Pesanan Buat Insan Bernama Suami

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Selamat malam juga ku ucap buat kalian yang sudi bertandang ke sini untuk menjamu mata dan mencari santapan minda di malam-malam hari begini..


Entry kali ini tentang sesuatu yang aku ketemu di Klinik Kesihatan Gunung Rapat.. Di dalam bilik doktor ada poster tertampal gah di situ. Aku amat tertarik dengan isi kandungannya lalu aku terpanggil untuk berkongsi pandangan dengan kalian tentang ini..





Poster di atas inilah yang menarik minda dan jiwaku.. Ada tertulis.. ORANG YANG PALING BAIK IALAH MEREKA YANG BERBUAT BAIK TERHADAP ISTERI MEREKA - Riwayat Tarmizi..


Sebelum ini kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah kecurangan isteri pada suami, tanggungjawab isteri pada suami, syurga isteri di bawah tapak kaki suami, tapi kali ini aku ingin kita semua berfkir pula dari sudut yang lain.. Tanggungjawab suami pada isteri.. Dalam zaman sekarang, macam-macam senario yang dapat kita lihat, suami curang pada isteri, suami mendera isteri zahir dan batin, suami lepak di kedai kopi dan hanya tahu meminta duit dari isteri.. Bukankah lelaki itu dicipta untuk menjaga wanita? Tetapi sekarang zaman sudah terbalik, apa nak jadi?






Jadinya wahai cik abang di luar sana.. Meh sini.. Aku nak kongsikan dengan kalian sedikit sebanyak yang aku baca.. Bacalah.. Persiapan yang bagus untuk kamu juga.. Untuk membina keluarga bahagia.. =) Cik adik pun boleh..


Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa baginda bersabda pada waktu haji widak (perpisahan) setelah baginda memuji Allah dan menyanjung-Nya serta menasihati para hadirin yang maksudnya..


''Ingatlah (wahai kaumku), terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri, isteri-isteri itu dapat diumpamakan kawanmu yang berada di sampingmu, kamu tidak dapat memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan yang keji yang jelas (membangkang atau tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri-isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.
Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajiban terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajiban-kewajiban terhadap dirimu. Kemudian kewajiban isteri-isteri terhadap dinmu ialah mereka tidak boleh mengizinkan masuk ke rumahmu orang yang kamu benci.
Ingatlah! Kewajiban terhadap mereka ialah bahawa kamu melayan mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka."


(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)



Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud..


"Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang lebih halus dalam mempergauli keluarganya (isteri, anak-anak dan kaum kerabatnya). "







KESIMPULAN: TANGGUNGJAWAB SUAMI



  1. Menjadi pemimpin anak isteri di dalam rumah tangga.

  2. Mengajarkan ilmu fardhu ain (wajib) kepada anak isteri iaitu ilmu tauhid, fiqh dan tasawwuf.

  3. Memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal dari wang dan usaha yang halal.
    Ada ulama berkata:
    ''Sekali memberi pakaian anak isteri yang menyukakan hati mereka dan halal maka suami mendapat pahala selama 70 tahun."

  4. Tidak menzalimi anak isteri iaitu dengan:
    Memberikan pendidikan agama yang sempurna.
    Memberikan nafkah zahir dan batin secukupnya.
    Memberi nasihat serta menegur dan memberi panduan/ petunjuk jika melakukan maksiat atau kesalahan.
    Apabila memukul jangan sampai melukakan (melampaui batas).

  5. Memberi nasihat jika isteri gemar mengumpat, mengomel serta melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah agama.

  6. Melayani isteri dengan sebaik-baik pergaulan.

  7. Berbicara dengan isteri dengan lemah-lembut.

  8. Memaafkan keterlanjurannya tetapi sangat memperhatikan kesesuaian tingkah-lakunya dengan syariat.

  9. Kurangkan perdebatan.

  10. Memelihara maruah mereka.





Kesimpulannya, untuk lelaki-lelaki di luar sana yang ingin mendirikan rumahtangga, persiapkanlah diri kamu sebelum melayari bahtera perkahwinan sebab perkahwinan bukan satu permainan atau percaturan, ianya adalah penyatuan dua hati, perkongsian dan tanggungjawab.. Semasa bercinta, cinta itu letaknya paling atas.. Tetapi dalam perkahwinan, tanggungjawab harus didahulukan..


Buat para wanita, persiapkan juga diri kamu.. Hiasi diri dengan sikap-sikap terpuji agar menjadi isteri yang terbaik buat suami.. Sesungguhnya wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik.. Aku pun nak berusaha jadi baik, lebih baik dan terbaik.. InsyaAllah..


Sekian sahaja.. Jumpa lagi di entry yang akan datang.. Salam sayang dari aku untuk kalian.. Assalamualaikum.. =)



Ulasan

Bardboo berkata…
xsabar nyer nak kawen..hehe..
joegrimjow berkata…
ku mahu jadi suami yg buat isteriku buhgie
Tanpa Nama berkata…
~huhu
Joyous berkata…
Hello kak Hana. I've created an award special for all my blog friends. Hope you will like it and accept it! It's in my blog latest post. Thank for your help haha ^^
Bard.. Wah.. mmg x sabar yerk kamoo.. Haha.. Ke saya juga??? =p

Joe.. Ku tahu kamu boleh.. =)

Puteh.. Cikgu.. Huhu juga.. =p

Erin.. Thanx dear.. Anyway u're welcome.. =)
hysman berkata…
Akan ku tunaikan hasratmu itew...
hahahakkkk...
:)
Fadhlah berkata…
banyaknyer peraturan dia....huhuhu.org pollow yang ker 1oo tak dapat aper2 ker?
Hysman.. Aiyooo.. Tatau.. Habes laa kamu ku cari smpi ke lubang cacing kalo tak tunaikan hasrat trsebut.. Haaa.. Suspens lagi kan..

Fadhlah.. Aik.. Cikgu.. Caner blh jadik yg ke-100 nih? Haa.. Men ngelat eh.. Huhu.. Cikgu nk hadiah ape? =p
Mohd Nasri berkata…
tanggungjawab isteri pd suami xde ke?
hehe...
Aainaa.. Bgus2.. Huk huk.. =)

Nasri.. Tanggungjawab isteri pada suami ramai orang dah asik cakap so kali ni wat suami pada isteri lak.. Haha.. =)
Aerzee A. berkata…
hey kamu. saya copy paste kt blog sy tentang tggubgjawab tu bleh tak? mcm best aja. :)
pal7 berkata…
suami dan isteri perlu memahami tanggungjawab masing..
barulah keluarga akan harmoni..hehe
Pal.. Wah.. Cara ckap mcm dah brsedia mmbina kluarga harmoni nih.. Heehee.. =)
Tanpa Nama berkata…
Странно, искал совсем не это, гугл выдал Ваш сайт, и судя по всему не зря, есть что почитать! Goodwork!

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.