Miss Sopan "XXL" Ke Miss Sexy "S"

Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua.. Petang Sabtu sebegini memang bosan sebab asyik duduk terperap sahaja di rumah. Apa lagi, layan blog sambil membelek buku. Itulah saja rutin hujung mingguku..


Dalam keadaan cuaca yang begini terik dan membakar, aku tergerak tangan untuk mencoretkan entry ini.. Tajuk sahaja sudah begitu sensasi.. Apa ya yang aku nak borakkan pasal tajuk ini?


Bagi mereka yang rasa tidak suka, jangan teruskan membaca.. Aku tiada niat menyinggung atau mengguris perasaan mana-mana pihak.. Ini hanya pandangan peribadi dari aku seorang manusia biasa..





Banyak sudah kisah yang dapat kita lihat di dada-dada majalah juga akhbar.. Tentang isu kuruskan badan.. Beforenya gemuk, afternya kurus.. Beforenya berbaju kurung, selepasnya hanya berbaju "ala kadar" sahaja.. Bukan aku ingin katakan tiada insan yang berbadan plus-plus ini tidak berpakaian seksi, cuma aku inginkan tonjolkan senario yang berlainan dari itu.


Dulu pernah aku katakan pada mak, aku tidak ingin kuruskan badan sebab aku takut apabila aku kurus aku akan berpakaian seksi.. Mak hanya tergelak.. Pasti kalian juga gelak.. Sekarang bila aku mengingatnya kembali, aku juga mula tergelak.. Sungguh dangkal pemikiran ketika itu.. Bukan salahku berpikiran begitu tetapi kita lihat saja di luar sana, kebenaran yang sahih.. Kebanyakan mereka ketika berbadan besar cenderung berbaju sopan tetapi bila kurus semua pakaian ingin dicuba untuk melepaskan hajat yang kian lama dipendam.. Itu tidak salah, tetapi peliharalah juga nilai kita sebagai wanita timur yang penuh adab dan sopan..






Aku pula.. Memang aku tidak nafikan aku juga berkeinginan untuk bergaya seperti insan lain.. Boleh sahaja, apa salahnya.. Tetapi bergayalah dengan sopan, baju kurung, blouse labuh, slack yang longgar, skirt labuh perhaps.. Sejujurnya 80% dari pakaianku hanyalah baju kurung.. Tiada langsung jeans, T-Shirt, kalau pun ada hanyalah blouse dan slack.. Aku tidak memakai jeans sebabnya abahku tidak mahu anak-anaknya memakai jeans.. Makanya sampai sekarang aku tidak pernah memakai walau sehelai jeans..


Boleh dikatakan dalam apa jua sahaja acara, ke mana juga aku pergi, aku selesa berbaju kurung.. Orang lain berbaju T-Shirt dan seluar ke pantai, aku pula berbaju kurung.. Kawan-kawanku memakai tracksuit dan shirt untuk ke water treatment plant, aku tetap dengan baju kurungku.. Kawan-kawan sudah biasa dengan gayaku ini, dulunya mereka kerap bertanya sekarang tidak lagi. Aku selesa dengan baju kurung, kalau ada yang tanya, aku akan jawab sebab berangin.. Aku taknak cakap lebih-lebih takut orang mengata yang lain pula..


Dek kerana itu juga, mak pula yang naik bosan.. Haha.. Mak sering membelikanku blouse untuk ku pakai.. Tidak mahu aku hanya memakai baju kurung setiap masa.. Aku pakai juga blouse tetapi ikut mood juga.. Bila aku sering berpakaian begini, pasti ada soseh-soseh di belakang.. Sibuk "memuji" aku yang berbadan comel ini hanya memakai baju kurung kerana tiada pakaian yang cantik-cantik, seksi-seksi, untuk badan seperti aku.




Kalau mahu diikutkan hati dan nafsu, aku boleh juga berpakaian seksi, ramai yang berbadan besar but still sexy.. Tetapi bukan itu kemahuan dan kehendakku.. Bukan kerana aku berbadan besar maka aku tidak mahu berpakaian sexy, tetapi kerana seksi itu sendiri.. Kalau ditakdirkan aku kurus satu hari nanti, aku tetap dengan gayaku ini, no no no seksi.. Itu janjiku pada diriku sendiri..


Aku menyusun sepuluh jari andai ada kata-kata aku yang menyakitkan hati sesiapa, itu bukan niatku.. Aku cuma ingin katakan, tidak ada apa-apa pada seksi itu.. Di penghujung hidup kita nanti, kita akan dikafankan dengan sopan juga menutup seluruh tubuh badan kita.. Apa salahnya belajar dari sekarang berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.. Bukanlah pakai baju kurung sahaja, baju lain pun boleh yang penting baju itu sopan.. Iya dak?





Ramai yang akan kata yang seksi itu kadang-kadang ada yang baik tetapi yang sopan itu selalunya ramai yang berkelakuan tidak senonoh.. So what? Bukan itu sebabnya untuk tidak berpakaian sopan, pucuk pangkalnya pada hati kita, akal kita, bukan hati orang lain, akal orang lain.



I'm not perfect, but I'm learning how to become a better person, a better woman, a better Islams. Apa yang aku katakan bukanlah nasihat cukup sekadar satu renungan, bukan sahaja buat kamu malah juga untuk aku.


Ingat tak aku pernah kata, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik.. Niat aku hanya satu, untuk menjadi perempuan yang baik-baik bukan untuk mendapatkan lelaki yang terbaik, tetapi untuk aku sendiri menjadi yang terbaik buat seorang lelaki yang bergelar suamiku kelak.. InsyaAllah.. Sampai di sini sahaja, jumpa lagi di entry yang seterusnya. Assalamualaikum.. =)




FOOT NOTE: Buat bakal suamiku.. Ku harap dia tidak complaint kalau aku asyik berbaju kurung keluar dengannya kelak.. Hahaha.. =)




Ulasan

abangfaizul berkata…
awak... saya nak komen dengan 2 dalil aqli saya...

