Mamat Gula-Gula Mentransformasi Diriku..

Sedang aku duduk-duduk membelek buku, tiba-tiba idea untuk menulis datang mencurah-curah.. Maka aku buat keputusan untuk jadikan entry kali ini sebagai bahan untuk contest Joe.. Entry yang bagaimana Joe inginkan? Memori yang masih diingati sampai sekarang..


ATTENTION: Jika kisah ini mengandungi unsur yang tidak sedap mata memandang dan tidak enak telinga mendengar, aku susun sepuluh jari memohon ampun.. =)


Alkisahnya, 1 tahun yang lepas..



Tengahari itu aku pulang dari Greentown Mall yang letaknya di hadapan kolej aku.. Kebiasaannya aku dan kawan-kawan akan ke sana untuk lunch atau membeli barang keperluan rumah.. Break kami selalunya pada pukul 12 sampai ke pukul 2. Hari-hari yang aku lalui cukup penat, kelas dari pagi bawa ke petang.. Sudah lumrah, tibanya waktu pembelajaran sesi petang, aku akan mula rasa mengantuk yang amat.. Satu sahaja ubat untuk aku menyegarkan mataku..



GULA-GULA a.k.a COKLAT...



Hari itu aku tergerak hati untuk membeli gula-gula dengan kuantiti yang amatlah banyak.. Niatnya nak share dengan kawan-kawan.. Aku seorang tidur cukuplah, yang lain kena segar a.k.a cover aku tidurlah.. Nanti mampus kene amukan dengan lecturer kalau satu kelas tidur.. Kalau tidur tak apa, kalau dengan stok keluar air liur basi, mengigau.. Haaa.. Kan ke susah tu..


Nak dijadikan cerita, on the way aku pulang berjalan kaki ke kolej dengan kawanku, dari jauh aku dah nampak 2 orang mamat yang tak berapa nak handsome asyik usha kita orang dan berjalan menghala ke arah kita orang.. Nak kata usha aku yang gemuk dan hodoh ini, tak mungkinlah kot.. Mungkin usha kawan aku yang cantik kat sebelah.. Kitorang buat bodoh aje.. Tapi aku menumpang bangga sekaki jugak la sebab dijadikan bahan usha.. Walaupun yang diushanya bukan aku.. Hak hak hak.. Gitulah perasannya aku kan..


Gula-gula yang aku pegang dalam plastik transparent itu aku pintal plastiknya sambil berjalan.. Adoi.. Gatal sungguh aku.. Ini simptom syok sendiri ya kawan-kawan.. 2 orang mamat itu berjalan menghampiri kami.. Mata mereka merenung tajam pada aku sambil tersengih-sengih.. Akukah? Takut juga melihat renungan itu, tapi yang penting, dia orang pandang aku.. Hahaha.. Tiba-tiba mereka berhenti..



Mamat A: " Hai awak.. Banyaknya gula-gula.."

Mamat B: " Awak.. Kita nak sikit boleh? Bolehlah awak.."




Aku dan kawanku hanya terdiam sahaja.. Bukan boleh dilayan sangat, tambah lagi sekarang macam-macam kes jenayah, walaupun dalam gedik-gedik aku ini, aku still takut jugak tau.. Haha.. Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan, takut pula dikata sombong dan mengundang kemarahan.. Lalu kami pun berlalu.. Tiba-tiba..


Mamat A: " Ek eleh.. Sombongnya minah ni.."

Mamat B: " Hmm.. Boleh buat bodoh jek.."

Mamat A: " Itulah pasal.. Tengoklah gula-gula dia.."

Mamat B: " Patutlah badan besar gedabak, makan gula banyak sangat.."


2 ekor mamat itu belah dengan gelak ketawa yang macam syaitan.. Suka sangat lagaknya.. Aku hanya tercengang.. Dalam hati tuhan saja yang tahu apa perasaan aku.. Hendak saja aku jerit balik dan katakan, " kalau aku badan besar pun, ada aku kacau hidup korang.." Namun mengingatkan yang diriku ini seorang perempuan, aku bersabar sahaja.. Mungkin bagi mereka lawak, tapi bagi aku..








