry....
Gieyana berkata…
betul ar dik..manusia mmg x sempurna kecuali Nabi Muhammad S.A.W...bagus benor wat n3 wamni for renungan bersama...
Blog Eazy Izzuddin berkata…
every body not perfect
sometimes im perfect
ececeh
btw everybody not perfect
huhu
xD
like me
Aainaa.. Wah.. Sgt mndalam tu maknanya.. Harus bnyk difikirkan.. =)

Kak gie.. Yup.. Utk renungan kita brsama.. Mudah-mudahan ada faedahnya..

Eazy.. Yeah.. Everybody is not pefect but try to be perfect.. Heehee.. =)
pal7 berkata…
hana..
setiap manusia memang tak sempurna..tp baik untuk mengejar kesempurnaan itu..

apa2 pun pal yakin yang hana akan buat yang terbaik untuk diri hana..keluarga..kwn2..mahupun bakal suami hana nant..

pal doakan hana berjaya mencapai apa yang hana inginkan di dunia mahupun di akhirat nant k..

semoga berjaya k..
Pal.. Thanx for everything.. =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.