Adeh.. Penat Kaki.. Basah Lencun.. Tidurlah..

Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Aku baru sahaja selesai mengemas barang-barang.. Maklumlah, pulang sahaja dari rumah pasti banyak stok-stok yang mak bekalkan.. Haha.. So, entry kali ini biasa-biasa sahaja.. Aku akan story tentang perjalanan pulangku ke Ipoh..


Aku bertolak dari Melaka pukul 3.30 petang.. Agak lewat dari biasa.. Belum sahaja keluar dari Melaka jalan raya sudah sesak.. Aduh.. Inilah padahnya kalau pulang ketika hari cuti.. Tepat pukul 4 baru aku berjaya keluar dari Melaka.. Setengah jam selepas itu, aku tiba di Senawang.. Adedeh.. Sesak lagi.. Kakiku kerap sahaja menekan pedal minyak, gear dan brek.. Sampai rasa mahu tercabut kakiku ini.. Itulah, abah ingin bagi aku kereta AUTO tapi aku tolak.. Kenapa? Sebab aku kata pada abah, bawa kereta AUTO tak thrill la abah.. Haha.. Tapi sekarang, rasakanlah wahai Farhana.. Tambahan lagi, kesesakan itu amatlah panjang kawan-kawanku, hampir 7 km.. Aduh.. Hampir 2 jam aku tersekat dalam jam.. Memang menguji keimanan dan kekuatan stamina.. Apa yang lagi hebat, ketika ini jugalah mataku meragam.. Mula hendak bermanja denganku melayan ngantuknya.. Adoiyai..







Pada pukul 6.30 petang, akhirnya aku berjaya meloloskan diri dari kesesakan lalu lintas yang amat teruk itu.. Kalau ada teman, bagus juga, tidaklah bosan perjalananku.. Ketika sampai di Tapah, hujan pula turun dengan lebatnya.. Cuaca pula sudah gelap.. Aku tidak gemar memandu dalam hujan kerana pemanduanku akan menjadi lebih laju dari biasa.. Haha.. Namun, aku redah juga hujan yang lebat itu, habis basah lencun tubuhku.. Ooppss.. Tubuh keretaku.. Hehe..






Aku tiba di Ipoh pada pukul 9 malam.. Tiba sahaja di rumah aku dikejutkan dengan kehilangan cover tayar keretaku.. Waduh waduh.. Bikin pusing lagi.. Di manalah agaknya dia tercampak.. Aku kira dengan pemanduanku yang berhemah, selaju 120, tanpa hentakan kuat di mana-mana sudut jalan raya, mana mungkin cover tayar keretaku boleh tercabut.. Entah di mana dia agaknya.. Pasti dia sunyi keseorangan sekarang.. Sedih aku.. =(







Begitulah rentetan kisah perjalananku.. Penat tubuhku ini hanya tubuhku sahaja yang tahu.. Haha.. Mata pun sudah layu, tapi entry perlu di post terlebih dahulu.. Sebelum tidur aku hendak membelek novel yang aku beli di Popular semalam.. Tajuknya CINTA KAU DAN AKU.. Orang kata best, orang katalah bukan aku kata.. Haha.. So, till now.. Selamat melayari bahtera mimpi kawan-kawan.. Esok ada kelas, ada kerja, jadi tidurlah awal ya kawan-kawan.. Sayang semua.. Tata titi tutu.. =)




Ulasan

~RoY @ AzRuL~ berkata…
pergh...minat baca novel ker? ni mesti jenis yg jiwang2 atau berharap pd keajaiban cinta......tp, cinta takkan terasa keajaiban andai CINTA pertama kita abaikan...kerna CINTA itu yg akan menunjukkan jalinan cinta sejati...
Roy ada kat sini.. Heehee.. Minat yg dah lama trkubur tp kini kmbali mekar brbunga.. Heehee.. Sy jiwang? Btol2.. Brharap pd keajaiban cinta? Btol gak.. Heehee..

CINTA pertama takkan saya abaikan.. Sntiasa dlam hati, kpale, stiap langkah dan gerak geri saya.. InsyaAllah.. =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.