Semenjak insiden itulah, aku menjadi seorang perempuan yang sangat low self-esteem.. Dek kerana merekalah aku takut untuk mendekati lelaki dan mempunyai perasaan pada lelaki.. Bagi aku, lelaki hanya memandang wanita cantik.. Aku malu pada diri aku, aku tiada langsung keyakinan diri.. Sehingga sampai satu tahap, aku tidak rasa aku akan berkahwin dan hidup berkeluarga..


Hujung minggu itu aku pulang ke rumah membawa perasaan marah yang berbuku-buku di hati aku.. Niatnya aku ingin luahkan pada emak.. Penat aku bercerita, tiba-tiba mak bersuara..



Emak: " Awak tu dah gemuk sangat, overweight dah, doktor mana ada gemuk.. Memanglah orang dok mengata.. Mak tengok anak-anak orang lain, sebaya awak, semua slim-slim.. Ada pakwe.. Awak kalau dengan badan macam ini, lelaki pun takut nak dekat tau.."


Aku terdiam, terpaku..



Emak menyambung lagi: " Mak tengok, bila jalan-jalan, anak dengan mak, orang kata macam adik beradik, seronok mendengarnya.. Tapi bila mak jalan-jalan, anak dara mak lagi besar dari mak.. Entahlah bila mak dapat tengok awak kurus along.. "


Selesai sahaja mak berkata begitu, aku dengan pantasnya berlari ke atas.. Air mata aku merembes dengan begitu laju.. Sepanjang hari itu aku menangis.. Hati aku bertanya.. Soalan yang tiada jawapan.. Malukah mak pada anaknya yang gemuk ini.. Segankah mak bila keluar berjalan-jalan denganku.. Kenapa mak cakap macam itu padaku.. Aku tidak kisah bila orang luar macam mamat 2 ekor itu mengata aku.. Tapi mak..


Abah yang mengerti lantas memujukku..


Abah: " Mak awak memang macam tu, awak pun tahu kan macam mana mulut mak awak tu.. Walaupun dia suka bising-bising, cakap ayat pedas-pedas, tapi dia sayangkan awak.."


Hmmm.. Sayangkah itu?


Abah: " Mak awak selalu risau dengan badan awak yang makin naik, dia takut nanti macam-macam penyakit awak dapat..Mungkin cara dia cakap nak bagi awak sedar tu tak sedap didengar, tapi dia sayangkan awak.."


Aku tersenyum kembali..







Pagi esoknya di meja sarapan, aku makan dengan senyap sambil menundukkan kepala.. Maklumlah mata yang bengkak dek menangis seharian semalam masih belum surut.. Tiba-tiba mak bersuara..


Emak: " Along, nanti-nanti kalau ada lebih upah mak menjahit baju, mak belikan awak Jus Diet Mate.. Tapi mak boleh tolong support untuk bulan pertama je, seterusnya awak kena maintain sendiri kalau betul-betul nak kurus.."


Aku tercengang mendengar kata-kata mak.. Aku pernah suarakan pada mak dan abah dulu untuk guna produk ini.. Sebab ramai yang dah guna dan berkesan.. Tetapi dengan harganya yang agak mahal, di mana aku perlu keluar RM450 setiap bulan
(nak makannya bukan sebulan dua kawan-kawan), niat itu cuma hanya tinggal angan-angan sahaja.. Tambah lagi dengan macam-macam produk yang telah aku gunakan dan tiada juga nampak hasilnya, abah seolah-olah berfikir 2, 3 kali untuk membelikanku jus tersebut..



Emak: " Tapi masalah awak ni, punggung tu yang susah sangat nak kecik.. Exercise lebih sikit.. Apa orang nak kata, buat bodoh jek.."


Aku pun kata kat mak: " Mak, kan ke keturunan kita punggung besar-besar.. Hereditary mak.. Susah lah nak kecik.. Alah mak.. Mak jugak cakap punggung besar dah kahwin nanti senang.. Kenapa eh mak? " Aku tersengih nakal pada mak.. Sedangkan aku tidak tahu apa sebab musababnya, aku cuma mengagak sahaja.. Haha.. Aku juga pernah dengar, orang tua-tua cakap punggung besar senang nak bersalin.. Wallahuallam..


Emak membalas: " Amboi.. Gatal sungguh kamu eh.. Budak-budak tak perlu tahu.."