1) alhamdulillah, awak memilih untuk jadi sopan. bagus sangat2... saye suka pendirian awak tu. memang betul cakap awak. kalau ayah tak benarkan pakai jeans, jangan pakai k... awak memang anak yang baik, dan wanita yang baik... keep it on ok

2) but, saya xnak awak hadkan pergerakan awak sebab your choice of baju. banyak lagi pilihan untuk awak... eeee.... nak je makeover awak ni tau x...

awak... sopan doesn't mean u need to wear BAJU KURUNG at all time... kebarung pun ok wat...

skirt labuh/seluar slack longgar, combine it with some loose shirt (not t-shirt sebab too casual) shud be ok
joegrimjow berkata…
heee
body kecik pon ley pakai baju kurung ape?
lagi comey
Abg pejul.. Wow.. Dalil aqli lagi.. Heehee.. For the first dalil, thanx bro.. Akan ku kekalkan.. Second dalil, makeover saya? Wah.. Suka2.. Heehee.. Saya pun pakai blouse dan skirt labuh juga, tidaklah baju kurung sepanjang masa.. Heehee.. Anyway, thanx for the tips bro..

Joe.. Tu la pasal.. Body kecik pkai baju kurung lagi comel kan.. Tapi lain orang lain pilihannya.. Huhu..
starlight berkata…
pergi pantai pki baju kurung...lagi comey cuz angin terbangkan kain tu..hee...juz kidding...jadi diri sendiri lgi bgus..dr buat perkara yg mane akan mengubah segala2nya...ok..have a nice day~

psst:hana sht???lame x msg..ym pon x...rindu plak asenyer...study ok???jap nk tnye..lgu kat page ni..lagu pe.??best gak..huhu
Bee.. Bkn shaja kain.. Dgn diriku trbang skali.. Haha.. Yg pnting jadi diri sndr, be a better person.. Itu aje.. Huhu.. Kita sehat jek, study pn okey.. Heehee.. =)
Mohd Nasri berkata…
pkai je bju pape..
jnji tutp aurat..
hehe...
AniS GalaXy berkata…
setuju dgn faizul.
farhana mmg anak yg baik. tapi x salah kalau berubah.
yg penting kite masih jaga tatasusila wanita timur.
gaya kite mungkin berubah. tp prinsip hidup dan peganganNYA jgn di lupakan k.

farhana ttp comel di mata anis.
starlight berkata…
baguih2...jgn lupa ambil award..lebah besar tuuu
Nasri.. Btol2.. Pkai laa ape je, yg pnting itu tutup aurat.. Heehee..

Anis.. Brubah? Sdang dlm prcubaan pkai baju2 lain gak.. Hehe.. Tapi tak suka pkai sluar actually.. Haha.. Pelik sungguh kan.. Btol tu, tetap ingat Allah.. Itu paling penting.. Thanx anis.. Anis pn comey gak.. =)

Dear bee.. Hoho.. Sudah diambil.. Nnt ditempek yerk.. =)
hehehee...awak ingatkan saya pada zaman skolah mngh dulula...slalu pakai baju kurung kalo kuar...dah jadi tabiat...tapi bila blaja kolej dulu g kuliah je pakai kurung....bila ader acara tertentu je baru pakai suar....kalo g bandar pakai slack....tak pakai jeans gak until now...tak suka jeans....huhuu...=)

sebenar pemakaian camner tu tak kisah selagi masih sopan dan menutup aurat....dan tak lakukan perkara² yg dilarang....tak guna pakai menutup aurat tapi melakukan perkara² yg dilarang...tul tak cik hana?...=)
Tanpa Nama berkata…
seksi tak bergantung pd baju.
kdgkala kite pkai baju kurung pun,
mereka rs kite seksi di mata mereka.
klo terlebih dedah pun hilang keseksian tu.
terlebih plak kan..

selagi masih sopan dan sejuk mata memandang,
pakailah ia..
Aainaa.. Btol2.. Saya sokong itew.. Heehee.. Mnutup aurat.. =)

Cikgu lili.. Penah dgr lelaki ckp suka tgk pompuan pki baju kurung ssb seksi.. Tkut jek dgr.. Huuhuu.. Yg pnting, sopan itu prlu dikekalkan.. Tutup aurat pling penting.. =)
RemyLC berkata…
wah, x nak kurus sbb takut sexy...

u blh jer kurus n teruskan dgn gaya u ni, cantik bila tgk perempuan pkai bju kurung...

nmpk sopan n sejuk mata memandang...
Remy JJ.. Baiklah.. I akan tuntut ilmu dr u caner nk kurus ni erk.. Heehee.. =p
Raimi Kalam Dunia berkata…
aku pun nak Gf jgk...
Leo Bellicose.. Hak hak hak.. Kamu mau Gf jugak??? Adeh.. Pi tampal iklan mencari jodoh.. Hik hik hik.. Pasti rmai yg nk join.. =p
pal7 berkata…
farhana..
jgn seksi2..
seksa..haha
Pal.. Tak seksi2.. Seksi utk suami sahaja.. Heehee.. =)
ieNn ZaZa berkata…
suka pakai bj kurung gk..hihi..g koje ari2 pakai bj kurung..selesa n senang..yup2..tp kalau kuar jrg pakai baju kurung..hihihi
Ienz.. Hoho.. Mmg selesa banget.. Sbb tu ku suka.. Hee.. =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.