Aku menyambung sarapanku yang tergendala dengan ketidak puasan hatiku sebab tidak mendapat jawapan pada persoalanku yang terakhir tadi..







Mak, along sayang mak.. Along tahu mak sayangkan along dan nak along sihat selalu.. Along janji along akan berusaha kuruskan badan.. Sekarang pun along masih berusaha.. Terima kasih juga pada mamat gula-gula kerana mereka aku punya semangat baru.. Pada kawan-kawan, aku tidak lagi gadis yang mempunyai low self-esteem seperti setahun yang dulu, aku sekarang hidup dengan penuh keyakinan.. Aku ingin mengejar bahagiaku tidak kira bagaimana diriku.. Soal jodoh, aku berserah.. Kalau benar ada insan yang tercipta untukku, aku akan setia menunggu hadirnya dia.. Aku masih ada mak, abah, adik-adik, kawan-kawan.. Dan aku juga ada kalian.. =)







Sekian sahaja kisahku.. Buat Joe.. Panjang sungguh entryku.. Jangan pening membacanya kelak.. =)




Ulasan

joegrimjow berkata…
dew masalah skit
nanti ku ubah balik
hehe

meceyyy
.:dura:. berkata…
far, sedey r baca entry ko ni...

sebenarnya kan..kurus sgt mcm aku ni pun kadang2 aku low self-esteem gak tao.. uhuhu.. smp skrang aku still ada sikap tu skit2.. mmg r jeles tgk gurl2 yg ada body shape yg lawa2.. aku pun nak!!!

eh, Dr.Farhana.. metabolisme seseorng yg tinggi tu boleh ke di ubah suai skit kasi moderated?? :P

punggung besar or punggung kecik??
aku pun prnh kene far, kwn aku ckp kan, klu kurus susah nak beranak..eh amende ler, mn dia tahu.. kecik ati aku dgr.. klu aku beranak pun, yg tanggung aku bkn dia.. freaking jerk~~~
Joe.. Wokey.. Akan ku tunggu.. Hak hak hak.. =p

Dudu.. Aku pn sedey.. Org x paham ape yg kita rasa sbb dorang tak dok tmpat kita.. Kata jek paham tp slagi x dok tmpat kita, xkan ade yg prnah paham.. Uwaaa.. =(
Rizz.. Kamoo ni like gula-gula plakz.. X elok mkn bnyk2.. Nti gemook cam saya.. Tapi rizz kan kurus.. Xpe3.. Blh mkan gula2.. Hik hik hik.. =)
kita serupa...pnh gak alami...tapi wat bodo je..huhu...
Aainaa.. Nti apai blik kita nyanyi sama-sama laa lagu kita srupa.. Hak hak hak.. =p
hahhaaa..bila nya dier nak balik? rindu tetiba....huhuu...tak cukup korumla....kita takde org yang nak disakat kan...
hysman berkata…
alaa..farhana buat bodo je..
teman pon penah gak tapi always tink +ve..
somtime org yg takde otak cakap maen lepas je..like 2 person boy yg mengata awak..
kuat semangat..

for me pasal jodoh,itu kerja Tuhan..kita merancang tuhan menentukan..klu gadis yg chantek2 slalu utk org hansem,so yg hodoh2 utk org cam saya ler..
hahaa..
Hysman.. Teman sudah blaja wat bodo dan think positive skarang.. No more pikir bukan2.. Tak maju ke dpan pn hidup.. Tp kalo jumpa la mamat 2 org tu, saya nk blanje dorang mkan gula2.. Heehee.. =p

Yg cantek2 utk yg hensem? Yg hodoh2 utk kamoo? Maknanya apa tu erk? Hak hak hak..
Joyous berkata…
Rupa2 nya kak Hana gak pernah melalui masa yg menyedihkan mcm nie ...

Cerita awk buat saya teringat balik dulu masa saya keluar berjalan2 ngan kawan2 rapat saya ... lepas tu dekat restoran makan saya terdengar ade org kat tepi cakap kawan2 saya semua cantek kurus tapi hanya seorang je(saya la tu) yg x layak jadi kawan mereka ... dah lah gemuk tapi hodoh lagi ... mesti jadi tua dara nie ... tapi entahlah nie mmg sikap saya kah apa in the end saya balas balik ngan cara saya haha ... cerita nie panjang lagi malas saya nak cerita >.<

So apa yg kak Hana ckp mmg betul ... die org x paham perasaan kita ... suka2 je keluarkan perkataan yg menyakitkan hati ... macam mana pun saya setuju ngan kawan saya - " anjing menyalak matahari bersenyum " die org nak ejek biar je die org ejek mcm org bodoh, kita nie bersenyum je buat2 x tau ... anggap mereka nie org gila dah~ Yg penting we enjoy our life ^^
abangfaizul berkata…
ni faizul nak start emo ni... memang bangs** la budak jantan dua eko tu. bangang tahap gaban... pernah gak kene sound ngan kawan2 cmtu. diorang cakap,"Makan banyak, cmne badan xmacam badak!"...

I stood tall and yelled at them,"So what? Bapak ko ke tanggung aku makan? Mak ko ke suap aku selama ni? Bapak ko ke baya yuran studies aku?"

Memang la a bit rude... Tapi puas hati tengok muka budak2 takde wawasan dan masa depan tu terdiam...

I know myself... People around don't have to insult me, just to show to others that they are perfect... Just go straight to HELL la...

My mum also concerns about the same thing. I know she loves me... She's my only love and I pun nak kurus... Bukan x nak... Stand in my shoes, then u will know how hard it is to reduce weight and how impossible it is to manage your desire...

I realize that ALLAH knows what's best for us. I will change... I am working hard now. Don't ask me when I'm going to get Brad Pitt's figure. It's impossible. It is not about getting my shape back... Becoz i never had one. The only matter is, when i am going to get a new figure...

Maaf... teremo plak...
hysman berkata…
iyolah sedo diri nih tak bape nak hansem wak..klu dpt jodoh pon biarlah dijodohkan dgn org sama standard dgn kita,jadi sama2 beringat dan tak terlanjur dipersimpangan yg ditegah Allah..nauzubillah..
org hodoh ni akan lebih alert tang ape yg nak dibuat..so we have to proud to b myself like dis..
sekurang2nya kurang dosa..
hehe..tgh pikir +ve nih..

~ makhluk Allh swt suma cantik2 belaka takde yg hodoh..itu definisi fizikal bagi sesama manusia..
Erin.. Live life to the max.. Don't cares about others who don't really cares about us.. Waste of time.. Heehee.. =p

Faizul.. Cool cool bro.. Haha.. Hidup mst dtruskan.. Prjuangan msih panjang.. Hehe.. =)

Hysman.. Kamoo best.. =)
ada van de kamp berkata…
sy faham pe perasaan kamu. sbb sy pn selalu rasa rendah diri sgt. hhuhu.
Adawiah.. Huhu.. Thanx sbb paham.. X ramai yg blh paham kcuali mngalaminya sndr.. Huuhuu.. Tapi sy dah brjaya atasi rendah diri tu.. Heehee.. =)
.: Cik Lynot :. berkata…
salam ziarah..
tumpang lalu..
ske cite ni..
anyway, ipoh kat ne? kat belakang hospital tu yer..
sekali ngn unikl yer?
sye org ipoh..-smile-
Norlina.. Thanx sudi singgah.. Heehee.. Tima kaseh yek.. Haaa.. Kat situlah.. Saya study kat UNIKL kolej prubatan diraja perak.. =)
Mohd Nasri berkata…
gunalah produk joe tu..hehe
psti lg kurus drpd joe..hehe
Nasri.. Produk joe? Buleh2.. Kalo joe nk support jadik bhan experiment pn buleh ajo.. Hak hak hak.. Thanx for reading the entry.. =)
ieNn ZaZa berkata…
erm...
kurus tuk sehat..dr skrg kena jg kesihatn..amalkn diet n pemakanan yg btol..selalulaa bersenam yer..hehe
Ienn Zaza.. Akan ku ikut nasihtamu ituu.. Tima kaseh yerk.. Heehee.. =)
joegrimjow berkata…
haha
da baca abes daaa
besh besh
awat tak cakap nak kuwus?
huhu
450 mahal sngt kottt

ku trun 12 kg dlm 3 bulan
xde la bayo mahal camtuu
huhu

nak tau contact2 la yek

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.